Home Novel Thriller/Aksi Manuskrip Terakhir
Manuskrip Terakhir
Wafa Arissa
13/2/2018 19:01:44
9,349
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Prolog

            DAHINYA berdenyut kuat. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Telinga sebelah kanan berdesing dan terasa panas. Mukanya kini bukan sahajabasah dengan airmata tetapi sudah bercampur darah dari luka di pelipis kiri.Bau hanyir darah berlegar di rongga hidung membuatkan perutnya mual.                      

             Terbaringlemah di situ dia cuba bangkit dengan menekan sebelah tangan untuk mengangkattubuhnya sedikit namun tenaga yang bersisa tidak kuat untuknya berbuat begitu. Mengalah, dia berbaring saja di situ dan menanti apa saja yang bakal berlaku.

            Matanya sakit dan rasa pedih akibatmenangis. Kepalanya rasa berat dan pening mungkin disebabkan luka dan terhantuktadi. Bukan terhantuk tetapi dihantuk. Dirinya sudah tidak berdaya kini. Dalamkeadaan separuh tidak sedarkan diri itu, sayup-sayup kedengaran bunyi siren.Seperti sudah berputus asa, dia menutup matanya perlahan-lahan. Kelam.                       

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.