Home Novel Cinta Seindah Jacaranda ( Jacaranda 2.0)
Seindah Jacaranda ( Jacaranda 2.0)
Aaliya Adni
5/12/2018 00:03:56
231,891
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1



Penghujung Disember 1993


Surat tawaran yang diterimanya dibelek Suhana. Dia sendiri  sudah membacanya berkali-kali. Macam tak percaya. Dia akan bertolak ke Australia tidak lama lagi.

            “Amazing Arissa… Tahniah lah…aku memang speechless.. menyesal pula aku tak belajar sungguh-sungguh..”

Suhana, itulah kawan paling rapat dengannya yang duduk di sebelahnya dalam kelas setiap hari sejak mula menjejakkan kaki ke tingkatan empat lagi.

            “Aku dah kemas katil ni, so aku nak ingatkan kau, boleh tak kalau kau jangan kirai-kirai dia balik..”

            “Alah Rissa, “kata Suhana,” macamlah aku tak biasa dengan perangai kau yang perfectionist tuuuuu..”Suhana menbeliakkan matanya ke atas. Berpura-pura bangun mengemas katil di bilik tidur Arissa. Surat tawaran itu diletakkan berhati-hati di atas meja disebelah katil bujang itu. Arissa mengambilnya dan menyimpan dalam sampul plastik.

            “Ehh adik kau mana? Dia share bilik dengan kau lagi ke?”

            “Razif? Tak ada. Dia dah keluar. Dah besar, dia kena tidur luar lah bila aku balik rumah.”

            Suhana faham sangat tabiat Arissa. Semua benda nak ikut prosedur. Dia memang rapat dan memahami sikap Arissa yang agak cerewet bila berkaitan dengan susunan rutin dan barangan hak miliknya. Kesemua orang tahu betapa tersusunnya Arissa. Buku-bukunya yang tersusun rapi di rak dekat almarinya. Dia tahu saja bila ada orang mengusik barangnya. Dan memang pantang besar baginya jika ada orang mengusik tanpa kebenaran. 

            Duduk di birai katil Arissa, Suhana tak habis-habis membebel kerana kecewa tak dapat ke luar negara sebelum keputusan SPMnya keluar. Suhana memang ada menyimpan cita-cita nak belajar ke luar negara juga. Sejak dari kecil sering dia rajin menonton wayang untuk menikmati pemandangan luar negara. Dia berdoa agar dia dapat ke Amerika Syarikat.  Suhana terus saja datang menziarahi, bila dapat tahu Arissa mendapat tawaran tersebut.

            “Tak boleh ke aku ke sana macam kau sebelum dapat keputusan, haaa?”tanya Suhana tidak meminta jawapan. Dia memeluk bantal sambil berguling di atas katil itu penuh ekspresi. “Aku nak juga merasa bermain dengan salji putih dan naik kapal terbang!!” dia meluahkan perasaannya tanpa diminta.


             "Best kan? Eh tapi setahu aku generally, kat Australia tak ada salji lah.." balas Arissa.

             “Alamak, betul ehhh.. bodohnya akuu.. patut lah aku tak dapat offer macam kau!” menepuk dahinya.

Mereka ketawa terkekeh.

             " To be exact, ada salji kat beberapa tempat lah..macam kat Tasmania atau atas tempat yang tinggi..." Arissa menjelaskan dengan lebih terperinci. "Jadi, kau bukanlah layak dipanggil bodoh..so please don't be so humble..markah add maths kau pun pernah  sama dengan aku.."

            " Memang kau ni genius. Tu saje lah sekali aku dapat markah A untuk add maths..topik pertama form four...bukan macam kau.. setiap masa dapat A!!" 

            ” Apa-apa pun, termakbul juga doa mak aku…” tetiba Arissa ‘feeling’ sedikit.

Takdir memang sesuatu yang sukar diduga..  Memang dia teringin ke menara gading tetapi sesungguhnya di luar fikirannya akan dapat melanjutkan pelajaran  ke luar negara. Itulah mungkin doa dan impian orang tuanya. Dia sendiri amat teruja untuk menaiki kapalterbang. Seumur hidupnya tidak pernah dia ke lapangan terbang. Selalu dia ternampak kapalterbang lalu di langit, bising berderum tapi tak dapat membayangkan dia akan menjadi penumpangnya lebih awal dari yang dijangka.

             “Mak dan ayah kau dah tahu kan?” tanya Suhana.

Arissa terdiam sejenak. Memang ibunya sudah tahu. Bapanya…entahlah.

           “Ehh mesti lah.. tapi mak macam sedih sikit lah..dia memang rapat dengan aku..jadi, macam berat hati tapi memang dia ingin aku ke sana.Harap-harap dapatlah aku menolong dia juga bila aku dah dapat ijazah nanti.” kata Arissa penuh harap.

           “Jangan kat sana kau kahwin dengan mat saleh sudahlah ye.. menangis mak kau terpaksa berpisah negara dengan kau..."

           “Apa salahnya kahwin dengan mat saleh..bukan nya tak boleh balik Malaysia nanti? Kalau dapat macam Tom Cruise yang kacak tu..mesti hebat kan?,”Arissa melayan imaginasi kawannya.

           “Tom Cruise?? Oh no!! yang berlakun filem “A few good men” tu ke? Kalau kau kahwin dengan mat saleh macam tu memang pengsan aku!! “ jerit Suhana macam over sikit. " Wahh...nanti anak kau mesti comel! Entah-entah kan dengan mata biru, hidung mancung..... ohh tak tahannya aku nak memikirkannya..” Suhana memejamkan matanya berangan.

           “Hehe.. lagi pun orang kata mat saleh romantik berbanding dengan orang melayu…kan? kan???” sengaja dia melayan keterujaan Suhana.

            Suhana mengangguk. 

           “Macam dalam buku Mills and Boons yang aku baca tu.. alamak hero dia memang best gila.. tall, dark and handsome..awww…” semakin gedik Suhana jika dilayan, fikir Arissa. Tapi itulah kawan yang paling karib yang dikenalinya semenjak menjejakkan kaki ke Kolej Tunku Aminah di selatan tanah air itu.


           “Ehh, dah lah…jangan haraplah..mak aku pun dah sebut pasal ni awal-awal.. dia dah cakap jangan sibuk nak kahwin awal-awal. Apa lagi nak kahwin dengan mat salehhhhh….Habis belajar dulu okay.”

          “Eh apa salahnya kawin muda-muda. Kalau kau kahwin masa umur 18 tahun, nanti kau dapat jadi nenek pada usia 40 tahun. Mesti nenek glamor tau…Anak kau pula mesti kau kahwinkan awal-awal juga pula. Jadi nanti tak lah dah tua sangat baru dapat jadi nenek! “ Suhana membangkang. “Lagi pun, kahwin awal ni mengelak buat maksiat!”

           “Alah, aku malas lah nak fikir pasal kahwin-khawin ni. Aku nak dapat ‘degree’ aku dulu. Lepas tu aku nak balik kerja kuat-kuat dan beli kereta dan sebiji rumah banglo untuk mak aku. Belikan mak aku hand bag, kasut, emas berlian. Balas jasa mak aku.”

           “Best nya…..tapi kan, aku rasa lah macam kau ni mesti dapat pakwe cepat….dan mesti kahwin cepat! Tak payah tunggu habis belajar!”kata Suhana bersungguh-sungguh. 

           “Excuse me, itu bukan cara aku, okey!!” balas Arissa. “Lagi pun nak pakwe masa sekolah? macam kat kolej kita tu manalah ada lelaki yang sesuai nak dibuat boyfriend..”

           “Eh...sekolah perempuan..nak buat macam mana... hmm tapi apa tak adanya.. Syahmi budak lab tu kacak dan jadi rebutan ramai tu!!”

           “Syahmi? Kau jangan nak merepeklah!! “ Arissa tergelak.

           “Iye… budak kelas sebelah semua crazy pasal dia,” ujar Suhana selamba. “Kita aje yang tak peduli pasal boys dalam lab tu.!!”

           “Desperados!!” Arissa tertawa memikirkan Syahmi yang pemalu tinggi lampai itu diorat gadis-gadis belasan tahun. 

           “Ehh. Rissa, tapi betul tau..”tiba-tiba nada suara Suhana menjadi serius.” Kawan kakak aku kat Amerika Syarikat dah kahwin tahun lepas. Mak dengan ayahnya pun tak suka tapi dia orang teruskan juga. Lagi pun kat sana mana ada Jabatan Agama, takut-takut tersilap langkah..silap haribulan terberanak.”

           “Hey, kau dengar ye.. aku nak kau tahu aku dah janji dengan mak aku, aku akan kotakan kata-kata aku.. janji mesti ditepati. Dan aku tak nak fikir pasal kahwin. Tak kahwin terus pun tak apa.” kata Arissa tegas.

            “Eh, jangan cakap macam tu. Nanti mulut kau masin…kau jadi anak dara tua.. menyesal nanti tak nak kahwin..”

            “To each their own,” kata Arissa selamba. “Lagi pun berdosa ke tak dapat kahwin?”

           “Ehh tak de lah berdosa…tapi rugi wei…mak aku cakap nanti asyik kena kutuk je sebab tak kahwin ..”

           “Ohh asal boleh ehh.. dapat kutu berahak, gangster, orang hisap ganja pun jadi ehh?..kahwin sebab takut kena kutuk? Aku paling menyampah bila dengar orang cakap kahwin sebab nak halalkan perhubungan tapi in the end tanggungjawab tak buat..bab nak kahwin je ikut kata rasul..lain-lain?”

           “Alah serius sangat lah kau ni.. rilek-rilek je la kawan… jumpa yang berkenan nanti kau tak ingat pun kat aku dah, kot?”

           Arissa menggeleng kepala sambil tersenyum. Mungkin bagi Suhana itu hanya perbualan kosong. Tapi bagi Arissa dia memang bertekad untuk tidak memikirkan tentang perkahwinan. Ada banyak lagi yang perlu difikirkan. Ada banyak yang perlu ditempuh. Ini hanya satu permulaan.  

 


Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.