Bab 29
Rachel


Sekarang Han sudahpun masuk ke dalam kampung tersebut. Luna tengah serabut memikirkan strategi manakala aku hanya melihat keadaan sekeliling di sekitar sini. Luna kemudiannya memberikan kepadaku sesuatu, kelihatnnya seperti senjata yang dia guna kepada Cik Wiz palsu.

“Itulah pistol. Senjata yang boleh mematikan orang dalam jarak yang jauh.”

“Aku dah agak, jadi kau bunuh Cik Wizlah.” Dia memandangku dan tergelak. “Apa yang kelakarnya?”

“Taklah? Kau ingat aku ni yang jenis bunuh orang ka. Aku selalu mematikan kesedaran mereka terlebih dahulu hanya untuk sementara. Aku tak suka membunuh. Sebaliknya, aku lebih suka melihat orang menderita itu sahaja.”

“Baru aku faham, sekarang kau nak aku guna pistol ini untuk apa?”

“Aku ada plan, kita akan serbu masuk ke dalam dan terus habiskan orang di dalam ini.”

“Tunggu… Aku rasa itu dah libatkan orang yang tak bersalah. Apa kata ikut idea aku pula.”

“Apa dia?” Aku menudingkan jariku ke arah dua orang ahli sihir yang datang ke kampung ini. Dia bersetuju dengan ideaku.

Dalam sekelip mata sahaja Luna menembak kepada dua orang ahli sihir tersebut. Mereka berdua terus terjatuh pengsan. Aku dan Luna terus berlari dan menarik mereka berdua tersebut masuk ke dalam semak. 

Kami mengambil pas masuk mereka ke kampung ini. Disebabkan aku sudah memakai pakaian ahli sihir jadi aku serahkan kepada Luna sahajalah untuk menukar pakaiannya.

“Alamak, busuklah bajuni. Memang ahli sihir jenis yang pengotor ka?”

“Entahlah, aku basuh baju aku.”

Kami terus ke hadapan pintu pagar tersebut dan menayangkan pas masuk kepada orang atas yang menjaga pagar. Kami dijemput oleh seorang lelaki yang memakai topeng serigala dan seorang perempuan yang memakai topeng tikus.

“Awak mesti orang-orang Wizkan.” Kamipun mengangguk apabila mendengar lelaki tersebut berkata.

“Jadi anda berdua mesti nak ambil tahanankan.” Perempuan tikus tersebut berkata. Mereka membawa kami untuk berjumpa dengan tahanan.

Dalam perjalanan kami ke tempat tahanan. Perut Luna tetiba berbunyi. “Bunyi apa tu? Oh, maafkan saya cik-cik sekalian. Saya tak melayan anda berdua dengan baik. Marilah kita makan dahulu.” Lelaki serigala tersebut berkata.

Kami pergi ke ruang makan di kampung ini. Menyantap santapan pagi ni. Sepiring daging dan ubi serta berkuah kari dihidangkan kepada kami manakala orang yang bertopeng ini makan makanan yang lain daripada kami.

“Janganlah segan-silu makanlah makanan tu. Jangan risau untuk tetamu istimewa kami berikan daging yang istimewa iaitu daging manusia. “Luna mula loya mendengarkan daging manusia. Nampaknya aku kena bantu dia ni.

“Maaflah, tetapi ahli sihir ada pantang larang dengan makanan berasaskan daging jadi daging ahli sihir tidak boleh makan.”

“Malangnya, kalau macam itu. Berikan saya sajalah makanan itu. Kemudian makanan yang datang adalah ubi rebus dan berkuah kari. Boleh makan juga. Luna kelihatan lega apabila dapat makan. Akupun tak tahu perut cap apa dia ni sebab semalam dia makan banyak itu yang aku perasan.

“Ayuh ikut kami.” Kami kemudiannya keluar daripada ruang makan tersebut dan terus pergi ke tempat tahanan. Dalam perjalanan kami ke sana, lelaki bertopeng serigala tersebut mula menceritakan kehidupan mereka di sini.

Kami sampai di luar tempat tahanan. Salah seorang daripada pengawal bertopeng singa yang berada di situ bertanyakan kepada kami.

“Siapa kamu ni?” Lelaki serigala di situ menjelaskan kepada pengawal memakai topeng singa tersebut.

“Mereka ini adalah ahli sihir yang disuruh untuk ambil tahanan yang perempuan tu.” 

“Betulkah kalau macam tu tunjuk lengan kamu berdua.” Aku menunjukkan tanda tersebut pada pengawal tersebut. Sementara itu, aku melihat Luna yang teragak-agak untuk menunjukkan lengannya. Alamak, baru aku ingat cap ahli sihir yang ada pada lengan mereka. 

“Sebab apa ini?” Aku membisik kepadanya. “Aurat aku.” Apa maksud dia.

“Aku coverkau kalau macam tu.”

“Kena ubah plan kita.” Ha?

“Kejap, engkau mesti bukannya ahli sihir yang disuruh datang untuk ambil.” Pengawal tersebut mula mengesyaki Luna. Apa yang patut aku buat.

Luna mula tersenyum, “aku memang datang nak ambil pun.” Dia kemudiannya melepaskan tembakan daripada pistolnya dengan gerakan yang sangat laju. “Rachel cepat lari daripada sini.”

“Ha?” Kemudian dia membaling sesuatu ke dalam tempat tahanan tersebut.

“Fire in the hole!” Dalam beberapa saat suatu bunyi letupan yang kuat mula terhasil.

  Dinding pada tempat tersebut berkecai, aku dapat melihat dalam tempat tersebut. Luna menyuruku cepat-cepat masuk untuk dapatkan Han. Aku nampak Han berada di bawah dakapan seorang perempuan yang belum pernah lagi aku lihat. Luna memanggil perempuan tersebut.

“Mimi!” Perempuan tersebut berpaling kepalanya ke arah kami. Aku dapat melihat Han yang tak sedarkan diri dalam dakapannya. Aku tak tahu apa hubungan mereka berdua tetapi rasa ini lain macam. Bukannya begitu aku tak ada apa-apa perasaan pun cuma majikan dengan pekerja aja. 

“Apasal kau buat benda macam tu.” Suaranya kedengaran seperti sesuatu merasukinya.

“Cepat Mimi, tak ada masa untuk gaduh sekarang. Kita kena cepat sebelum mereka bawa keluar kumpulan yang ramai.” Mujurlah haiwan buas ini dengar kata-kata Luna.

“Ikut aku,”

“Bagi aku yang pimpin Han.” Dia melihat tajam pada mataku.

“Tak boleh, kau tak boleh ambil dia daripada aku.” Aku takut mendengarkan kata-katanya. Kemudian dia terus menggendong Han di belakang badannya.

Kami terus keluar daripada kawasan kampung itu dan memasuki ke kawasan hutan. Kami hanya mengikutnya daripada belakang.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh