Home Novel Cinta Jangan Bicara Cinta
Jangan Bicara Cinta
NAWAR WAHID
26/3/2021 19:33:00
19,278
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Matahari mula naik terik. Tiga budak nakal ini masih duduk bertenggek di kaki lima menunggu waktu persekolahan habis. Daripada pagi mereka redah ponteng kelas sampaila waktu tengahari ni. Tahun ni nak spm tetapi langsung tak diendahkan. Katanya lantaklah. Malas nak baca buku. Lepas ni mereka akan menyambung syarikat keluarga masing-masing. Tak guna belajar rajin-rajin. Sudahla nakal, perangai juga menyerupai syaitan.

"Fewwit. Kak, nak nombor."

"Ish!" 

"Ala, sombong!"

Seorang wanita berbadan ramping menepis tangan Ahmad Israk. 

"Haha! Ingat aku nak sangat dekat kau! Blah lah!"Israk menendang batu kecil di atas jalan sambil mengejek wanita itu. 

"Israk, tu! Sorang lagi!" Sodiqin menepuk bahu Israk kuat. Mata dia meliar melihat seorang lagi budak perempuan sedang berjalan menghampiri mereka. 

"Assalamualaikum, dik. Nak tumpang abang balik rumah?" Sodiqin berlari ke arah gadis itu. Budak perempuan itu mendengus. 

"Tak padan budak sekolah! Budak hingusan!" Perempuan itu meneriak. 

"Eh, kau cakap baik-baik, eh! Cium kang!" Sodiqin menghalang laluan gadis itu. 

"Eh, tepilah! Tolong! Tolong!" 

"Bodoh ah kau! Weyh, blah jom! Blah!" Sodiqin menolak badan budak perempuan itu. Terjelepuk dia duduk di atas jalan. Kelihatan ramai orang cuba menghampiri mereka. Azad yang sedang menghisap rokok di hadapan rakan-rakannya terus meludah ke tepi. Potong stim ah! Dia baling putung yang berasap ke atas jalan lalu dipijaknya kasar. 

Mereka yang masih berpakaian sekolah terus berlari ke arah motor mewah. Muhammad Sodiqin menaiki kereta Yamaha R1 dan Azad membonceng belakang motor Sodiqin. Israk pula sedang menaiki sebuah motor Vyrus 987C34D yang mempamerkan kuasa enjin dukati. Mereka ketawa sambil memakai helmet. Terasa geli hati memikirkan tiada siapa dapat melawan mereka atau menghalang mereka untuk buat kerja gila. 

Sodiqin dan Israk memandu motor menghampiri rumah mewah milik Israk. Motor diparkir di kawasan rumah. Rumah banglo lima tingkat dan mempunyai lif itu kelihatan begitu megah. Israk mengajak mereka masuk ke dalam lif. Nombor 5 ditekan pada punat. Lif itu naik dengan segera. Mereka berbual tentang motor baru yang akan keluar dan betapa mahal harganya. Pelbagai topik tentang wanita. Juga bagaimana Israk menyukai jika wanita itu mempunyai buah dada besar dan Azad bersetuju. Sodiqin pula memberitahu dia benci perempuan yang suka menjawab. Rasa nak tampar aje. 

Tiba di dalam bilik, badan Sodiqin menghenyak ke atas katil tanpa dipelawa Israk. Mereka sudah biasa datang ke sini. Ibu bapa mereka juga tidak pernah marah kerana mereka tahu harta-harta ini akan menjadi milik anak-anak tunggal ini. 

Sodiqin mengeluarkan telefonnya. Dia membuka mesej. Kenalan gadis yang dikenali di laman sesawang tinder berduyun-duyun memberi mesej. Dia hanya skrol sahaja tanpa membaca. Bosan. Tak seronok. Dia dah puas melempias nafsu dia. Dia rasa kosong. Rasa nak kacau orang baru. 

Azad duduk di atas kerusi sofa. Dia merangkak mendapatkan PS5 di atas meja. Katanya tak puas main game! Israk pula mengambil majalah playboy sambil menyelak satu persatu helaian kertas itu. Kedengaran dia mencium-cium wajah model dengan kuat. Azad dan Sodiqin hanya ketawa melihat Israk sedemikian. 

Pintu dibuka. Pembantu rumah masuk ke dalam bilik Israk. 

"Bik, ibu sudah pulang? adu bibik ini kenapa wajah bibik seperti dimarahin?" sengaja Israk berbicara indonesia. Mata bibik itu memandang Sodiqin takut-takut. 

"Cik sodiqin..." Perlahan sahaja nama sodiqin dipanggil. 

"Qin! Bapak kau, bodoh!" Azad berbicara sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Mulut Azad ditekup kuat. Katanya, mampus kau Sodiqin! Sodiqin terus meloncat daripada katil. Dia nampak gelisah. Jejaka itu meninjau ke tingkap. Dia melihat seorang lelaki tua dan berkepala botak sedang memegang kayu tongkat di hadapan pagar rumah. Muka sodiqin berubah cemas.

"Israk! Tolong aku! Aku nak lalu jalan belakang!" Sodiqin berjalan ke arah Israk. Bahu kawan itu digoncang. 

"Bro, mana ada jalan belakang. Hadap jela!" Israk jungkit bahu. Dia pun dah pasrah. Kalau bapak sodiqin dah datang rumah maka sekejap lagi nasib dia pula la. 

"Eish!" Sodiqin keluar daripada bilik dan turun ke ruang tamu. Mata dia menjeling ke arah pintu belakang. Berkunci!

Tiba-tiba dia dengar bapa dia menjerit di segenap ruang tamu. Suara Dato Saif bergema. "Muhammad Sodiqin! Come here instantly! Jangan sampai abah pecahkan motor kau, Qin!"

Qin tarik baju kolarnya pada leher. Dia telan air liur yang kesat dan berjalan ke arah abahnya teragak-agak.

"Ab...abah..."

"Pegang dia." Dato Saif mengarahkan dua orang pengawal peribadinya memegang anaknya. Dua orang lelaki itu mengikut perintah. Tangan Sodiqin dipegang erat. Jangan dilepaskan katanya. Kayu yang dipegang Dato Saif diangkat tinggi. Tak semena, kayu itu memukul punggung Sodiqin.

"Aduh! S..sakit abah!"

"Biar kau rasa. Aku lagi sakit hati tengok kau sia-siakan hidup kau, Sodiqin! Penat aku hantar kau sekolah untuk jadi pandai, kau buang masa macam tu je!"

Buk! Buk! Buk!

Sodiqin ketap gigi menahan sakit. Dia bengang! Macam mana abah dia boleh tahu ni! Abahnya dah mula berang. Dia lihat Sodiqin tidak rasa bersalah. Dato Saif terus merentap kolar anaknya lalu ditumbuk muka budak itu kasar. 

"Sodiqin! Kalau kau nak jadi penyangak, tak payah jadi anak aku! Aku nak kau balik sekarang! Motor kau aku nak jual. Dah! Bawa budak ni masuk dalam kereta." Arah Dato dengan tegas. Mata Sodiqin sempat meliar ke arah dua orang rakannya yang tidak mampu membuat apa-apa. Israk angkat tangan. Dia kata nanti aku call. 

Sodiqin memang tak berani nak lawan kata ayah dia. Tapi kalau dia dah malas, dilanggar juga arahan ayahnya. Katanya, janji dia sedap dia dapat apa dia nak. Buat baik pun kena pukul, lebih baik buat jahat. 

Muka Sodiqin tiada perasaan. Apabila sudah hampir di pintu kereta, budak itu merentap tangan dia. "Bro, lepaslah. Aku boleh masuk sendiri. Kalau tak nak aku lari pegang kaki. Bukan tangan. Eish! Itu pun nak cakap?" Budak lelaki itu membolosi kereta di tempat duduk belakang. Pintu itu ditutup kasar dan dikunci. 

***
Malam itu, Sodiqin makan di meja panjang. Dia terkial-kial menyiat daging di atas pinggan. Kuah sos lada hitam itu dicicah. Kentang goreng di dalam pinggan dimasukkan ke dalam mulut. Makannya perlahan-lahan. Tidak mahu trigger marah ayahnya. 
Dia memandang mummynya yang sedang makan dengan tenang. Mummy dia memang jelita dan tinggi orangnya. Macam anaknya juga. Kacak dan tampan. 

"Qin, mummy dah arrange jadual tuisyen Qin. If you dont want to study at school, i will make sure you study at home. No excuses. Awak tu the only child i have. Jadi tolong dengar cakap daddy and mummy. Faham?"

"Alah, mummy. I really hate that school. And i hate studying."

"Sodiqin!" Dato Saif angkat kening. Suaranya garau menengking. Mata dia menjeling tajam pada mata anak dia.

"Erk, ok mummy." Sodiqin menundukkan kepalanya. Dia makin takut dengan gertakan bapanya. 

Atas mulut je cakap ok, dalam hati oh no, not ok! Sodiqin mengambil telefon di dalam kocek seluar. Dia menekan mesej kumpulan Boys yang terdiri ahlinya iaitu dia, Israk dan Azad.

Update?- Sodiqin

Bapa aku dah hentam aku tadi, Qin. Kau gerak dulu malam ni dengan Azad. Mata aku bengkak doh. Mana hensem nak ngorat awek macam ni. -Israk

Hahahaha! Bapak aku outstation, so aku selamat lagi. -Azad

Aku nak sneak out keluar malam ni. Pukul 1 ambik aku eh Azad! Aku tak boleh la duduk rumah ni. Rasa panas je. Angin badan aku. -Sodiqin

Bereh! Aku ambik kau nanti. Ada barang baik nak kongsi dengan kau.-Azad

Bangang Azad. -Israk

Ko duduk rumah senyap-senyap ah, Israk. Aku nak berfoya-foya malam ni. -Azad

Haha! Israk panas. -Sodiqin.

Ambik aku sekali. Aku pakai penutup mata. -Israk

Kau jangan jadi penyebab awek tak nak dekat dengan aku. -Azad

Kau tengok siapa dapat awek lu, Azad! Tak leh jadi! malam ni,  aku ons. -Israk.

Ok, onz. Aku pick up kau lepas ambik Qin.- Azad

Ok roger. Gerak lu. -Israk.

Sodiqin yang sedang terkial-kial menaip sesuatu, terasa ada benda mengetuk kepalanya. Terasa sakit di kepala. Sudu yang dipegang abahnya telah dibaling pada kepala Sodiqin. Kepala dia rasa bingai. Dia pejam mata dia. Jari-jemari mengurut kepala yang berdenyut-denyut.

"Abang! Kalau iya marah sangat jangan lah buat macam tu pada Sodiqin!" Marah mummynya. Kembang kempis hidungnya memarahi suami.

"Sodiqin! Kau duduk rumah! Jangan harap nak keluar mana-mana malam ni!" Abahnya memberi amaran. 

Kerana terlalu marah, Sodiqin menghembus nafas berat tanda tak puas hati. "Abah jangan ingat semua benda abah buat betul! Abah pun buat salah. Kalau salah minta la maaf pada Qin!" Budak itu terus bangun daripada kerusi. Tangan dia menghentak meja. 

"Astaghfirullah, Qiiiiin." Mummy dia mengurut dadanya sendiri. 

"Qin nak keluar jugak malam ni. I dont care, mummy. Qin rimas dengan abah. Dia nak orang ikut cakap dia je. Ingat Qin ni apa?"Sodiqin menjeling bapanya yang sedang merenungnya dengan anak mata kemerahan. Jejaka itu terus berlalu pergi tanpa meminta izin.

"Huh! Itulah awaknya. Asyik manjakan sangat budak tu. Sekarang ni umur dah makin tua pun perangai macam budak-budak." Dato Saif menghempas garpu ke atas pinggan. Gelas yang berisi air oren itu diteguk laju. Panas melihat kelakuan anaknya. Tak sedar diri yang dia bakal menjalani peperiksaan spm tahun ni. 

"Saya pula kena?" Datin Abidah menjeling suaminya. 

"Anak awakla tu."

"Ya abang. Itu anak saya dan anak awak juga."

"Perangai macam tu bukan anak saya." Tegas Dato Saif cuba menegakkan benang yang basah.

"Suka hati abangla. Saya malas nak layan abang ni. Dua kali lima saja. Dua dua panas baran dan dua dua tak nak mengalah. Apa abang ingat saya ni tiang gol ke? Dapat apa kalau menang? Saya yang jadi mangsa tahu tak." Datin mula membebel. Dato berdehem perlahan. Marah pula isteri aku ni. 

"Alah, manja abang ni. Tak kan badan besar macam ni tiang gol. Ni namanya tiang kayu balak." Sengaja Dato menyakat isterinya.

"Abang!" Mata Datin naik pusing. 

"Haha! Abang gurau aje. Dah! Dah! Sedap lauk asam pedas ni. Pandai isteri abang ni masak ya?" Dato Saif menyiku isterinya. Sesekali matanya cuba menatap wajah isterinya. 

"Huh! Tahu je nak pujuk saya yer! Abang jangan tak habiskan lauk ni. Sedap kan?"

"Ya, ya! Sedap sangat ni. Macam ni lah isteri abang. Pandai, cantik, gebu, kuat bebel. Eh!" Dato mula makan dengan gelojoh dan berselera. Tidak berani nak pandang mata Datin. Macam kena panah. Kalau tak habiskan lauk ni, ada yang sambung hujah dan leteran. Tak sangguplah!

***
Israk mengeluarkan kad pengenalan palsu. Mereka bertiga yang segak memakai jaket hitam berkulit terus memasuki kelab malam di Chanel Viu Club. Sodiqin menuruni anak tangga itu diikuti Israk dan Azad. Mata mereka meliar melihat gadis-gadis menari di atas lantai. Lagu yang dimainkan membingit gegendang telinga. Apabila nak bercakap, mereka perlu menguatkan suara.

"Kau cakap apa!" Sodiqin merapatkan telinganya ke arah Azad.

"Kau nak makan tak!" Azad mengulang soalannya lagi. 

"Aku kenyang ah! Aku nak minum martini!" Sodiqin mengangkat jarinya agar pelayan yang berlegar memberi layanan pada mereka. 

Seorang wanita berbadan separuh bogel menghampiri. "Hai handsome! Yes? Anything dear?" Israk menjilat bibirnya sendiri sambil melihat kecantikan wanita dihadapannya. Wanita itu memakai baju dress sendat yang melekap pada bentuk badannya. Jejaka itu menepuk punggung pelayan itu. Wanita itu kelihatan tidak marah tetapi makin galak dia ketawa. 

"You need to pay if you wanna touch me!" Wanita itu memberi amaran. 

Israk mengeluarkan sehelai duit rm50 lalu menghidu duit kertas itu. Katanya, " i can pay you more dear." 

"Nice." Wanita itu menarik duit kertas yang dipegang Israk. "Alright. I will bring your order right away handsome."

Sodiqin melihat wanita itu berjalan dengan lenggok yang mengiurkan. "Cun gila awek ni."

"Qin, kalau macam ni setiap hari, aku rasa bahagia lah."

"Tahu tak apa. Jangan kena tangkap je sudah. Kita ni bawah umur!" Sodiqin ketawa seraya itu ketawanya diikuti tawa rakan-rakannya. 

"Ni baru orang cakap A class. Aku bosan cari awek dekat tepi jalan. Budak perempuan dekat sekolah pun tak ada yang cun. Itu yang malas nak pergi sekolah." Israk menambah. Dia meneguk air kencing syaitan. Terasa khayal. Bayangan gadis-gadis cantik melayannya kelihatan dihadapannya. Israk tersenyum sendirian. 

"Cis! Baru secawan dah lanyut." Azad menolak kepala Israk kasar. Qin hanya ketawa melihat rakannya sebegitu. 

"Esok kau pergi sekolah tak!" Azad menguatkan suaranya. 

"Pergi ah! Aku bosan dengar mak aku bebel. Malam ni nak party puas-puas. Esok, aku nak cari awek baru. Mummy kata ada budak perempuan pindah sekolah kita. Aku dengar perempuan tu lawa!" Sodiqin tersengih sendiri. 

"Cun! Aku nak pergi sekolah gak esok! Israk? Weyh Israk! Bangun ah!"


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.