Home Novel Thriller/Aksi Professional Lover
Professional Lover
Karisma
6/8/2018 16:33:56
13,929
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4

Rika mempersenjatakan diri dari hujung rambut sampai ke kaki. Lengkap, mempersiapkan diri luar dan dalam. Dia sedar, Haikal bukan sembarangan lelaki. Dia punya keupayaan meruntunkan hati setiap perempuan. Seorang yang licik, dia tak ada masalah meletakkan perempuan di bawah telunjuknya.

Rika sedar, jika dia tidak berhati-hati, tidak berwaspada, dia akan celaka. Misi ini akan memakan dirinya sendiri. Sedar, lelaki yang dia siap berhadapan, sudah siap untuk mendampingi, ada melengkapkan dirinya dengan pelbagai macam perangkap. Maka dia harus mendekati dengan bijak.

Mencampakkan diri ke kandang singa, Rika sedar, dia harus mendekati dengan berpandukan akal.Tidak ada jalan lain, selain menggunakan akal saja. Atau, dia sendiri akan musnah. Menjadi mangsa.

Di sepanjang jalan, di sepanjang mengekori Haikal dan Zareeny, Rika mengekalkan momentum juga jarak yang selamat daripada dikesan. Sesuatu yang selalu dilakukan dalam misi-misi yang terdahulu. Tahu, bagaimana membuatkan dirinya invisible. Begitu juga, dengan informasi yang diterima dan sudah diteliti, berdasarkan jalan sedang dilalui, Rika dapat mengagak ke mana tujuan target.

'Tepat sekali!' detak hati Rika sebaik melihat kereta Zareeny berhenti di hadapan sebuah restoran masakan Italy di Petaling Jaya, setelah lebih dari empat puluh minit mengekori.

'Memang aku dah duga...' bisik hati Rika lagi. 'Sangat tepat info yang Dato kasi.'

Rika memarkir keretanya agak jauh dari kereta Zareeny, dan terus memantau. Menanti masa dan keadaan yang sesuai untuk bertindak. Menunggu saat yang tepat.

Diperhatikan pasangan itu memasuki restoran tersebut beberapa saat kemudian dengan berpimpinan tangan.

'Macammana sekarang?' Berkerenyut muka Rika mencari akal. 'Macam mana aku nak himpit dia orang agar tak ketara?'

Stereng diketuk-ketuk. Mata tetap tertuju ke arah restoran itu membayangkan susun atur ruangannya. Ini penting baginya untuk memposisikan diri nanti.

Kelihatan ada beberapa orang sedang berlalu-lalang di luar restoran itu. Sambil memerhati, Rika terus memerah otak mencari kunci untuk melancarkan langkah seterusnya.

Dan setelah agak lama memikir, beberapa idea buru-buru masuk ke kepalanya.

"Bravo!"Suara Rika memenuhi perut kereta. Panjang berjela tersenyum. "Memang idea yang baik. Yes. Yes!"

Setelah idea-idea itu dipertimbang dan disusun, kini dia sudah ada beberapa pilihan. Dia kini punya plan A, B, dan C. Tergantung situasi dan keadaan, dia boleh memilih yang mana satu sesuai untuk dilaksanakan.

Rika melangkah keluar setelah merapikan diri dan penampilan. Matahari di waktu itu betul-betul sudah di atas kepala. Bahang hari menggigit kulitnya tak dipeduli. Santai restoran itu didekati.

Langkah diperlahankan sebaik tiba di depan restoran 5 bintang itu. Dari cermin pintunya, Rika mengintip ke dalam ruang makan.

Ruang makan itu kelihatan tenang, dan romantis. Dekorasinya ala-ala Roman dengan lampu chandelier seperti di kurun ke-18 tergantung di tengah-tengah ruang.Nampak pelanggan tidak begitu ramai walaupun pada waktu makan tengah hari. Hanya beberapa meja saja dipenuhi. Dan terlihat di satu sudut, Haikal danZareeny sedang leka bercengkerama.

'Langkah seterusnya, memperkenalkan diri!' Hati Rika bergema.

Tak berlengah Rika melancarkan apa yang sudah dirancang. Senyap-senyap menyelinap masuk. Kebetulan, ada sebuah meja kosong terletak agak jauh dari meja target dan ia menghala ke tandas.

Kedudukan yang sangat sesuai. Mudah nanti mahu bertindak, fikirnya.

Sebaik menyelesakan diri, datang pelayan meminta pesanan. Dibelek-belek menu yang dihulur. Sambil membelek, Haikal dan Zareeny sembunyi-sembunyi dilirik.

"Boleh tak tinggalkan menu ni di sini?" Pinta Rika seusai memesan.

"Boleh,Cik. Boleh. Tak jadi masalah," balas pelayan itu.

Target diberi tumpuan penuh sebaik pelayan meninggalkannya bersendirian.

Rika bertenang, sabar menanti target akan melangkah ke dalam rancangannya. Yakin,tak lama lagi target pasti akan membuka laluan untuknya berada di tempat yang diinginkan, iaitu rancangan tahap yang seterus.

Rika menanti, dan terus menanti. Masa berlalu, namun apa yang diharapkan belum juga menampakkan ia akan berhasil. Sehingga makanannya hampir selesai pun masih belum ada tanda-tanda ia akan berhasil. Haikal mahupun Zareeny, langsung tak berganjak dari meja mereka. Mereka nampaknya leka menjamu sambil bermesra.

'Sabar...'Rika memujuk diri sendiri. Dan yakin, peluang pasti akan terbuka apabila tiba saatnya. 'Mana tahu kejap lagi...'

Benar sekali apa yang diyakini Rika. Kelihatan Zareeny bangun dari tempat duduk.Entah apa yang dikatakan pada Haikal, sebelum dia beredar dari meja itu.

Rika menahan nafas. Menahan ghairah saat melihat Zareeny berjalan ke arahnya. Nampaknya, plan B yang harus digunakan.

Rika mempersiapkan diri. Menu yang tadi diminta pelayan tinggalkan, diangkat tinggi menghadang mukanya saat Zareeny melintas di sisi.

Tahu ke mana Zareeny pergi, Rika bingkas. Siap melaksanakan rancangan.

Tandas restoran itu memang melambangkan ia kelas 5 bintang. Bersih, rapi dan harum. Rika mengitari sebaik melangkah masuk. Zareeny tak kelihatan. Melihatkan satu-satunya kubikle yang ada pintunya tertutup, Rika mengerti. Dia menuju kesingki.

Gincu dikeluarkan. Sambil mengoles bibirnya, pintu kubikle diperhati lewat bayangan cermin.

'Bingo!' Hati Rika bersorak saat melihat Zareeny keluar dari kubikle itu.

Rika menoleh. Zareeny dipandang atas bawah sebelum mata bertentang mata. Senyuman bertukar.

"Hai," tegur Rika. Muka dimanis-maniskan.

"Hai,"balas Zareeny sambil menuju ke arah singki bersebelahan Rika.

"You look great with that dress," puji Rika. "Suka saya tengok. Wonder where you bought it."

"Oh,really?"

Laju Rika angguk.

"Actually, I don't buy it. It's from my boutique."

"What?" Rika buat muka terkejut. "You... you own a boutique?"

Rika angkat kening sambil menarik senyum panjang.

"Gosh...what a luck I met a boutique owner in an unlikely places," kata Rika dengan mata dibesar-besarkan.

Zareeny ketawa kecil. Tangan dihulur. "I Zareeny. Boleh penggil Reeny aja."

Buru-buru Rika meletakkan gincunya di atas singki. Salaman Zareeny disambut mesra."I Natasha. Panggil Shasha pun okey."

Mereka bersalaman. Berbalas senyuman sekali lagi dan berbalas renungan.

"By the way... hmm... you look familiar to me," ujar Zareeny sebaik meleraikan salaman.

"Really?" Berderau darah Rika.

"Yes.As if... we've met before. Tapi, lupa pulak kat mana."

Lega Rika.

"Dear...I think, we met each other in heaven before." Rika buat lawak.

Berderai ketawa kedua perempuan itu.

"Anyway...you ni... model ke?" soal Zareeny.

"Me?" Rika ketawa kecil sambil mengangguk. "Yes I am. Tapi, taklah model top meletop. I cuma part-time model."

"Wow. Great!"  Menggema tandas itu yang sunyi sepi dengan suara Zareeny. Dikepal kedua belah tangannya.

"Why,dear? Why suddenly you are so excited?"

"Begini sebenarnya. Kebetulan I sedang cari model yang sesuai untuk mempromosi pakaiandi butik I. Dan I rasa, you are the right choice. Have what it takes. So,kenapa tidak I offer you this job, kan?"

"Serious?" Are you serious?" Membulat anak mata Rika.

Keras Zareeny angguk.

Sungguh Rika tak menyangka, plan B telah meletakkannya di tahap yang seterus dengan begitu mudah. Tak sangka, Zareeny akan membuka pintu dengan seluas-luas untuknya melangkah ke posisi yang diinginkan.

"Apa kata kalau you shift ke table I? So, kita boleh bual lebih panjang pasal ni. How about it?" Pelawa Zareeny.

'Shift ke table you? Of course that is my ultimate goal for today!' Jerit Rika, aka Natasha dalam hati.

Dentingan sudu-garfu berlaga dengan pinggan juga suara-suara pelanggan yang kedengaran seakan berbisik diiringi lagu klasik lembut berkumandang, kedengaran di telinga mereka lagi sebaik keluar dari tandas.

Haikal yang tak sedar apa yang bakal berlaku, asyik menjamu selera sambil leka melayan telefon bimbitnya. Tak sedar, impiannya akan menjadi kenyataan tak lama lagi.

"Dear..." Zareeny memanggil saat tiba di meja.

Haikal mendongak.

"Kenalkan, rakan baru I, Natasha."

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Karisma