Bab 9
Nur Farissha masih duduk berteleku di atas katilnya walaupun jam sudah menunjukkan 8.00 pagi. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Mujurlah dia tidak boleh solat lantaran penat kenduri kelmari masih terasa tambahan pula semalam dia menolong Pak Mat bergotong-royong membersihkan kawasan semak samun di hujung kampung untuk dijadikan gelanggan sepak takraw bagi menambah kemudahan rekreasi anak muda di kampung itu. Alhamdulillah dapatlah upah sedikit untuk dia menabung.

 Dengan malas dia bangun dan mula bersiap-siap untuk ke pasar pagi. Elok dia keluar dari bilik, pintu utama rumah dibuka daripada luar membuatkan dia tersenyum lebar. 

“Ayah dah balik?” tegur Nur Farissha sambil berjalan mendekati ayahnya untuk mencium tangan. Tetapi cepat-cepat ayahnya menarik tangannya membuatkan Nur Farissha sedikit terasa. Terkebil-kebil dia di situ.“Ayah penat.” Pak Rashid terus meletakkan beg sandangnya di tepi sofa dan berbaring tanpa menghiraukan anaknya itu. 

Nur Farissha hanya memandang sayu ke arah ayahnya. “Ayah nak makan? Farissha boleh buatkan sebelum ke pasar ni.” Dia masih cuba untuk mengambil hati ayahnya. 

“Ayah dah kenyang.” Mendatar Pak Rashid menjawab. Matanya dipejamkan sebagai tanda tidak mahu dirinya diganggu.

“Kalau macam tu Farissha ke pasar dulu ye. Nanti balik Farissha terus masak untuk makan tengahari.” Dia cuba bersangka baik mungkin betul ayahnya penat. Perasaannya berkecamuk antara ingin meluahkan atau disimpan sahaja di dalam hatinya. 

Nur Farissha memulakan harinya dengan menyusuri jalan kampung untuk ke pasar pagi kerana jarak perjalanan yang lebih dekat tambahan pula dapat merasai deruan angin pantai yang cukup menenangkan hati dah jiwanya.

Terlihat tiga orang pemuda sedang berlari setempat membuatkan Nur Farissha memperlahankan langkahnya. Matanya kosong memandang mereka bertiga.

 Syed Hakimi menoleh ke belakang apabila terasa seperti kehadian seseorang begitu juga dengan Tengku Mikhail membuatkan Nur Farissha mengecilkan matanya apabila dirinya sedang diperhatikan. 

“Assalamualaikum.” Syed Hakimi menegur. 

“Waalaikumussalam.” Jawab Nur Farissha. Dia memandang mereka bertiga silih berganti. 

“Ada apa-apa...” Nur Farissha bertanya dalam keadaan yang kekok. Keningnya dikerutkan. 

“Saya yang awak langgar kelmarin...” Syed Hakimi cuba memulakan perbualan. Dia tiba-tiba menjadi gugup.

 “Bukan kelmarin dah minta maaf?” Nur Farissha mengangkat keningnya.Syed Hakimi mengangguk. “Memang dah minta maaf...” Dia terhenti di situ kerana sedari tadi dirinya gugup untuk berkata-kata. Hilang sudah segala susunan ayat yang ingin diluahkan.

 “Saya belum kenalkan diri saya, Farissha.” Syed Hakimi mula menyusun kata-kata. 

Nur Farissha hanya mendiamkan diri. Mustahil mamat di hadapannya ini tidak tahu akan namanya. Bukan main kuat lagi Ida Farhana menyebut namanya. 

Tengku Mikhail hanya memerhatikan sahaja sahabatnya itu. Jarang Syed Hakimi berinteraksi dengan perempuan. Sifar kembat itu sangat kontra. Jadi dia sedikit terkejut dengan kelakuan sahabatnya. 

Syed Daniel turut mengangkat kening memandang abang kembarnya. Dia turut berada hairan. 

“Saya Hakimi. Syed Hakimi bin Syed Kamarul.” Akhirnya Syed Hakimi memperkenalkan dirinya secara rasmi setelah menghela nafas untuk kesekian kalinya.

“Okay.” Nur Farissha menangguk bersahaja membuatkan Syed Hakimi terkelu.

 Itu bukan reaksi yang dia mahukan... 

“Assalamualaikum.” Ujar Nur Farissha sambil berlalu pergi. 

“Waalaikumussalam.” Spontan mereka bertiga menjawab serentak.




 “Ayah mesti suka lauk ni nanti.” Dengan penuh berhati-hati dia menghidangkan ikan patin masak tempoyak di atas meja. Nur Farissha berpuas hati dengan lauk pauk yang terhidang di atas meja. Semuanya lauk kegemaran ayahnya. Dia berjalan ke ruang tamu untuk mengejutkan ayahnya tetapi ayahnya tiada di situ.

 “Ayah... ayah...” panggil Nur Farissha. Dia cuba mencari di halaman rumah. Hampa. “Mana ayah ni? Tadi masa aku masak ada.” Melilau matanya mencari keberadaan ayahnya.

 Nur Syazwani yang baru selesai mandi melihat kakak tirinya seperti tercari-cari sesuatu menegur, “kau cari apa?”

 “Aku cari ayah. Tadi masa aku masak ada. Tak kan dah pergi jumpa Pak Ramli kot.” Nur Farissha menebak. Dia memandang adik tirinya. 

“Oh. Tadi aku nampak ayah masuk dalam garaj belakang.” Beritahu Nur Syazwani sambil berlalu ke dalam biliknya untuk memakai pakaian. Walaupun begitu, dirinya masih menyimpan rasa hormat kepada Nur Farissha. Sejujurnya dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia harus membenci kakak tirinya itu seperti yang dimahukan oleh kakaknya. Nur Farissha tidak pernah mencari gaduh dengannya. Persoalannya itu dibiarkan sepi.

 Nur Farissha bergegas menuju ke garaj yang terletak di belakang rumah mereka. Garaj itu lebih kepada tempat penyimpanan peralatan pertukangan ayahnya. Jadi sememangnya garaj itu selalu berkunci. “Ayah... ayah...” dia memanggil lagi. Dia masuk ke dalam garaj yang terbuka itu apabila tiada sebarang sahutan. 

Garaj yang bersepah dengan alatan rumah itu menyukaran dia berjalan masuk. Tiba-tiba sikunya dengan tidak sengaja terlanggar sebuah kotak menyebabkan semua barang yang berada di dalam kotak itu terjatuh dan berselerak. Panik seketika Nur Farissha di situ. Matanya ditalakan ke bawah. Walaupun keadaan di dalam itu gelap tetapi dengan cahaya matahari yang masuk melalui bumbung yang bocor membantunya untuk melihat dengan jelas. 

“Surat?” Nur Farissha terkejut melihat surat-surat berteraburan di atas lantai itu yang beralamatkan kepada ibunya. Dia mengutip satu persatu surat itu hingga tangannya tersentuh suatu permukaan yang keras. “Diari?” Spontan mulutnya berkata apabila dia melihat terdapat mangga kecil yang mengunci buku itu. Tapi di mana kuncinya? Ligat otaknya berfikir sambil tangannya meraba-raba sekita kotak itu dengan harapan dapat menjumpainya. 

“Farissha...” Suara Pak Rashid kedengatan di luar garaj memanggil anaknya. 

Pantas Nur Farissha menyembunyikan diari itu dan beberapa keping surat yang sempat dicapainya di dalam salah satu kabinet usang di istu. Yang selebihnya dimasukkan kembali ke dalam kotak itu dan mengembalikan pada kedudukan asal.

 “Kamu buat apa dekat sini Farissha?” tanya Pak Rashid dengan suara mendata seolah-olah tidak senang dengan kehadiran Nur Farissha di situ. 

“Tadi Wani cakap ayah ada dalam garaj. Tu yang Farissha datang nak ajak ayah makan sekali.” Dia sedaya upaya cuba untuk mengawal ekspresi wajahnya. 

“Kamu masuk dulu.” Arah Pak Rashid sambil berjalan masuk ke dalam garaj itu meninggalkan Nur Farissha.

 Nur Farissha hanya menurut sahaja tetapi telinganya menangkap bunyi seperti ayahnya sedang mengalihkan barang. Dengan perasaan penuh curiga dia menapak masuk ke dalam rumah. 

“Ayah... dah lama tak jumpa ayah.” Gedik kedengaran suara Nur Haziqah menyapa ayah tirinya itu.

 “Kamu sihat Jiqah?” soal Pak Rashid mesra menyebabkan Nur Farissha yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan ayahnya itu sedikit terasa dengan layanan yang diterima oleh kakak tirinya.

 Nur Haziqah dengan muka tidak tahu malu menghulurkan pinggan nasinya kepada Nur Farissha. “Isikan aku punya sekali.” Arahnya dengan muka tebal. Setebal mekap yang dipakainya. 

Jika di ikutkah hati ingin sahaja ditelangkup pinggan itu pada muka kakak tirinya itu tetapi dia hanya menurut sahaja untuk mengelakkan pergaduhan. Selang beberapa minit Mak Ani dan Nur Syazwani turut serta di meja makan itu. Nur Farissha ingin makan sekali tetapi jelingan daripada Mak Ani mematikan seleranya. Dia cuba bersabar selagi boleh

.“Ayah makanlah ye. Farissha nak kemaskan dapur.” Ujarnya berdalih. Walaupun dia sedikit terkilan apabila tidak dapat makan bersama ayahnya. 

“Kerja tu nanti boleh siapkan. Mari makan dulu.” Ajak Pak Rashid tanpa menyedari apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

 “Tak apa ayah. Farissha kenyang lagi.” 

“Ikut kamulah.” Ringkas Pak Rashid berkata tanpa langsung memandang anaknya itu.“Sudah. Kamu pergi kemaskan dapur.” Arah Mak Ani.

 Apa yang paling menyakitkan hati Nur Farissha apabila ayahnya itu langsung tidak peka dengan keadaan sekeliling. Dia hanya melihat ayahya sudah leak mendengar Mak Ani bercerita. Hati kecil betul-betul kecewa. Ibu... kalaulah ibu ada ketika ini. Air matanya yang bergenang di tubir mata cuba ditahan. 

Nur Haziqah memberikan senyuman sinis. Dia menggerakkan sedikit mulutnya. “Padan muka.” Sengaja ingin menyakiti hati adik tirinya itu. Puas hatinya melihat Nur Farissha kecewa.Nur Farissha mengecilkan mata melihat kakak tirinya itu sambil berimaginasi dirinya menampar dan menyiat-nyiat mulut kakak tirinya yang celupar itu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya untuk menyabarkan hatinya.

Nur Syazwani yang menyedari adegan itu hanya menggelengkan kepalanya.

 Bunyi pinggan mangkuk berlanggar sesama sendiri di dalam singki dapur cukup untuk menceritakan tentang perasaan Nur Farissha saat ini. Setelah memastikan yang ahli keluarganya masih menjamu selera, dia segera menuju ke arah garaj belakang melalui pintu belakang rumah. 

Benar telahannya, kotak yang dia terlanggar tadi sudah tidak berada di situ. Melilau matanya cuba untuk menjejaki keberadaan kotak itu tetapi keadaan yang gelap di sesetengah tempat membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas. Tambahan pula, dia risau sekiranya ayahnya kembali semua ke garaj belakang ini. Dia bernasib baik yang ayahnya tidak mengunci garaj itu seperti kebiasaannya.

 Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil sahaja diari dan surat yang sempat disembunyikan dan menyelinap masuk ke dalam rumah mengikut tingkap biliknya yang tidak diletakkan sebarang pengadang.

 Bak kata Mak Ani, pencuri pun tak nak masuk lah dalam bilik kau yang miskin tu. Jadi tak perlu nak membazir pasang besi pengadang.Maklumat yang dia kumpulkan sekarang ini tidak sampai pun 5 peratus. Ini kerana dia betul-betul bermula daripada zero. Jika tidak kerana dia dengan secara tidak sengaja terdengar perbualan telefon emak angkat pasti sampai ke hari ini dia tidak akan pernah tahu bahawasanya yang... 

Tokkk... tokkk...tok...

 “Farissha...” panggil Pak Rashid daripada luar bilik. 

“Ye ayah.” Jawab Nur Farissha sambil bangun daripada katilnya lalu membuka pintu bilik dan berdiri berhadapan ayahnya. 

Yang selama ini lelaki separuh umur di hadapannya sekarang ini bukanlah ayah kandungnya. Bentak hatinya pedih. Dia memandang tepat ke dalam anak mata itu. 

“Ayah nak pergi jumpa Pak Ramli ni. Nanti kamu pergi jumpa Abang Puteh minta dekat dia barang yang ayah kirim pada dia minggu lepas.” Ujar Pak Rashid yang dijawab anggukan daripada Nur Farissha. Kemudian dia terus berlalu daripada situ tanpa menoleh ke belakang lagi. 

“Kami semua dah siap makan. Pergi kemas.” Angkuh suara Nur Haziqah mengarah dan dia dengan senang hati berjalan ke sofa di ruang tamu dan bergolek seperti ayam golek yang sedang dipanggang. 

Sebaik sahaja kedengaran motorsikal Pak Rashid meninggalkan perkarangan rumah, suara Mak Ani kedengatran menjerit daripada dalam bilik air mengejutkan Nur Farissha yang sedang membasuh pinggan di singki. 

“Ye Mak Ani.” Laung Nur Farissha kembali. Bergegas dia menuju ke bilik air. 

“Kau tengok apa yang kau buat pada baju aku ni! Kau tengok ni!” Mak Ani menunjal-nunjal kepala Nur Farissha.

 Berkerut dahi Nur Farissha melihatnya. “Minta maaf Mak Ani. Farissha tak sengaja.” Dia memang tidak sengaja kerana sudah terlambat semalam berjumpa dengan Pak Mat. 

“Kau ingat aku beli baju ni pakai air liur? Aku dah cakap dekat aku suruh asingkan rendaman baju aku ni. Jangan campur sekali dengan baju yang lain! Telinga kau mana?” Dengan kasar dia menolak Nur Farissha sehinggakan anak tirinya itu terdorong sedikit ke belakang.

Baju itu dihempaskan di atas lantai simen sambil dia membebel. “Bodoh! Bodoh! Kau memang bodoh! Keturunan kau memang menyusahkan hidup aku! Aku nak kau basuh sampai bersih. Kau gunalah apa cara sekalipun. Aku tak nak tengok tompok-tompok ni dekat baju aku.” Hanginnya. Sengaja dihentakkan kakinya sewaktu berjalan untuk menunjukkan kemarahannya. 

Nur Farissha mengeluh perlahan sambil mengambil baju di atas lalntai itu lalu diasingkan di dalam baldi yang lain. Clorox yang berada di tepi mesin basuh diambil lalu dituangkan sehingga ke titisan terakhir. Tidak cukup dengan itu, clorox yang baru dibeli juga diambil di atas almari lalu dicurahkan sehingga kosong! 

Marilah kita melihat apa yang bakal terjadi pada baju Mak Ani. Jeng... jeng... jeng




 “Woi! Termenung apa?” Jerkah Tengku Mikhail lantaran sedari tadi dia asyik melihat sahabatnya itu seperti angau di beranda rumah Pak Ramli dan Mak Nah.Syed Daniel awal lagi sudah mengambil tempat di kerusi malas yang berada di situ. 

“Kau boleh bagi salam tak? Kalau aku ada sakit jantung ke? Sakit demam terkejut ke? Siapa nak drive balik KL malam ni?” Bebel Syed Hakimi sambil mengurut dadanya kerana terkejut dengan jerkahan itu. 

Tengku Mikhail hanya tersenyum sinis sambil mengambil tempat duduk di kerusi malas sebelah Syed Daniel. Tenang dia menghirup udara di situ. Bersih! Matanya dipejamkan seketika untuk menikmati deruan angin pantai. Seronok betul dia di situ kerana rumah Pak Ramli dan Mak Nah berdekatan dengan pantai. 

“Aku tengah giler bayang.” Tanpa segan silu Syed Hakimi meluahkannya. Terbayamg di dalam anak matanya betapa dramatiknya dia dan Nur Farissha bersemuka seperti adegan di dalam drama. Dia tersengih-sengih lagi. Fikirannya jauh melayang. Sepasang mata coklat itu memang betul-betul menusuk jauh ke dalam hatinya.

 “Gila bayang? Bayang siapa?” Tengku Mikhail mengangkat keningnya. 

“Alah kau ni... Farissha. Perempuan yang kita jumpa pagi tadi.” Berseri-seri wajah Syed Hakimi sewaktu menyebut nama itu. Adakah ini yang dipanggil cinta pandang pertama? Jantungnya mula berdegup laju apabila terfikirkan Nur Farissha. 

Syed Daniel mula mengerutkan dahinya. “Kau seriuslah dengan perempuan kam...” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Tengku Mikhail memijak kakinya membuatkan dia mengaduh.

 “Letak atas meja ni je Hainy. Terima kasih buatkan air. Susah-susah je.” Tengku Mikhail mengalihkan perhatian Ida Muhainy. Takut pula jika Ida Muhainy terdengar percakapan Syed Daniel sebentar tadi.

 “Eh? Apa susahnya. Abang kan tetamu.” Ujar Ida Muhainy yang ingin menuangkan air untuk mereka tetapi ditegah oleh Tengku Mikhail.“Kalau macam tu Hainy masuk dulu ye.” Melihat Ida Muhainy sudah hilang disebalik pintu Syed Daniel menyambung kembali. 

“Apa kau pandang dekat dia? Nak cakap cantik... aku admit memang ada ruoa. Tapi bagi aku takat jadi perempuan simpanan aku jelah. Perempuan kampung tu tak setaraf dengan kita lah.” Sinis percakapan Syed Daniel. 

Terkedu Tengku Mikhail dan Syed Hakimi sambil berpandangan sesama mereka sebelum mata mereka terarah kepada Syed Daniel.

 Kecil mata Syed Hakimi memandang adik kembarnya itu. Tetapi situasi sekarang ini sudah bukan adik tetapi iblis yang bertopengkan manusia! Kau berikan aku kesabaran yang tinggi Ya Allah. Kerana dia sedar yang imannya hanya senipis kulit bawang berhadapan dengan sikap angkuh Syed Daniel itu. Tangannya dikepalkan sambil menenangkan hatinya sebelum boleh mula bersuara. Dia tahu cara kasar tidak akan dapat menyelesaikannya. 

“Itu kau! Bukan aku! Sampai bila kau nak hidup macam ni Niel? Dah berapa kali aku pesan... aku ingatkan... sikap kau yang bongkak tu tak akan kemanalah. Lagi satu, sampai bila kau nak teruskan hidup macam tu? Sampai berbuih mulut aku cakap menda sama. Tak ja;lan jugak. Takkan nak tunggu Allah turunkan bala baru nak insaf? Baru nak bertaubat?” Mahu sahaja dia sumbat adik kembarnya itu ke dalam liang lahad! Kalau tak insaf juga tak tahulah. 

“Hidup macam mana apa?” Syed Daniel masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh abang kembarnya itu. 

“Hidup bergelumang dengan maksiat!” Syed Hakimi terus bangun dan masuk ke dalam rumah meninggalkan Syed Daniel yang telah terkebil-kebil di situ. Lagi cepat dia berlalu dari situ lagi bagus. Jika tidak mungkin adik kembarnya itu lunyai dikerjakan.

 Fuh! Tajam pedang yang Syed Hakimi hunuskan ke hati Syed Daniel. Tengku Mikhail mengambik pendekatan berdiam diri tanpa berniat untuk bersuara. Air yang dihantar oleh Ida Muhainy dituang lalu dihirup sedikit. Selepas itu dia memejamkan matanya untuk merehatkan diri sambil merasai deruan angin pantai. Hal keluarga orang... jangan masuk campur.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh