SENDIRI
Duduk di bangku di pusat membeli belah terkenal ; One Utama termangu aku seorang diri.
Melihat pelbagai reaksi manusia ada ketika membeli belah mahupun ada yang hanya mencuci mata sahaja.
Air Starbucks di sisi, ku ambil lalu ku hirup perlahan-lahan. Espresso Beverages perisa Cappuccino kegemaranku sentiasa menemani ku setiap hari.
Memikirkan kehidupanku yang tiada hala tuju.
Dek kerana dunia ku kini hanya di tempat kerja dan rumah saja.
Jarang dapat menjejakkan kaki ke tempat sebegini walaupun di waktu cuti.
Entah kenapa mata ku terarah kepada sepasang pasangan muda bersama bayi mereka.
Jauh dari lubuk hati, aku terasa sayu.
Mengenangkan diri yang tidak mempunyai anak.
Pernah terdetik di hati.
Siapakah mahu mendoakan aku apabila aku pergi suatu hari nanti?
Ya. Benar.
Anak itu anugerah dari Tuhan. Siapa kita mahu menidakkan ketentuan dariNya.
Aku menjadi akur dengan kehidupanku sebegini.