Home Alternatif Fantasi Be Human
Be Human
Ryzal Almarazy
7/7/2019 21:04:13
328
Kategori: Alternatif
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 1

Adam

Salam, Aku Adam. Orang kayangan. Ya, kayangan di awan dan melintasi langit setiap hari. Kayangan adalah tempat yang indah dan penuh warna. Langit nya sudah tentu sentiasa biru, bintang lebih terang di sini pada waktu malam. Orang kayangan pula sentiasa memakai baju berwarna putih. Manakala tentera Raja pula harus memakai pakaian hitam. Mungkin untuk menampakkan perkasa dan gagah dari warna baju. Haaa lihat lah mereka yang terlalu ketat wajah nya. Tidak tersenyum malah tidak menunjukkan ekspresi wajah. Mereka terlalu ikut peraturan. Bahagia? Itulah perkara pertama aku fikirkan setelah melalui pelbagai fasa peperangan. Musuh kami cuma satu, jin yang selalu ingin menguasai wilayah kami. Tapi aku masih tidak merasa apa itu bahagia. Menang sekali pun, aku tidak tertawa dan tersenyum. Sedangkan rakyat kayangan bergembira bila menang. Itu lah hari dimana anda boleh melihat mereka tersenyum dan gembira. Waktu itu, aku sedang berada di sebuah taman dan duduk di bawah sebuah pohon berdaun kan merah jambu.
Kenapa aku menulis jurnal ini? Sabar. Aku akan ceritakan satu persatu. Sedang aku duduk termenung melihat awan yang bergerak di langit biru itu, ada satu rombongan dari depan taman. Mungkin anak raja yang baru pulang dari latihan. Oh masa itu aku tak tahu sama ada anak raja itu laki-laki atau wanita. Aku tahu kemudian nya.. Rombongan itu berhenti di depan pintu masuk taman.

Pengawal : Tuan puteri, sekejap saja tahu. Tengok-tengok.
Hawa : ya lah. Cantik sungguh taman ini.
Pengawal : huh, apa yang tidak cantik di kayangan ni. Dunia kita penuh dengan kemegahan.
Hawa : ..........

Mata Hawa tertumpu pada seorang pemuda yang terbaring.

Hawa : pengawal, siapakah pemuda itu?
Pengawal : oh itu salah satu dari tentera kami. Dia orang kuat kami. Dia adalah Leftenan Muda Adam.
Hawa : Adam ya.
Pengawal : Adam!! Tuan puteri di sini. Tolong bagi hormat!

Adam pun bangun dan memberi sembah hormat. Selepas itu, dia terus baring seperti tadi.

Pengawal : cih dia ni. Mentang-mentang orang kuat di Raja. Berlagak.
Hawa : kenapa kamu seperti kesal dengan tindakan nya?
Pengawal : dia agak sombong Tuan Puteri.

Entah apa yang di bual mereka di sana. Sembah hormat telah aku berikan. Mereka mengganggu waktu rehat aku yang tenang. Tapi apa boleh buat, aku cuma seorang rakyat bawahan yang memegang pangkat tentera.
Esok nya, seperti biasa aku baring di situ. Masih tertanya-tanya apa itu kebahagiaan? Aku ada juga bertanya orang-orang di tempat aku bekerja. Mereka kata, perkahwinan adalah satu kebahagiaan. Aku tidak setuju. Perkahwinan mereka di pilih-pilih oleh orang tua mereka. Itu lah salah satu syarat dalam wilayah ini. Kalau aku di suruh berkahwin, aku sanggup terjun dari kayangan ini.
Sedang aku terbaring, kaki ku seperti di cuit seseorang. Aku pun membuka mata. Alangkah terkejutnya apabila seorang Tuan Puteri berada di hadapan ku.

Hawa : Adam kan?
Adam : Leftenan muda Adam.
Hawa : Adam je lah.
Adam : apa Tuan Puteri buat di sini? Jika orang lain nampak...
Hawa : tidak. Tiada orang yang nampak kita di sini. Laluan ke istana sebelah sana. Semalam saya cuma mahu melihat taman.

Adam pun terus memandang di luar taman. Takut-takut dia menipu. Benar. Tiada sesiapa di sana.

Adam : apa kau buat sini?
Hawa : hei, jaga sikit bahasa tu. Saya Tuan puteri. Sepatutnya awak panggil saya Tuan Puteri.
Adam : tak ada orang.
Hawa : sudah. Izin kan beta bermain di sini.
Adam : ceh beta konon. Baiklah, tetapi jangan pernah mengganggu rehat saya.
Hawa : baik Tuan.

Kata Hawa sambil bertingkah sedang memberi hormat kepada kapten. Dia pun berjalan-jalan di taman itu sambil menikmati permandangan yang semula jadi.

Bagaimana aku mahu menggambarkan dia? Si hawa? Pada pendapat aku, dia memiliki senyuman yang manis. Berkulit putih kemerahan. Mata nya hitam seperti kolam yang dalam. Dia selalu datang semata-mata ingin bermain di taman. Kadangkala aku terpaksa menolong dia bila dia terluka. Bukan apa, dia seorang anak Raja. Jadi aku takut aku di tuduh melukai nya. Hari demi hari kami semakin rapat. Dia selalu baring di sebelah ku. Tidak rapat dan tidak terlalu jauh. Kami sentiasa berbual tentang dunia yang kami duduki sekarang. Dia juga bersetuju akan pendapat ku. Namun....

Hawa : apa kata kita berkahwin?

Adam : hahaha tak boleh. Kalau kawan boleh lah. Awak Tuan Puteri, jadi mesti ayahda awak sudah memilih seseorang menjadi teman awak. Kalau kita kahwin, boleh huru hara kayangan ni.

Hawa: saya cuma mahukan seorang teman hidup yang sama-sama memahami.

Hawa

Tiada nama secantik Hawa. Waktu itu aku baru sahaja pulang dari latihan memanah. Entah kenapa, hati ku membawa aku ke sebuah taman yang indah di dunia kayangan. Aku menyuruh pengawal untuk singgah sebentar di sana. Dulu aku selalu ke Taman ini semasa aku kecil. Tetapi setelah dewasa aku semakin di larang untuk ke mana-mana aku mahu. Sampai di sana, aku terlihat seseorang baring di sana dengan nyaman. Memang begitu, sini tempat yang paling tenang di antara taman lain. Kerana taman ini berada di hujung istana dan jauh dari keramaian. Semenjak aku bertemu dengannya aku sering ke taman bermain seorang diri. Lagipun dia seorang Leftenan muda, dengan erti kata lain dia seorang tentera di raja. Jadi walaupun dia terlihat seperti tidak mengendahkan sesuatu tetapi di harus menjaga aku secara tidak langsung. Adakalanya aku tergelincir lalu dia dengan cepat merawat aku. Seolah-olah tubuhnya bergerak sendiri tanpa memberi arahan. Kami semakin rapat apabila sudah mengenali antara satu sama lain. Dia pernah bertanyakan tentang kebahagiaan. Aku pun menjawab 'perkahwinan'. Namun dia tidak setuju akan itu. Jika benar perkahwinan itu memberi kebahagiaan kenapa harus orang lain yang menentukan pilihan kita? Kebahagiaan yang sebenar adalah pilihan yang di tentukan oleh diri kita sendiri. Adam. Orangnya berambut hitam dan panjang hingga ke bahu. Kulit nya melihatkan urat saraf yang selalu bekerja kuat untuk mencapai visinya. Jarang tersenyum. Wajahnya biasa dan suram. Tetapi jika dapat melihat dia senyum bagaikan satu anugerah yang muncul dari wajahnya. Sejujurnya, aku mula menyukai orang ini. Namun dia tidak bereaksi sama seperti aku. Dia cuma menganggap aku sebagai kawan dan juga seorang Tuan Puteri. Suatu hari, dia ditangkap kerana mencuba menodai aku. Aku tahu itu tidak benar. Dia di hukum penjara seumur hidup. Terkejut besar aku apabila hukuman nya di umumkan. Aku cuba untuk membantah hukuman itu tetapi malah lebih teruk. Raja iaitu ayah aku murka lalu memberi hukuman mati kepada Adam.

Bersambung ....


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy