Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
3,345
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Aku Mia, baru sahaja menetap di kampung halaman ku selepas kedua orang tua ku meninggal akibat kemalangan. Akibat itu aku sering murung dan berkurung dalam bilik sehinggalah Mokde aku mengajak aku pulang ke kampung.


Aku tahu macam mana aku sedih sekalipun mereka tetap tak akan kembali. Aku perlu teruskan hidup.


"Hai. Awak pelajar baru ke?" Sapa seseorang dari belakang aku.


"Ye. Baru semalam saya masuk. Awak?" Aku sudah dua hari di sekolah ni. Tak perasan pula dia satu kelas dengan aku.


"Saya Ian. Kelas 5 Cerdik. Awak Mia kan?"


"Ye. Macam mana tahu?" Berkerut kening aku melihat dia macam ahli nujum Pak Belalang.


"Satu kelas saya kecuh pasal budak baru dekat kelas ni. Saya rasa awaklah orangnya"


Aku hanya tersenyum melihat dia. Cepat betul tahu pasal aku. Adakah aku popular? Memang tak la. Ian ye. Nampak macam baik. Tapi mungkin tak. Boleh tahan muka dia. He's good looking. Ok aku dah melalut dah ni. Astaghfirullah.


Waktu rehat. Aku duduk di bangku kayu di bawah pokok yang rendang dan daunnya sangat lebat. Meredupkan kawasan tersebut. Walaupun cuaca agak panas tapi tidak di bawah pokok itu. Angin sepui-sepui bahasa. Dapat menenangkan fikiran aku.


"Ni ke budak baru tu?" Tegur satu suara dari arah bertentangan dengan ku. Melihat tiga pelajar perempuan yang agak cantik tapi riak wajah mereka tidak seperti ingin berkawan. Renungan matanya yang agak tajam, seperti menembusi terus kebelakang kepala aku. Membuatkan aku tidak selesa dengan mereka.


"Kenapa ye?" Aku bangun dari bangku tersebut. Mereka masih merenung aku.


"Masuk kawasan orang jangan buat macam kawasan sendiri." Jarinya tepat menuju ke batang hidung aku. Aku masih lagi tak faham apa yang dimaksudkan.


"Aku ada buat salah ke?" Aku mula pelik, tiada angin bahkan ribut tiba-tiba datang seperti ingin menyerang.


"Memang ada! Aku nak kau jauhkan diri kau dari Ian. Kau tak layak nak bercakap dengan dia"


Berkira-kira kepala otak aku bila sebut tentang Ian. Yang mana satu ye?


"Kenapa?" Baru aku teringin lelaki yang tegur aku dalam kelas tadi.


"Tak payah nak buat-buat tanyalah. Aku tahu mula-mula kau masuh sini mesti kau dah suka dia kan? Biar aku bagitahu kau ye, Ian tu tak suka perempuan kampung macam kau. Dia suka orang yang macam aku faham?!" Tangannya menepuk perlahan pipi aku.


"Kalau kau teringin nak rasa penyeksaan, kau cubalah dekat dengan dia." Mereka terus beredar dari situ.


Aku hembuskan nafas perlahan.


"Baru dua hari kot aku kat sini. Menakutkan."


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.