Home Alternatif Alternatif Karton
Karton
Astrid K.
23/9/2018 10:43:03
26,406
Kategori: Alternatif
Genre: Alternatif
Bab 4

Helaian- Helaian Sajak Dari Loteng



  Saya sedang memikirkan sesuatu.

  Tentang sebuah buku yang saya temukan petang tadi di tengah jalan. Buku tu milik Tuan Johannes. Lelaki separuh umur yang dikatakan orang seorang maniak, yang tak suka bercampur gaul dengan orang dan selalu bersendirian. Dia keluar dari rumahnya, merayau- rayau entah ke mana- mana, kadang ke tempat- tempat yang tak masuk akal, hanya untuk mencari inspirasi, dan pulang semula ke bilik tidurnya untuk menuliskan sajak dan puisi yang tak pernah dibaca oleh orang..  

    Tapi kali ini saya merasa seperti orang yang terpilih. Di tangan saya kini adalah helaian- helaian sajak tulisan tangan lelaki maniak tu. Dalam diam- diam, saya mengagumi. Umur saya 15 tahun, dan saya rasa seperti sudah menemui satu petunjuk tentang masa depan saya, dan saya begitu yakin, tak sedikit pun fikiran saya berbolak- balik tentang keyakinan tu.

    "Suzana?" Ada yang memanggil nama saya. Cepat- cepat saya sembunyikan apa yang ada di tangan saya, didorong masuk ke bawah katil. Pintu bilik saya dikuak dari luar.

    "Mari, mak cik tunggu di ruang tamu." Muka wanita di muka pintu tu sangat serius. Di ruang tamu, saya sendiri kurang pasti kenapa saya duduk dengan kaki yang rapat. Kedua tangan saya pula di atas lutut. Mata saya sempat meneliti kulit wajah mak cik Julie yang berkedut dan bergarisan dalam. Wanita tua tu jarang ketawa atau tersenyum, jadi saya hairan juga macam mana kedutan dan garisan di dahi dan pipinya nampak sangat menonjol.

    "Beberapa minggu lagi kita akan bertolak ke Rumah Bougainvillea di Bukit Gurney. Dari stesen keretapi Tanjung Rambai kita akan singgah ke Kota Kenchana, untuk ambil gaun yang dah ditempah untuk kamu pakai masa makan malam pelajar baru nanti," Mak cik Julie memulai, sambil mengangkat cawan kopinya dari atas meja. 

    "Ada apa- apa lagi barang keperluan yang kamu perlukan? Cakap pada mak cik, nanti mak cik suruh Razak belikan di pekan," Dia kemudian menghirup kopinya tanpa sebarang bunyi. Saya lantas menghela nafas berat.

    "Sa- saya ingat kita dah bincang pasal benda ni. Sebenarnya saya-" Saya terpaksa menjeda bila nampak mata mak cik Julita sedikit menyepet.

    "Tak ada apa yang kita pernah bincangkan, dan mak cik tak nak bincang apa- apa lagi. Pergi berkemas, dan jangan sampai tertinggal barang- barang yang penting."

    Tangan saya meramas- ramas hujung gaun saya. Punggung saya masih tetap di atas kusyen sofa.

   "Sekarang-" Gumam mak cik Julita, nada suaranya ditekan. Lalu saya naik ke bilik saya, dengan hujung baju gaun yang dah bertukar menjadi sangat berkedut.


*----------*


   Anak anjing buta tu datang mengeluarkan lidahnya sambil mendesah- desah. Matanya yang tinggal satu tu merenung saya, tapi saya tak pasti apa maksud renungan dia tu. Mungkin dia meminta dikasi makanan lagi. Mengapa dia sangat kuat makan? Sedangkan saya dah memberi dia dua biji sosej bakar sisa sarapan saya beberapa jam yang lalu.

   Saya telah menjumpai beberapa buah pasu tanah liat sebesar kira-kira 25 inci di dalam stor. Hari ini saya akan menanam sesuatu. Bermula dengan pokok bunga melur. Tunasnya saya beli di satu nurseri kecil pekan Jauhari-10 km dari sini. Pekan tu tak besar dan suram, seperti pekan zombi. Penduduknya pula kurang peduli dan tidak ramah. Saya lihat pesisir pantai yang nampak macam garisan halus di hujung mata saya. Angin laut tak bertiup kuat macam hari- hari biasa. Jadi bau tanah lembab terhidu agak kuat. Saya menikmatinya dengan santai.

Selesai.

   Sarung tangan saya buka dan letak atas alat penggembur tanah. Mata saya melilau. Anak anjing buta tu dah hilang entah ke mana. Mungkin kembali ke dalam semak, macam biasa yang dia selalu lakukan.


*---------*


   "Selamat pagi?" Ucap saya, agak gementar. Pintu rumah utama di depan saya tu terbuka sedikit. Saya melihat lima jari melekap di sisi pintu, diikuti rambut beruban yang berjuntai dan sepasang mata berwarna biru muda.

   "Apa mahumu?" Tanyanya dengan suara parau yang kedengaran kasar dan tak mesra.

   "Saya, nak memulangkan sesuatu. Maksud saya- buku sajak tuan," Usai saya habis cakap, laju pintu tu terkuak luas. Di hadapan saya ini adalah seorang lelaki 5 kaki 6' tinggi dan memakai rob berbulu haiwan di leher. Saya meneliti wajahnya baik- baik. Dia nampak terkejut, dan matanya macam akan mengeluarkan semburan api yang akan membakar wajah saya. Laju tangannya menyambar buku di tangan saya, dan membelek- beleknya lalu ekspresi wajahnya bertukar sangat khuatir. Kemudian dia kembali memandang saya dengan bengis.

    "Saya tak ada duit nak diberi kepada kamu sebagai ganjaran. Kamu boleh balik saja budak, terima kasih." Tuan Johannes berpaling.

   "Nanti dulu-" Ucap saya, separuh menjerit. Lelaki tu kembali menoleh ke arah saya.

    "Saya cuma nak tuan baca sajak yang saya tulis, dan bagi tahu saya apa tuan fikir tentangnya, permintaan saya tak melampau kan?" Tanya saya, dengan mata yang cerah. Alias penuh pengharapan. Dia cuma memandang saya sekilas, sebelum menutup pintu rumahnya dengan brutal. Tapi saya pulang ke rumah dengan senyuman, mengenangkan sajak tulisan saya yang dah dikepilkan di muka surat 17, di dalam buku sajak lelaki tua tu. Esok saya akan datang lagi.


*-------*


Selesai mengetuk pintu beberapa kali, saya letak tangan saya ke bawah. 

   "Ya?" Tanya lelaki tu. Saya mengetap bibir, tiba- tiba berharap yang saya tak ada dekat depan pintu rumah ni.. 

  "Boleh saya bercakap dengan kamu sekejap?" 


*-------*


   Jadi saya sekarang sedang minum kopi di warung dengan seorang lelaki yang saya tak tahu pun siapa namanya. Saya pasti saya cuma mengajak dia berbicara, tak lebih dari tu.

   "Ini kopi istimewa," Kata lelaki tu. Rambut dia menggerbang ditiup angin. Saya melihat tu dengan rasa janggal.

   "Rasanya sama macam kopi yang saya selalu minum selama ni," Jawab saya, entah apa- apa. Lelaki tu kembali memandang saya.

   "Jadi?" Tanyanya.

    Saya menghela nafas. Maknanya, sekarang ni saya perlu katakan pada dia apa sebenarnya maksud kata- kata saya tadi, sekaligus relevansi mengapa saya dan dia berada di warung kopi ni.

    "Saya nak berbicara-"

   "Ya, saya tahu," Potong dia.

     Saya pandang ke sekeliling. Ke arah pak cik tua yang sedang  serius membaca akhbar, dan ke arah pelayan warung yang salah tingkah sebab menumpahkan air minuman mengenai baju seorang pelanggan.

    "Teruskan saja mahu bicara pasal apa. Saya mendengar-" Katanya seterusnya menghirup kopi yang dirasakannya istimewa tu. Lalu, dengan tangan yang sedikit terketar- ketar, saya keluarkan sesuatu dari dalam poket parka yang saya pakai. Saya hulurkan pada dia. Langsung muka dia berkerut.

     "Apa ini?" Tanyanya.

     "Itu- itu beberapa sajak yang saya tulis," Jawab saya.

      Mata lelaki itu menyepet. Dia tak faham.

     "Maksud saya, saya tak tulis semua tu untuk sesiapa pun. Tidak untuk orang lain atau kamu. Semua tu sajak- sajak lama, yang saya dah buang hampir satu dekad yang lalu tapi sekarang ia malah kembali pada saya semula." Sial. Kata- kata saya memang sangat celaru. 

     "Macam mana boleh jadi gitu?"

Saya menjungkitkan bahu. "Seseorang dari sini telah menghantarkannya kembali kepada saya,"

      "Lalu mahu aku apakan sajak- sajak kau ni?"

      "Kalau boleh tolong dibaca. Bila- bila nanti, kamu bagi tahu saya apa kamu fikir tentangnya,"

     Dia memandang saya dengan pandangan kosong, sebelum menganggukkan kepalanya. Sejenak sunyi.

    "Sudah berapa lama kau tinggal di rumah tu?"

    "3 minggu," Jawabnya.

Saya mengangguk, dan lelaki itu merenung saya dengan senyuman sinis.

    "Apa kau fikir aku yang menghantarkan kepada kau sajak- sajak lama kau ni-" Dia seperti teriritasi. 

Saya menggeleng, "Mana mungkin," Jawab saya. Dia nampaknya seperti tidak berniat untuk berkata apa-apa lagi. Kemudian saya melihat dia menyisipkan helaian-helaian sajak saya di dalam poket parka hijau lumutnya,sambil saya cuba menghabiskan baki kopi tanpa gula pesanan saya 30 minit yang lalu.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Astrid K.