Bab 11

Luna


Api amarah api abadi

Semasa marah menjadi-jadi

Racun bisa menjadi badi

Asal sisa ditadah baldi


Kabus yang menebal tadi kian lama kian menghilang. Suasana makin lama makin sepi. Aku terpisah daripada Mimi sewaktu kabus tadi. Aku harap dua orang tu tak apa-apa. Sekarang aku berada di suatu padang yang luas dan di hadapanku mempunyai deretan kubur orang kristian. Nampaknya kawasan berpokok di sini tak banyak.

Disebabkan sekarang masih lagi lewat malam, lebih baik aku bertanyakan kepada sesiapa yang berada di dalam gereja tu. Aku mengetuk pintu gereja dari belakang.

“Hello. Ada orang tak?” Aku mengetuk sambil memberi salam tak tahulah orang dalam ni jawab aku ke tak. Menunggu setelah beberapa saat, aku sambung mengetuk lagi sehingga mendapat respons.

“Yes?” Pintu belakang gereja dibuka. Aku mendapati yang seorang lelaki berpakaian seperti paderi membuka pintu. Mat Saleh ka? Nampaknya kena speakinglah ni.

“Hello sir, may I ask you something?” Dia mengangguk.

“Oh, cakaplah bahasa Melayu pun tak apa.” Dia faham bahasa Melayulah.

“Saya nak tahu, sekarang saya ada di mana.”

“Duduklah dulu dekat kerusi batu dekat situ saya tak larat berdiri lama-lama ni.” Dia menjemputku untuk duduk dahulu. Aku pun duduk di kerusi tersebut. Dia meletakkan lampu minyak itu di atas meja. “Jadi awak nak tahu sekarang awak di mana. Oklah saya cakap selamat datang di Kampung Mimpi. Di sini adalah kampung buatan manusia yang tidak dapat keluar daripada Hutan Liku Tamat. Di sinilah di mana manusia dapat belajar ilmu yang paling jarang ditemui di alam manusia. Boleh kata sekarang kita berada di alam yang lain.” Baru aku faham.

“Memang tak boleh keluar ke dari sini?” Dia menggeleng.

“Siapa yang nak keluar dari sini sedangkan di sinilah banyak khazanah bumi dan ilmu yang susah nak dapat senang untuk dapat. Bukannya saya tak nak balik tetapi banyak orang kampung juga berfikiran seperti begitu. Udara di sini juga nyaman dan tiada pencemaran.” Inilah yang merisaukan aku. Manusia susah nak dielakkan dengan sifat buruk mereka yang suka membazir dan tamak. Aku tak pasti yang mereka tak akan menebang pokok di sini untuk buat bangunan yang banyak.

“Boleh saya tahu ilmu yang jarang untuk dapat itu apa.” Dia mula berkata dengan megahnya.

“Sudah tentulah black magic, sorcery dan witchcraft. Nak tengok ke saya nak tunjuk ni.” Aku angguk. Kemudian dia mula mengumat-ngamit mantera dan api mula terhasil pada tangannya. “Macam mana, hebatkan. Awak nak belajar tak.”

“Taklah. Mengapa perlu menghafal ayat-ayat pelik untuk menghasilkan api sedangkan pemetik api sudah ada.” Aku menyalakan pemetik api yang aku bawa dalam beg.

“Kalau macam tu macam mana dengan ni.” Dia menolak sesuatu kepadaku terasa angin.

“Kipas angin kan ada buat apa belajar perkara yang sia-sia.” Aku mengeluarkan kipas angin mudah alihku yang berkuasa solar.”

“Macam mana dengan ni pula.” Dia mula menghasilkan air dari udara.

“Air tu belum tentu bersih untuk diminum setakat nak mandi mana nak cukup. Awak tahukan yang manusia ciptakan paip air. Tak apalah saya tak rasa ilmu tu bagi faedah kepada saya.” Entah kenapa aku rasakan yang aku tengah berada di dunia Avatar Ang.

“Tunggu! Ada satu lagi, kalau awak tengok ni sudah tentu awak akan mahu belajar.” Dia mula mengumat-ngamit suatu mantera yang membuatkan aku agak seram-sejuk. Namun begitu, tiada apa-apa yang berlaku.

“Tak ada apa-apapun yang berlaku.” Dia tersenyum.

“Tunggu dan lihat.” Dia melihat ke arah kubur. Dalam beberapa saat kemudian suatu tangan muncul daripada tanah di setiap kubur. Jangan kata kali ini dia buat undead. Sehinggalah seluruh badan keluar daripada kubur mereka masing-masing. Mujurlah orang yang mati di sini tak sampai 50 orang. “Macam mana hebatkan.”

“Sekarang mereka datang mendekati kita macam mana ni. Hentikan sihir itu.”

“Baiklah-baiklah,” dia mula memetik jari. Malangnya tiada apa-apa yang berlaku. Dia mula cemas.

“Ada apa ni.”

“Tak boleh nak undur. Satu-satunya cara untuk mengelakkan diri adalah dengan membunuh mereka.”

“Awak ada senjata ke tak?”

“Ambilkan parang yang ada di tepi pintu.” Aku berikan parang yang disuruh ambil.

Selepas itu, aku hanya melihat dari belakngnya. Dia mula mengamitkan sesuatu tetapi terlambat apabila dia diterkam oleh beberapa undead. Kasihan pula apabila tengok paderi annoying ni minta tolong. Tanganku disentuh oleh salah satu daripada undead. Aku tak boleh tahan lagi. Aku rasa aku kena guna senjata yang ada.

Aku terus menendang tangan undead yang menyentuhku. Aku membawa keluar dua pucuk pistol jenama Magnum S-10, peluru silver dan berasid 1pH daripada beg. Aku mula menembak satu persatu undead yang berada berdekatan. Sasaran kepala mereka aku kunci. Setiap satu aku tembak tepat kena kepala. Nasib baiklah mereka terus berhenti apabila kepala mencair.

Tak percaya pula aku apabila melihat satu persatu undead cair bila kena tembak dengan peluru ni. Sebut tentang cair father tu tak apa-apa ke. Aku terus menarik badan father tersebut jauh daripada undead yang mencair dari atasnya. Bajunya mula terhakis sedikit. Apa yang aku nak buat sekarang.

“Ada apa ni bising-bising kat luar ni.” Mujurlah ada seseorang perempuan mula muncul dari dalam gereja.

“Tolong…”

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh