Bab 41
Rachel


Apa yang dah jadi ni. Aku tak menyangka yang aku tengah lihat benda ini sekarang. Apa yang dia buat di sini. Dan mengapa dia datang. Takkanlah dia tak dengar yang Luna dah pesan untuk jangan datang.

“Apa yang kita patut buat sekarang?” Aku bertanyakan kepada Luna. Dia tidak dapat untuk menjawab dan sedang berfikir mengenai sesuatu.

Aku hanya bisa memandang Han yang telah menjadi batu ini. Dalam masa yang sama juga aku ada nampak yang Sandra tetiba muncul di belakang kami. Luna terus menggenggam tangan Sandra dan menanyakan kepadanya dengan nada yang marah.

“Apasal kau biarkan dia datang ke tempat yang berbahaya ini. Kau tahu kan aku sudah pesan yang benda tu datang dari arah kami.” Sandra hanya mengangguk.

“Aku tahu tentang itu. Sebab itulah aku sudah dapatkan Mimi di rumah tadi.”

“Mana Mimi? Aku tak nampak diapun di sini.” Aku menyoalnya.

“Dia memang tak ada di sini tetapi ini ialah gelang tangannya yang aku ambil daripada dia. Barang diapun sudah jadi wakil kepadanya.” Sandra menyarungkan gelang tangan Mimi ke tangan Han. 

“Apa yang sudah kau buat?” Luna melihat gelang tangan tersebut. “Untuk apa gelang ini?”

“Ini adalah idea daripada Han. Sementara aku berada di sampingnya untuk mengawal kesedarannya dalam dunia tersebut. Aku nak kau berdua alih perhatian Sang Kelembai daripada datang ke sini.”

“Tetapi macam mana?” Dia menggeleng.

“Kau tahukan makhluk itu tertarik kepada apakan.” Aku dan Luna mengangguk. “Jadi itulah yang kau kena buat. Aku tahu kau pandai dalam keadaan strategi, Luna. Dan Rachel kau bantu dia.” Apasal aku asyik berganding bahu dengan Luna ni. Padahal aku pembantu kepada Han. Ini untuk membantu menyelamatkan tuan aku kembali. Walauapapun yang terjadi, pasti kulakukan jua.

Sandra kemudiannya menyentuh kepala Han lalu menutup matanya. Kelihatannya dia tengah fokus untuk menggunakan kelebihannya. Aku kena elakkan daripada makhluk itu daripada datang sahaja.

“Nampaknya dia tengah lakukan sesuatu. Kita kena pastikan yang makhluk itu tidak datang ke sini.”

“Aku tak rasa yang makhluk itu akan datang ke sini dalam masa yang terdekat, kerana aku dapat mendengar suara jeritan orang kampung ini dengan tetiba.”

“Kalau macam tu kita kena gerak cepat sebelum terlambat.” Luna memberikan dua pusingan peluru kapur kepadaku. Kami kena pastikan yang tiada sesiapa akan menjadi batu.

Apabila kami masuk sahaja ke lebih dalam kampung. Kami sudah terlambat kerana hampir kesemua penduduk di sini sudah menjadi batu. Ada yang menjadi batu apabila keluar sahaja daripada rumah mereka. Dalam rumahpun ada yang kena. Nampaknya makhluk ini memang nak membatukan orang. Kami memeriksa keadaan Mimi dan dia berada dalam keadaan yang masih baik. Dia tengah tidur tetapi Kashima dan Eddy. Kedua-duanya telah menjadi batu.

Luna memberikan kepadaku satu lagi walkie-talkie miliknya dan dia memberitahuku cara untuk mengendalikannya. Kami kemudiannya berpecah dan membuat bising di pelbagai arah. Dengan cara ini makhluk tersebut akan tertarik dengan bunyi yang kami hasilkan.

Aku berlari ke arah kanan manakala Luna melalui arah kiri. Kemudian kami menembakkan masing-masing pistol yang berisinya peluru kapur. Bunyinya agak kuat, aku rasa bunyi ini sudah mampu untuk menarik perhatian makhluk ini.

“Hello, Rachel. Pastikan kau tidak dilihat oleh dia.” Luna memberikan pesanan kepadaku melalui walkie-talkie.

“Baiklah.” Aku menjawab balik.

Sekarang aku dapat lihat pergerakan Sang Kelembai yang bergerak mencari bunyi bising yang aku hasilkan. Aku bersembunyi buat seketika. Sang Kelembai tersebut makin mendekatiku. Makin dia mendekat suatu letupan besar mula kedengaran. Membuatkannya pergi ke arah bunyi letupan tersebut dengan terbang. Mujurlah bunyi letupan tersebut ada kalau tak aku dah jadi batu dah. 

“Dia pergi ke arah letupan tu. Apa yang kau buat?”

“Betul ka. Aku guna bom grenade. Adalah pokok di sini yang tumbang sedikit.” Dengan itu kami bekerja sebagai pasukan dengan membuat perkara yang boleh menyakitkan telinga sahaja. Kadang-kadang Luna menggunakan bom dan aku hanyalah menggunakan pistol yang dibekalkan kepadaku ini. Han cepatlah sikit selesaikan kerja kau.

Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh