Home Alternatif Alternatif Dilamar Sekali Lagi
Dilamar Sekali Lagi
Hidayah
30/5/2020 17:43:36
19,621
Kategori: Alternatif
Genre: Alternatif
Slot 1

SLOT 1 : HUSNUZON YANG LIMITED


Sila berhati-hati ketika cari pasal dengan orang yang tampak lembut dan pendiam kerana golongan ini ada angin, ribut, taufan, petir yang tersembunyi.



Pernah tak nampak orang yang kau rasakan pendiam, lembut, santun berubah jadi marah?

Kenapa orang tu jadi macam tu?


Sebab rasa huznuzon ni limited.


Bukan semua orang dapat husnuzon yang kekal.


Ketika hati orang itu sudah difitnah berkali-kali, pasti terdetik di hati dia untuk memberontak.


Ya Allah. Siapa yang boleh tahan bila dah selalu diburukkan dan kau dengar dengan telinga kau sendiri.

apa kita perlu buat bila berhadapan dengan situasi macam ni?

 

Pertama, doa.


Kedua, husnuzon.


Ketiga, sabar dan syukur.


Keempat, muhasabah diri.


Kelima, ulang lagi macam pertama tadi.


Tapi orang itu tetap juga memburukkan kita.


Eh, lama-lama kau pun boleh naik angin, kan?


Dapat sabar lagi?


Sebenarnya, kita manusia. Lemah. Sangat lemah.


Kalau kau rasakan kau kuat, dapat bersabar apabila difitnah berkali-kali, maka kau silap. Kita ini lemah, wahai sahabat. Ujian itu di sebelah kanan, kiri, atas, bawah. Semua penjuru ada. Tapi kenapa kita kadangkala boleh kuat dengan golongan yang suka memfitnah ini?


Kerana Allah. Hanya kerana Allah.


Ingat. Allah yang pegang hati kita.


Sekejap saja Allah lepas... Tidak mampu dibayangkan apa akan terjadi pada kita.


Dengan husnuzon yang limited, kita cuba pujuk hati agar terus sabar dengan ujian yang pasti banyak hikmahnya. Cuma, fikir yang positif. Pasti ada sebab Allah uji kita begitu.


Mungkin, Allah nak tingkatkan rasa sabar kita.


Atau Allah nak kita bersyukur dengan ujian kecil itu. Sebab ada lagi ujian besar yang Allah bagi dengan orang lain dan bukan dengan kita. Kena ingat tu. 


Lagi satu, mungkin sebab dosa kita yang lalu. Sebaik apa pun kita hari ini, ada dosa silam yang kita dah buat dan Allah nak kita rasa sendiri. Supaya kita tidak menuding jari dengan kesilapan orang lain sahaja.


Kita doakan orang itu sedar dari kesilapan dan perbuatan tidak baik, insyaAllah dia akan berhenti dan sedar sendiri. Paling tidak, Allah jauhkan dia dari kehidupan kita. Itu sudah lebih baik. Doa, doa dan teruskan berdoa.



Nantikan slot 2 : Tali Bahagia yang Bersimpul


Previous: DILAMAR
Next: Slot 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.