Aku dilamar sekali lagi.
Dilamar dengan harapan untuk bahagia.
Dilamar dengan impian untuk terus berjuang di medan penulisan.
Dilamar untuk terus menebar jalur resah di puncak gah.
Sungguh aku dilamar setelah aku rasakan hidup ini mulai meresahkan jiwa.
Sungguh aku dilamar tatkala aku rasakan iman mulai goyah.
Ah, aku dilamar sekali lagi.
Dan aku yakin, kau juga begitu.
Aku menukilkan bicara hati dalam slot ini untuk hati yang pernah gundah, yang pernah resah, kecewa dan hilang arah.
Jika kamu tidak pernah rasa begini, bagi peluang kepada dia, mereka dan sesiapa saja yang hatinya pernah bungkam dan pernah putus asa pada detik yang tidak dijangkau dek akal.
Kerana mereka akan faham apa rasanya bila Dilamar Sekali Lagi.
Nantikan slot seterusnya...