Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 6 Bayi

Lapangan Terbang Antarabangsa Eurasia

7.10 pagi, 1 April 2013

Fera dan Ashraf sedang bertungkus-lumus mempertahankan pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Eurasia (EIA) daripada dicerobohi oleh ribuan manusia yang telah dijangkiti oleh virus T, yang nyata telah merubah mereka menjadi pemakan daging segar ataupun zombi.

M16 milik Ashraf sudah kehabisan peluru selepas digunakannya untuk bertarung manakala pistol M1911 yang sedang diggengam erat oleh Fera masih memuntahkan pelurunya, melawan zombi-zombi yang cuba menawan lapagan terbang itu.

“Kita kena berbuat sesuatu,” kata Ashraf yang sedang memasukkan peluru ke dalam M16. Fera menoleh ke arahnya, menyerahkan tugas mempertahankan pintu masuk itu kepada beberapa orang polis yang baru sahaja menghabiskan waktu rehatnya.

“Fera, kami perlukan orang perempuan. Ada seseorang nak beranak dah!” teriak seorang lelaki yang lengkap beruniform polis seperti Fera dari belakang. Fera pantas menoleh. Ashraf yang mua berkira-kira mahu melepaskan lelah tiba-tiba ditarik oleh Fera.

“Kenapa tarik saya?” soal Ashraf.

“Ikut aje saya,” balas Fera pendek. Ashraf yang terhincut-hincut membontoti Fera sempat mencapai M-16 miliknya. Fera berlari mengikut langkah lelaki yang berpakaian uniform. Penduduk-penduduk Eurasia yang tidak dijangkiti kelihatan sedang mengelilingi satu penjuru di lapangan terbang itu.

“Ke tepi,” arah Ashraf sambil mengacukan senjatanya ke arah orang ramai bagi memberi ruang kepada Fera untuk mencelah membantu wanita yang sedang bertarung dengan ajal demi kelahiran seorang bayi.

“Tolong...” teriak wanita itu. Darah sudah meleleh keluar dari kakinya dan kelihatan hanya Fera seorang sahaja kaum hawa di situ.

“Ashraf, awak tolong saya halau mereka semua!” kata Fera yang sedang berpeluh ketika terpaksa menjadi bidan terjun.

“Saya Korperal Ashraf Othman mengarahkan kamu semua tinggalkan tempat ini.”

Namun, tiada seorang pun dari kumpulan manusia yang sedang berkumpul itu meninggalkan tempat itu sebaliknya masing-masing sedang merenung tajam ke arah darah yang sedang mengalir di lantai. Tiba-tiba sahaja salah seorang daripada kumpulan manusia itu melompat ke lantai lalu menijlat-jilat darah yang sedang mengalir. Rakus...

Kemudian, perbuatan itu diikuti oleh manusia yang ada. Ashraf terkesima dengan apa yang berlaku. Dia benar-benar tergamam. Fera juga terhenti kerjanya memerhatikan tingkah manusia-manusia yang sedang menumpang.

“Tembak mereka! Tanda-tanda awal menjadi zombi,” teriak Fera memberi arahan.

Seperti tersedar dari lamunannya, Ashraf lantas melepaskan beberapa das tembakan mengenai beberapa kepala yang sedang menjilat darah wanita yang sedang beranak itu. Perbuatan Ashraf itu telah mengundang tindakan ganas daripada manusia-manusia yang hanya memerhatikan sahaja perbuatan menjilat darah itu. Mereka mahu menyerang Ashraf namun Ashraf sempat melepaskan beberapa tembakan.

“Rasa-rasanya mereka semua sudah digigit dalam perjalanan ke mari,” jelas Ashraf serius. Manusia yang berkumpul di keliling wanita yang sedang beranak itu sudah dihabiskan oleh Ashraf. Fera tidak mempedulikan Ashraf sebaliknya sedang kusyuk menyambut kelahiran seorang bayi.

Untuk si ibu melahirkan anak, dia harus mengalami tiga fasa. Setiap wanita bersalin akan melalui 3 fasa. Fasa pertama selalunya melibatkan air ketumban pecah, fasa kedua pula melibatkan si bayi yang mahu keluar daripada rahim si ibu manakala fasa ketiga ialah memotong uri yang bersambung dengan tali pusat bayi . Dan, si ibu yang sedang dibantu oleh Fera sedang mengalami fasa kedua. Selalunya fasa kedua ini akan berlaku dalam jangka masa 10 minit hingga 2 jam lamanya.

***

Azmir sedang sibuk membantu para polis Eurasia menembak zombi-zombi yang cuba menyerang dari arah timur Lapangan Terbang itu. Bilangan zombi semakin bertambah ramai dari masa ke semasa walaupun banyak juga yang tumbang pada peluru-peluru perajuit-perajuit yang sedang mempertahankan nyawa-nyawa yang sedang berlindung di dalam lapangan terbang.

“Awak!” teriak seorang pramugari menghampiri Azmir. Lengan Azmir erat dipegang oleh pramugari itu. Azmir pantas menoleh ke arah pramugari tadi.

“Tolong saya,” panggil pramugari tersebut. Azmir sempat melihat tag nama pramugari itu. Tertulis nama Tasha. Azmir menoleh ke arah rakan-rakan Komando 69 yang masih bertahan di situ. Mereka mengangguk setuju.

“Ada apa?” soal Azmir.

“Ada budak kecil kat dalam kereta tu,” kata Tasha sambil menunjukkan ke arah kereta yang tidak jauh daripada lokasi Azmir berdiri. Tasha melemparkan pandangan simpati. Jelas ada ratusan zombi sedang menghampiri kereta itu. Di sebelah budak kecil, ibunya tidak sedarkan diri.

“Awak nak saya selamatkan dia?” tanya Azmir. Tasha menganggukan kepalanya.

Azmir mengeluh berat. Itu merupakan tugas bahaya tetapi dia tidak sampai hati membiarkan budak kecil itu keseorangan. Belum sempat Azmir mahu melangkah pergi, seorang lelaki yang berpakaian seragam polis menyentuh bahu Azmir.

“Tunggu dulu. Kita berdua buat sama-sama,” kata lelaki tampan itu. Dia sedang erat menggegam sebuah senjata yang diberi nama VB Berapi LP05, senjata buatan Malaysia yang mampu membaham musuh dalam jarak 2.5 KM.

“Kau...”

“Nama aku Arief Izaan. Panggil aku Arief. Aku penembak tepat dalam pasukan polis. Aku akan tolong kau,” kata Arief sambil tersenyum.

“Tapi macam mana?” tanya Azmir.

“Kau akan berlari ke sana sementara aku akan berdiri dari sini. Sesiapa yang cuba menyerang kau dari belakang atau dari mana-mana arah, aku akan tembak dia. Jangan risau, ketepatan aku ialah seratus-peratus. Mereka gelar aku The Shooter,” terang Arief sambil melemparkan pandangan ke arah kereta yang menempatkan budak kecil itu.

“Awak boleh buat,” Tasha memberi kata semangat kepada Azmir. Sekali lagi, Azmir mengeluh berat. Dia tiada pilihan dan itu memang tanggungjawabnya. Tugasnya ialah menyelamatkan nyawa orang awam yang tidak bersalah.

“Baik,” jawab Azmir pendek. Dia mengeluarkan sejenis bom asap lalu melemparkan ke arah kelompok zombi yang mengelilingi kereta yang menempatkan budak kecil itu. Tanpa membuang masa, dia lantas melepaskan tembakan rambang sementara dirinya dilindungi dari jauh oleh Arief dari jauh.

“Belakang dia!” teriak Tasha risau apabila muncul satu zombi yang cuba membaham Azmir dari belakang namun Arief kelihatan luar biasa tenangnya. Dia sekadar tersenyum lalu melepaskan peluru pertamanya yang kemudian membaham kepala zombi itu. Azmir terkejut seraya menoleh ke belakang. Zombi tadi rebah dan Arief menunjukkan isyarat dengan ibu jarinya.

“Teruskan!” teriak Tasha memberi kata semangat kepada Azmir.

Kali ini, Arief menunjukkan kehebatannya. Azmir tidak perlu menggunakan M16 untuk membunuh zombi-zombi yang sedang mengelilingi kereta yang menempatkan budak lelaki itu sebaliknya Arief sudah cukup.

Tasha mengamati wajah Arief dengan penuh kagum. Arief seorang lelaki yang berambut pendek, berhidung mancung dan wajahnya agak cengkung sedikit. Tubuhnya pula tegap dan tinggi lampai.

Azmir cuba membuka pintu kereta yang menempatkan budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak itu. Pintu itu berkunci. Tanpa membuang masa, Azmir lantas menumbuk sekuat hatinya cermin kereta itu lalu menjulurkan tangannya untuk membuka pintu kereta itu dari dalam.

“Arghh...” teriak budak perempuan itu sebaik sahaja Azmir menyentuhnya.

“Jangan menangis. Abang bukan zombi. Abang datang nak selamatkan adik!” bisik Azmir sambil merangkul gadis itu. Budak perempuan itu mengangguk sebagai tanda memahami apa yang dikatakan oleh Azmir.

“Naik belakang abang!” arah Azmir serius sambil menundukkan tubuhnya, untuk dinaiki oleh budak perempuan itu. Sementara itu, Arief masih sedang menembak zombi-zombi yang sedang menghampiri Azmir.

Azmir kelihatan sedang berlari ke arah lapangan terbang sambil mengendong bduak perempuan itu. Dia berlari bersimpang siur bagi mengelak serangan zombi yang cuba menerkamnya. Setiap kali itu berlaku, Arief pasti akan bertindak menjadi wira.

Ketika Azmir sedang menghampiri lapangan terbang itu, tiba-tiba ada motor memecut laju dari arah kiri yang sedang menuju ke arah Azmir. Dalam masa yang sama, snipper milik Arief kehabisan peluru dan... Azmir dan budak perempuan tadi terpelanting sebaik sahaja mereka dilanggar. Motor tersebut bergerak ke arah Azmir yang sedang terbaring di tanah.

“Tasha! Selamatkan budak perempuan tu,” teriak Azmir yang terlentang. Azmir kembali berdiri gagah dan seperti sedang bersedia untuk bertarung dengan penunggang motor itu. Sebaik sahaja motor itu menghampirinya, Azmir melompat lalu menghadiahkan sebuah tendangan mengenai penunggang motor itu. Penunggang motorsikal itu tercampak jauh, berpisah dari motorsikalnya. Azmir tersenyum.

“Jangan cari gaduh dengan jaguh Muay Thai Malaysia,” kata Azmir tersenyum riang. Azmir mengambil M-16 yang terbaring di atas lantai, kemudian pandangan matanya melilau mencari kelibat Tasha.

“Budak ini selamat dengan saya,” teriak Tasha dari jauh. Senyuman Azmir semakin melebar. Ketika dia sedang melangkah, tiba-tiba penunggang motorsikal itu cuba menerkam Azmir dari hadapan, membuatkan Azmir jatuh terlentang.

Azmir sedang bergelut sambil menolak kepala lelaki itu yang bertopi keledar. Kekuatannya sangat luar biasa. Lelaki itu cuba membaham leher Azmir dan... seseorang melepaskan sedas tembakan dari belakang. Lelaki yang berhelmet itu rebah apabila peluru menembusi helmet lalu membaham kepalanya.

“Saya datang nak selamatkan awak,” tutur Tasha sambil menghulurkan tangan untuk Azmir berdiri. Gadis itu baru sahaja menyelamatkannya dan Azmir... kelihatan tidak dapat menerima perkara itu.

“Jangan ganggu aku,” kata Azmir sambil menepis tangan Tasha lalu menolak jasad lelaki tadi ke tepi daripada terus menghimpapnya. “Aku boleh selesaikan dia seorang diri tadi.”

“Awak tak boleh!” kata Tasha namun Azmir cuba membantah, tetapi senyuman yang diukirkan oleh Tasha telah mematikan hasratnya.

***

“Saya berjaya!” teriak Fera kegembiraan sambil mengendong bayi yang baru sahaja keluar dari rahim ibunya. Darah merah berlumuran membasahi tubuh bayi tadi. Fera sempat memotong tali pusat yang bersambung itu.

“Tolong... jaga dia... awak dan lelaki itu, jadi ibu bapa dia,” tutur wanita tadi keletihan Fera tergamam namun belum sempat Fera membantah, wanita yang melahirkan bayi comel tadi melelapkan matanya, menghadap ilahi.

Fera dan Ashraf saling berpandangan, tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Bayi tadi masih menangis di dalam gendongan Fera.

“Kita berdua ialah mak dan ayah budak ini,” gumam Fera ketika melihat Ashraf membetulkan posisi mayat wanita tadi. Selepas itu Fera mengelap tubuh yang berlumuran darah daripada proses beranak.

“Buat masa ini. Bila kita dah berjaya keluar dari sini, kita akan serahkan dia pada rumah kebajikan,” balas Ashraf serius.

“Apa-apa pun, awak kena azan dan iqamatkan budak ni,” kata Fera sambil menyerahkan bayi tadi ke tangan Ashraf. Ashraf mengangguk. Bayi tadi aneh, terus tidak menangis sebaik sahaja suara merdu Ashraf yang mengalunkan azan hinggap di cuping telinganya. Entah kenapa perasaan kagum terbit dalam relung hati Fera. Tiada lagi aku dan kau di antara mereka sebaik sahaja bayi itu lahir.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.