Home Novel Cinta Jangan Bicara Cinta
Jangan Bicara Cinta
NAWAR WAHID
26/3/2021 19:33:00
19,294
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Wajah Israk merapati muka Hawa. Hembusan nafas dari mulut jejaka itu begitu panas. Wajah Israk yang sedang berkaca mata hitam menyukarkan Hawa untuk melihat anak mata jejaka itu.

"Hawa, jangan bergerak." Israk memberi arahan. Arahan itu sukar untuk difahami dan diikuti. Kenapa aku nak dengar cakap kau? Kau nak apa daripada aku!

"Ish..." Hawa cuba menolak bahu Israk. Jejaka itu masih tegas tidak mahu berganjak.

"Shh...aku nampak ada orang ikut aku." Israk makin mendekati Hawa. Pipi hampir bergeser dengan pipi. Israk mahu melindungi diri dia dan gadis itu. Hawa memalingkan wajahnya ke tempat lain. Dia tak suka dan dia benci Israk bertindak sedemikian. Kenapa kau takut sangat? Sergah jelah pada siapa yang ganggu kita!

Israk yang sedang memakai cermin mata hitam itu merenung wajah Hawa. Gadis cantik tinggi lampai ini telah mengetuk imannya. Dia pandang pada penampilan Hawa. Tudung bawal berwarna hijau cair itu diselempang cincai pada bahu. Baju kurung coklat cair bercorak daun hijau itu nampak padan dengan badan. Bau wangi daripada rambut dihidu perlahan. Kedengaran Israk menghidu bau Rose yang dipakai Hawa.

"Ei! Apa bau orang ni!" Hawa terus menolak Israk kasar. Dia dah tak kisah kalau orang jahat tu nampak dirinya! Buat apa aku nak takut? Aku lagi takut kau sentuh aku, Israk! Badan Israk menginjak ke belakang. Dia senyum sinis. Jejaka itu sangat suka bau Hawa. Dari hari pertama lagi dia tahu itu bau gadis ini.

Israk menoleh ke belakang. Sekarang, dia pasti orang yang sedang mengikutinya tidak lagi berada di sekitar rumah kedai ini. Nafas lega kedengaran. Kemudian, jejaka itu kembali menatap gadis di hadapannya yang nampak sedang marah.

"Chill ok. Aku bukan nak buat apa-apa." Israk membela diri. Dia nampak Hawa mendengus dan tangan menggenggam erat membuku.

"Ok! Iya. Im sorry ok! Im so sorry!" Israk angkat tangannya tanda serah diri.

Hawa menjeling anak matanya pada Israk lalu berkata, "kau ni kenapa ha? Kau sengaja ikut aku kan? Kau nak apa lagi? Aku penat tahu tak? Bosan orang asyik nak intip aku! Aku penat bila ada orang selalu ikut aku daripada belakang dan perhati gerak geri aku! Penat! Aku penat!"

Israk nampak mata Hawa mula bergenang dengan air mata. Jadi, selama ini ada benda lah yang menghantui kau? Sebab itu kau pindah sekolah? Siapa dorang tu, Hawa? Siapa!

"Hawa..."

"No, dont talk to me." Hawa kesa air mata dia dengan jari jemari. Dia dah tak tahan. Dia ingat kalau pindah sekolah semuanya akan jadi seperti biasa. Hidup akan jadi aman dan tenteram. Tapi, ini sebaliknya!

"Kalau dah tahu macam ni, kenapa kau tak mintak tolong orang?"

"Kau ingat ibu dan babah nak percaya? Aku dah cakap banyak kali, Israk. Tapi bila dorang periksa tak ada siapa atau apa-apa! Mereka mungkin fikir aku gila kot! Aku dah penat! Jadi, jadi tolong jangan ganggu aku. Tolong keluar sekarang! Aku nak naik sambung kelas. Cukuplah, Israk." Hawa terus menapak menaiki anak tangga. Jalannya tergopoh-gopoh. Israk masih memerhati. Rasa kasihan mula menggunung.

Hawa masuk ke dalam kelas. Duduknya kasar. Rakan yang sedang khusyuk mendengar penjelasan cikgu tuisyen memandang Hawa. Bisikan yang tidak seronok kedengaran. Hawa lap semula air mata yang masih mengalir. Dia tak suka apa yang berlaku tadi. Dia nak hidup tenang. Dia nak hidup dia yang dulu.

***
Israk bertenggek di tepi motornya. Dia masih tidak balik. Hati dia tak tenteram. Dia takut jika ada orang cuba mengapa-apakan Hawa. Entah kenapa dia nak kisah. Dia bukannya milik Hawa.

Apabila usai kelas, Hawa mengemas barang-barangnya di atas meja. Buku, bekas pensil dan pen dimasukkan ke dalam bag sekolahnya. Dia hela nafas berat. Sekarang ni dah nak hampir pukul 11. Banyak pula kawan dia ni tanya soalan sampai larut malam cikgu nak kena beri penjelasan. Hari ni hari jumaat, jadi esok sabtu. Tak adalah penat sangat esok. Selalunya dia akan mengikuti tuisyen sampai malam, hanyalah pada hari jumaat.

Perasaan takut tiba-tiba muncul. Dia takut nak balik rumah. Hawa baca ayat kursi banyak kali. Dia baca doa keluar rumah. Dia harap tak ada apa-apa berlaku pada dia.

Hawa turun anak tangga. Rakan yang lain kelihatan sudah balik. Tinggal dia keseorangan di situ. Hawa yang terbongkok-bongkok sambil mencari kasutnya yang tersusun , disapa seseorang.

"Hawa? Balik nanti macam mana?" Cikgu Adhwan menegur.

Aduh, dia ni lagi! Nasib baik kau tak jadi cikgu tuisyen aku! Cuma aku bernasib malang yang kau juga mengajar di pusat tuisyen ini.

"Oh, Cikgu Adh! Terkejut saya. Ingat kan cikgu ni hantu ke apa." Hawa meleretkan senyuman. Dia pakai kasutnya tergesa-gesa. Cepatla aku nak balik ni.

"Ni Hawa nak balik dengan siapa? Meh cikgu hantar." Pelawa Cikgu Adh. Lelaki itu hanya memakai tshirt biru cair dan seluar hitam khakis.

Hawa geleng-geleng kepala. "Eh tak yah susah-susah. Kalau jalan kaki ni 15 minit je dah sampai cikgu."

"Oh ye ke? Hawa tinggal area ni?"

Aih, mulut kau ni Hawa!

"Ha, err kalau saya lari ada la dalam 15 minit. Maknanya, rumah saya bukan area ni." Hawa tipu sunat.

"Lah, jauhla kiranya? Tak apa Hawa. jom cikgu hantar ya?" Cikgu Adh cuba pegang tangan Hawa. Hawa menepis.

"Cikgu, apa pegang-pegang ni." Muka Hawa berubah tegang.

"Eh, Hawa. Tak pe la cikgu hantar. Lagi pun ada benda cikgu nak cakap ni." Kedengaran tegas nada Cikgu Adh.

"Cikgu cakap je la dekat sini. Saya tunggu. Cepat, cakaplah." Hawa berdegil.

"Hawa, kita cakap dalam kereta lah. Jom?" Cikgu Adh menghampiri Hawa. Dia beranikan diri untuk memegang Hawa lagi. Dia berani kerana dia tahu dah tak ada orang di pusat tuisyen. Hari ini dia ditugaskan mengunci pintu. Jadi dialah orang terakhir berada di sini.

Tangan Hawa dipegang kuat. Cikgu Adh mengheret Hawa keluar daripada pintu tuisyen. Jantung Hawa gugur serta merta. Kaki dia cuba nak melangkah lari dan tangan terkial-kial mahu melepaskan genggaman cikgu Adh.

"Kau ni degillah, Hawa. Aku cakap ikut, ikut jelah. Tak faham bahasa kau ni eh?" Mereka bergelut di ruang letak kasut. Apabila jejaka itu rasa susah untuk mengheret Hawa, dia lepas tangan Hawa dan tampar gadis itu. Berbirat pipi kirinya. Panas. Hawa pegang pipi dia yang kesakitan. Tudungnya sedikit lagi nak tercabut. Sumpah dia rasa sangat takut!

"Cikgu... t.. tolong la! Jangan buat macam ni!" Hawa merayu-rayu seraya tangannya terus ditarik untuk dibawa keluar. Bag sekolahnya sudah jauh ditinggalkan.

Dengan keizinan Tuhan, tiba-tiba Israk muncul menyergah Cikgu Adh. "Woi! lepaskan dia!"

"Is..israk! Israk, tolong aku!" Hawa menjerit diselangi tangisan.

Buk! Buk!

Israk menghayunkan tangan dia pada muka Cikgu Adh. Jejaka itu terjelepuk jatuh ke lantai. Genggaman tangannya pada Hawa dilepaskan serta-merta. Cikgu Adh lap darah yang mengalir pada hidung. Dia tenung wajah Israk! Dia tahu budak nakal ni. Israk sangat popular dengan sifat gangster dia. Cikgu Adh nampak takut.

"Bodoh kau Hawa! Aku tak akan lupa apa kau dah buat pada aku!" Tergopoh-gopoh Cikgu Adh bangun lalu berlari bertempiaran menuju ke kereta.

Hawa terus terduduk di atas lantai. Jiwa dia robek. Hati dia tercalar. Dia rasa tak guna!

Ini kali kedua kejadian malang berlaku hari ini! Kali kedua Israk selamatkan aku! Dan kali kedua aku menangis di hadapan Israk. Aku dh tak mampu tunjuk kuat.

Israk yang sedang memakai jaket kulit hitam itu membuka jaketnya laju. Dia letak jaketnya pada bahu Hawa. "Awak, jangan la nangis macam ni. Orang tengok nanti, saya yang kena. Awak nak ke tengok saya kena tumbuk?"

Israk berseloron.

"Israk, aku tak tahu kenapa semua ni berlaku. Kenapa aku? Aku nak hidup macam orang biasa. Nak habiskan belajar. Kenapa aku yang jadi mangsa? Aku dah tak boleh hidup macam ni. Aku takut sangat. A... aku tak kuat."

Israk duduk di sebelah Hawa berat. Dia tahu nak pujuk perempuan ni mesti ambil masa. Lebih baik dia duduk.

"Lah, kau kan kuat. Kalau kau tak kuat, kau tak berani lawan aku atau Sodiqin. Kitaorang ni kira mafia sekolah lah." Israk menjungkit bahu. Dia kemudian peluk kakinya bersahaja.

"Ish, perasan." Hawa menjeling ke arah Israk. Matanya masih mengalir air mata perlahan. Hawa mencebik. Jujurnya, pada waktu itu, dia rasa sangat selesa apabila jaket Israk ini menyelubungi badannya yang kesejukan.

"Kalau tak sebabkan aku, entah apa mamat tu buat pada kau? Yang kau ni kenapa ramai sangat orang terkejarkan kau? Kau ni siapa Hawa?" Israk merenung anak mata Hawa. Hawa cuba kalih pandangannya ke tempat lain. Tak berniat nak tenung mata jejaka itu lama.

"Kau ni tanya aku macam aku ni buat dosa. Kenapa kau kisah aku siapa, Israk? Aku Hawa Hawani. Itu je. Tak ada apa benda yang menarik pasal aku." Air mata Hawa sudah kering. Namun, mukanya makin sembab. Daripada petang tadi dia asyik menangis.

Kini, purnama malam telah mengambang terang. Suasana sepi pada waktu itu menjentik rindu pada Ilahi. Hawa mahu tenangkan fikiran. Dia lelah dengan segala peristiwa yang berlaku. Kawasan lapang yang tiada langsung kenderaan itu menjadi saksi jiwanya terhimpit.

Tiba-tiba, kedengaran suara seorang lelaki tua meneriak. Hawa kenal siapa gerangan yang merapati dirinya. Babah! Ah, mampus!

"Hawa Hawani! Kau buat apa lagi tu! Balik sekarang!" Mata Inspektor Idham kemerahan. Marahnya membuak.

"Ba...Babah!" Hawa laju bangkit seraya mendengar desakan babahnya. Jaket kulit itu dilemparkan pada Israk kasar. Hati dia mengutuk diri sendiri. Kau ni, kan dah kena!

"Bah!"

"Kau siapa? Hawa! kau buat apa dengan jantan malam-malam ni? Aku punya risau sampai aku paksa diri datang sini. Tapi apa kau buat ni, Hawa? Ha!" Babahnya menerjah mereka berdua.

"Uncle maaf! Saya..." Israk cuba menerangkan situasi malang tadi. Belum sempat dia berkata-kata, Babah Hawa menempelak. Orang tua beruban itu mendengus kasar.

"Kalau ada apa-apa berlaku pada anak aku, kau yang aku cari! Bak sini kad pengenalan kau." Uncle Idham menunjukkan tapak tangannya. Dahi mengerut tajam.

Israk terkial-kial mengeluarkan dompetnya daripada poket. Kad pengenalan segera diberikan kepada Idham Baba. Itulah padahnya berkawan dengan anak inspektor!

"Pegang kad kau ni. Aku nak ambil gambar kau sambil pegang kad pengenalan ni. Cepat!"

"Babah, tak perlu la macam tu. Takutla dia nanti." Hawa cuba menenangkan babahnya.

"Ah, kau pun satu Hawa! Angin aku satu badan. Ingat kau nak balik rumah, tapi tak balik-balik. Dah pukul 11 lebih! Kau nak balik pukul berapa!" Idham baba naik geram. Tangan dia menekan butang kamera di telefon. Klik! Gambar Israk sedang berdiri kaku dengan kad pengenalannya itu disimpan di dalam galeri foto.

"Ha, kau ni siapa?"

Ha? Baru nak tanya? Apa lah babah ni!

"Saya Israk, uncle. Kawan Hawa."

"Kau belajar sini jugak ke?" Soal babah lagi.

"Tak uncle. Saya bersekolah dengan Hawa. Satu kelas." Israk tidak teragak-agak. Dia nampak berani.

"Kau boyfriend dia?" Inspektor Idham angkat kening kanan.

"Bah..." Hawa tarik lengan babahnya. Lelaki tua itu berdehem.

"Aku tanya, kau ni boyfriend Hawa ke?"

"Tak uncle. Tapi kalau uncle terima saya sebagai boyfriend Hawa, saya sudi." Israk memberanikan diri.

"Hmm... Hawa?" Babahnya menyilang tangan ke dada. Dia pandang Hawa. Hawa dah tak keruan.

"Kau suka dia?" Tanya babahnya lagi.

"Bah! Dia kawan je la. Lagi pun babah pandang kiri kanan. Tak ada orang. Nasib baik Israk ni ada. Kalau tak, entah apa dah jadi pada Hawa." Hawa membela Israk. Tetapi tak mengiyakan apa-apa.

"Kau nak kawan dengan anak aku?" Babahnya mengangkat dagu. Matanya melirik pada Israk.

"Nak uncle. Saya sanggup buat apa sahaja untuk Hawa Hawani."

"Ok, esok datang rumah aku. Pukul 10 pagi tepat, aku nak kau terpacak depan pagar. Selagi aku tak bukak pagar rumah, kau berdiri depan tu."

Israk mengangguk. Sempat juga dia menjeling ke arah Hawa. "Ok boleh uncle. Esok saya datang rumah Uncle."

"Jangan lambat. Lambat, kau tengokla nanti apa aku buat!" Inspektor Idham mendengus. Dia kemudian terus meninggalkan Israk. Hawa yang sudah pening dengan keputusan babahnya terus berlari membuntuti lelaki tua itu. Dia sempat jeling pada Israk. Mulutnya terkumat-kamit mengucapkan kata maaf. Tapi, ish, kenapa aku minta maaf? Huh! Kau ni, Israk! Cakap je la kau tak nak kawan dengan aku. Ei! Geram la macam ni!

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.