Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
3,343
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

"Hah! Berangan kau ea?" Sergah Faisal. Makin bertambah bad mood aku. Dengan Ian lagi. Heish!


"Kau asal beb?" Tanya Faisal bila lihat aku masam mencuka.


"Ian.." Nak bercerita tentang dia pun malas.


"Ian? Dia buat apa dekat kau? Sini aku ajar dia." Nada Faisal sedikit meninggi. Pantang dirinya bila sebut nama Ian. Teringin nak tahu apa kisah sebalik mereka berdua.


"Cuti hari tu, dia ajak aku keluar minum. Janji pukul 4.30 petang. Sampai pukul 6 pm tak muncul-muncul. Geram aku!" Luah aku pada Faisal. Dia buat aku berharap. Hmm.


"Itu je? Dia tu saiko la. Tak payah la weh. Buang masa je." Tegur Faisal. Muka dia nampak serius.


"Kenapa kau tak suka dia huh?" Tiba-tiba rasa macam nak korek rahsia pula.


"Tak ada apalah. Dah jom pergi lab. Nanti cikgu bising." Kata Faisal cuba untuk mengelakkan diri. Macam tak biasa saja datang lambat. Tiba-tiba nak jadi pelajar contoh. Kelakar betul.



"Eh Sarah. Kau tak keluar dengan Ian ke?" Tanya Husna. Sarah ni lah yang di panggil ahli sihir. Satu kelas aku panggil dia ahli sihir. Bermulanya dari Faisal.


"Ada. Tapi jarang. Dia sibuk dengan urusan lain. Maklum lah orang kaya. Banyak tempat nak kena pergi. Bukan macam orang tu..." Kuat sindiran dia bila Mia lalu di hadapan mereka. Aku hanya berdiam diri. Bukan bermaksud tewas, tetapi benda tak penting malas nak layan.


Sarah dan Husna mula ketawa melihat Mia hanya berdiam diri.


"Padan muka kau! Ingat kau cantik sangat." Kata Sarah dengan geram.


"Tapi aku rasakan Sarah. Ian macam suka Mia. Aku rasa lah." Kata Husna. Mata Sarah terus merenung tajam ke arah Husnah. Husna hanya menundukkan kepala dengan perlahan. Takut di marahi oleh Sarah. Sarah pantang dengar kalau Ian suka perempuan lain. Lebih-lebih lagi Mia.



Tamat sesi persekolahan hari ini. Sarah menahan Ian dari keluar kelas. Ian hanya menunjukkan reaksi wajah yang pelik.


"Apahal kau ni?" Tanya Ian.


"Betul ke you suka dekat Mia?" Satu hari suntuk Sarah fikirkan apa yang Husna bagitahu dia tadi. Tak senang duduk selagi tak dapat kepastiannya.


"Apa masalahnya? Kita bukan ada apa-apa lagi. Buat apa nak tahu pasal aku?" Geram Ian bila Sarah mula sibuk tentangnya. Sudah setahun yang lalu Sarah dengan Ian putus. Sebabkan Sarah keluar dengan lelaki lain.


"I still love you" Kata Sarah dengan memegang tangan Ian. Ian hanya senyum sinis lalu menarik tangannya.


"Sayang? Tepi lah aku nak balik. Mengadap muka kau. Menyakitkan hati je." Kata Ian lalu pergi. Sarah hanya berdiam kaku di situ. Datang Husna lalu menepuk bahu Sarah.


"Dah jumpa kekasih hati?" Kata Husna. Husna tak tahu Sarah dengan Ian sudah lama putus. Semuanya kerana Sarah suka mereka cerita yang tidak betul. Husna hanya percaya bulat-bulat apa yang Sarah ceritakan. Kata Sarah, dia masih lagi kekasih Ian dan jangan percaya apa yang orang lain katakan. Hanya percaya pada dia sahaja.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.