Bab 6

      "Kenapa dengan Ery?" Soal Damien.

      "Entah. Aku pun tak tahu," jawab abang acuh tidak acuh.

      "Kenapa tak bagitahu aku?"

      "Lost contact. Tak tahu nak cari kau kat mana." Masih lagi dalam nada mendatar.

      "Alasan! Kau bukan tak tahu nak cari aku kat mana. Tapi, memang tak nak cari aku. Tak nak aku berhubung dengan Ery. Selfish!" Ada nada marah dalam kata-katanya.

      "Dah tahu macam tu, munculkan diri lagi buat apa? Nak sia-siakan pengorbanan kita selama ni ke?"

      "Abang...," panggilku, lemah.

      "Ya, Ery," sahut abang dengan suara yang bertukar lembut. Kepalaku diusap manakala tanganku diramas.

      "Sakit," aduku sambil memegang dada lagi.

      "Sabar, Ery. Abang janji satu hari nanti abang akan jumpa penawar untuk Ery. Ery sabar sikit sahaja lagi, okay?" Kata pujukan yang sudah berpuluh kali aku dengar setiap kali dalam kesakitan ini.

      Aku tersenyum kelat. Tangan abang yang sedang memegang tanganku diramas kembali. "Ery minta maaf. Ery tak sengaja cakap macam tu pagi tadi. Ery tak ada niat nak sakitkan hati abang," jelasku apabila teringat apa yang telah terjadi pagi tadi.

      "Tak. Abang yang sepatutnya minta maaf sebab lambat sampai waktu Ery betul-betul perlukan abang. Maafkan, abang. Abang langsung tak sangka hari ni hujan. Maafkan, abang."

      "Dah. Ery jangan cakap lagi. Ery kena rehat. Kejap lagi kita sampai rumah, okay?" Aku mengangguk dan mula memejamkan mata. Selesa sekali apabila kepalaku diriba abang.

      Damien memberhentikan kereta di bahu jalan dengan mengejut. Disebabkan itu, mataku yang tertutup dibuka kembali. Aku memandang wajah Damien yang kini memandangku terbaring lemah di belakang. Kemudian, dia memandang abang pula sebelum meraih tanganku.

      "Kau nak buat apa?" Soal abang, tidak senang dengan perlakuan Damien.

      "Let me...," mohonnya tetapi lebih kepada menegaskan sebenarnya.

      "Tak perlu. Aku dah pernah buat dan aku tak ada jawapan untuk sembuhkan dia," terang abang. Kenapa aku terasa hati bila abang bersikap dingin terhadap Damien?

      "See? Kau memang selfish. Langsung tak nak bagi aku peluang untuk mencuba walaupun kau tahu kita menyayangi orang yang sama," kata-kata Damien tenggelam timbul dalam pendengaranku.

      Abang tidak membalas kata-katanya. Jelas sekali tidak suka. Tidak lama kemudian, aku merasakan tanganku yang digenggam Damien dingin untuk seminit sebelum dia melepaskan kembali.

      "I told you." Sinis sekali kata-kata abang pada pendengaran Damien, mungkin?

15 minit kemudian...

      Abang perlahan-lahan memapahku keluar dari kereta Damien. Tanganku melingkar memaut leher abang semampu yang boleh. Sakit yang aku rasa semakin berkurang tetapi kakiku sangat lemah untuk melangkah.

      "Kita dah nak sampai. Ery sabar sikit lagi, tahu?" Kata-kata pujukan yang tidak lekang dari bibir abang sejak tadi.

      Damien menolak pintu rumah kami dan abang memapahku masuk. "Sikit lagi Ery," pujuk abang lagi. Tiba-tiba, Damien bertindak menarikku ke dalam pelukannya dan mencempungku. Aku yang masih lagi lemah terpaksa merelakan. Tetapi... Kenapa abang langsung tidak membantah?

      Aku tersedar daripada mamai. Wajah Damien begitu dekat dengan wajahku saat mataku melihat ke dalam matanya. Dia tersenyum manis sebelum mengucup dahiku.

      Damien melangkah ke arah tangga dan mula mendaki. Setelah lima anak tangga didaki, matanya menikam mataku lagi dan sekali lagi dahiku diciumnya lembut. Aku menumpahkan pandangan pula kepada abang yang setia mengekori di belakang. Abang hanya tersenyum nipis melihatku.

🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️🌥️

      Panahan cahaya mentari yang menyilaukan memaksaku membuka mata. Dengan payah aku membuka mata dan wajah abang tersembul. Huh? Abang memang sengaja menggangu tidurku yang lena dengan menarik langsir dan mendedahkan cahaya matahari ke dalam bilikku.

      "Morning," ucapnya. Daun tingkap diselak sebelum menghampiriku.

      "Feeling better?" Tanyanya, prihatin. Aku mengangguk. Yeah! Feeling better tetapi rasa penat sikit.

      Aku menghulurkan tangan kepada abang. Abang yang faham maksudku menarik tanganku supaya badanku bangun dari perbaringan. Dia melabuhkan punggung di bucu katil kemudiannya. Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya dan dia membalas.

      "Abang... Ery haus," aduku. Dia tersengih dan mencapai gelas yang berisi air putih. Gelas tersebut bertukar tangan dan aku meneguk dengan pantas.

      "Lagi?" Pintaku sambil menunjukkan gelas yang kosong. Abang tergelak dan menuang air di dalam botol mineral ke dalam gelasku. Aku meneguk pantas lagi dan mengeluh puas. Tekakku yang kering sebentar tadi terasa basah.

      "Ery lapar," rungutku lagi seperti anak kecil. Ketawa abang meletus. Aku turut sama meledakkan tawa. Yeah, finally! Abang tidak lagi marah terhadapku.

      "Nah, bubur nasi ayam. Nak abang suap ke macam mana?" Ada nada sindir pada kata-katanya.

      "Nak suap...," aku merenggek manja, kononnya. Abang menjulingkan mata sebagai tanda menyampah namun tetap menyuakan sudu yang dipenuhi bubur nasi.

      "Hmm... Porridge for breakfast? Kind of weird," komenku sebelum mulutku dipenuhi bubur.

      "I know right? But, now... It's not morning anymore. Already 1.35 p.m.," balas abang.

      "Really? No wonder I am starving like one week with no food."

      "Over." Aku tergelak dengan jawapan abang.

      "This porridge is delicious. You cooked this?" Aku membuka mulut untuk suapan ketiga.

      "No. Not me but Damien." Keningku terjongket mendengarkan nama Damien.

      "Damien? Who?" Soalku. Rasanya tidak pernah lagi aku mendengar abang menyebut nama itu.

      "Well, just friend of mine."

      "Ouh, alright! Seriously, this porridge is delicious. It will be listed in my list of favourite food after this."

      "Amboi!" Sudu yang baru sahaja mahu masuk ke dalam mulutku ditarik kembali. Aku memandang abang geram.

      "Heyy! Suap la betul-betul. Ery lapar ni."

      "Mentang-mentang lah tukang masak tu handsome..." Aku dapat mengesan nada cemburu.

      "Bila pulak Ery cakap dia handsome? Tengok pun tak pernah. Eh, jap! Ke pernah?" Aku mula ragu. Why I smell something fishy eh?

      "Dah. Habiskan bubur ni lepas tu pergi mandi. Ouh, jangan lupa gosok gigi jugak. Makin menyengatlah rasa bubur ni kalau makan dengan tak gosok gigi lagi," perli abang dan meletakkan mangkuk berisi bubur dalam peganganku.

      "Huishh, abang! Janganlah mention. Buat-buat tak tahu sudahlah," omelku tidak puas hati. Tahulah adik dia ni 'senonoh' perangainya kadang-kadang.

      "Like I care." Bola mata dijulingkan ke atas dan kedua-dua tangannya menyentuh bahu.

      "Eiiii, gediklah! Menyampah," komenku. Nasib baik abang sempat melarikan diri sebelum bantal mengena tubuhnya.

      

Previous: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh