Bab 9

Han


Waktu siang di sini

Waktu malam di sana

Tempat tinggal yang baharu

Perbezaan yang sangat ketara

Siapa yang ambil peduli


Jadi sekarang aku berada di mana ni? Keadaan dalam tempat ni agak kelam dan sempit. Sesedar sahaja aku berada di atas katil yang lembut. Jangan kata aku berada dalam keranda. Tak guna, betul-betul ada dalam keranda. Siapa yang sengaja masukkan aku di dalam benda ni. Aku cuba membuka keranda ni dari dalam. Nampaknya aku berjaya keluar, walaupun agak berat untuk ditolak daripada dalam. 

“Jadi engkau dah sedar,” suara Sandra mula ku dengar. Dia berada di luar keranda sedang memerhatikan tepat padaku.

“Apa masalah kau, letakkan aku dalam keranda ni.” Dia hanya mampu tersenyum.

“Tak ada. Saja aku nak test keranda ni pada manusia. Boleh buka ke tak. Selalunya manusia biasa tak boleh.”

“Baiklah, sekarang apa yang kau nak buat dengan aku.”

“Bukankah kau dah dapat surat daripada kawan lama kau.” Surat tulah yang mereka bagi. Apa yang dia tulis. Aku tak rasa aku faham.

“Pasal surat tu. Aku tak faham apa yang mereka tulis.” Dia menepuk dahinya.

“Alamak, budak-budak tu. Aku dah cakap tulis tulisan dunia manusia bukan tulisan dunia bunian.” Dia bercakap seorang diri. “Baiklah kita start daripada awal. Engkau tahu tak tentang manusia yang hilang bila masuk dalam hutan ni.” Aku mengangguk. “So, kau tahulah tentang perkampungan manusia yang mereka bina di kawasan ni.” Aku menggeleng. “Kalau kau tak tahu aku nak cakap ni. Engkau tahulah perangai manusia yang suka menghancurkan alam semula jadi dan jenis menghancurkan spesies yang tak elok bila di hadapan mereka. Seperti yang engkau tahu, kebanyakan manusia yang berada di sini banyak membuat kehancuran dekat kawasan kami. Jadi, budak-budak itu sebagai wakil orang bunian nak minta tolong daripada kau sebagai cucu entiti yang banyak membantu golongan mereka.”

“Apa maksud cucu entiti. Jangan kata itu datuk aku.” Dia angguk. 

“Keluarga kau tak cakap ke pasal datuk kau.” Aku menggeleng tapi aku belum pasti mereka ada kata atau tidak. Rasanya kebanyakannya aku buat tak endah saja.

“Tak kot.”

“Kesianlah kau. Datuk kau agak popular dekat dunia ni.”

“Macam mana aku nak bantu golongan kau.” Dia datang padaku dan mula berbisik pada telingaku. “Wei, takkanlah aku kena buat benda macam tu kot. Baiklah, bagi aku peta nak pergi ke tempat tu. Alang-alang tu kau kena tolong aku juga.”

“Apa dia?”

“Pastikan kawan-kawan aku tak mati.”

“Benda itu susah sikit nak berjaya tapi aku jamin kepada kau yang kau akan jumpa kawan-kawan kau masa perjalanan kau nanti.”

“Sebelum itu, kita berada di mana?”

“Oh, tentang itu. Selamat datang ke satu-satunya Kampung Bunian di hutan ini.”

Aku kena bersiap, masa tinggal lagi 6 malam lagi. Aku perlu buka gerbang di pusat gerbang yang dikuasai oleh golongan manusia dan Bunian. Sandra cakap yang hanya aku sahaja boleh buka gerbang untuk asingkan manusia daripada alam ni.

Tak salah aku yang memakan manusia juga adalah makhluk hutan ini dan manusia menjadi hamba golongan makhluk hutan ini senang kata aku panggil makhluk itu jin. Ada yang mengagungkan golongan jin untuk mendapatkan perkhidmatan ilmu hitam. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berterusan aku perlu melakukan kaedah guerilla yang Sandra pesan.

Hari ini aku perlu memulakan perjalananku ke pusat gerbang. Mujurlah bukan aku keseorangan tetapi Sandra juga sukarela untuk ikut serta. Aku perlu mencari mereka sebelum terlambat. Jika manusia berada di sini lebih daripada 7 hari, maka mereka akan lupa segalanya. Aku tak boleh biarkan perkara sebegitu berlaku. Aku kena catat peristiwa ni.

“Jadi apa yang kita patut buat sekarang.” aku kurang pasti apa yang aku perlu lakukan sekarang.

“Apa kata engkau berjumpa dengan orang-orang di sini. Mereka sudah lama tak jumpa manusia.” Apa salahnya sekiranya aku bermesra dengan mereka.

“Baiklah, dari mana hendak aku mulakan.” Kemudian pintu dibuka dan ramai orang terjatuh.

“Macam mana dengan di sini dahulu,” Sandra tersenyum sambil menutup matanya dan menghilang dilindungi oleh entiti yang menyusur masuk ke dalam bilik ini.

“Gembira bertemu kalian semua.”

“Saya ketua kampung di sini, awak boleh panggil saya Wayam. Alang-alang semua sudah ada di sini apa kata kita buat majlis menyambut kedatangan tetamu.” Sekarang bukannya masa untuk majlis.

“Cup! Maafkan saya tetapi sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk majlis. Sebaliknya kita perlu mengatur strategi untuk…” Sandra terus menarikku lalu mula berbisik.

“Jangan babitkan penduduk kampung ni. Mereka tak boleh tahu sebab mereka juga sebahagian daripada pengikut jin.” Aku menelan air liur.

“Maafkan saya, boleh tak kita tundakan majlis kita ini pada malam ini. Saya agak keletihan daripada perjalanan yang jauh ini.” Ketua kampung terus menjabat tanganku.

“Tak apa-apa kami di sini sedia membantu,” apa yang aku perlu buat sekarang. Aku tak boleh menunjukkan ekspressi takut ataupun tak layan.

“Terima kasihlah kerana sanggup membantu saya. Maafkan saya. Boleh saya gunakan tandas tak.” Tangannya dilepaskan.

“Oh! Ada silakan, ikut Eddie. Eddie tunjukkan jalan kepada tetamu kita.”

“Jadi, macam mana hidup di sini, aku harap kau tak apa-apa di sini.”

“Hmm…Ok je. Aku rasa layanan di sini lagi baik berbanding dengan dunia manusia. Lagipun bukannya aku boleh pulang ke dunia manusia sudah.” Aku terkejut. “Janganlah terkejut sangat, aku kahwin dengan orang bunian sebab tulah aku tak boleh keluar. Bukannya itu sahaja, keluarga aku dan ramai penduduk kampung banyak yang berpindah sebab takut dengan pengguna ilmu hitam yang banyak bunuh manusia dan buat kajian. Satu-satunya cara untuk selamat adalah menjadi salah satu daripada spesis mereka.” Aku masuk ke dalam tandas.

“Oh, aku simpati dengan nasib kau dan keluarga kau!”

“Biarlah, lagipun sudah 10 tahun semenjak peristiwa tu berlaku. Semenjak aku dan Kashima sampai di perkampungan bunian ni kami terus menjadi penduduk tetap di sini. Kami bukan tak nak cari kau tetapi ketua kampung cakap yang rakyat biasa tak boleh melanggar peraturan di sini. Kalau tak hukuman setimpal akan kena. Disebabkan itulah kami tak boleh berbuat apa-apa. Mujurlah 9 tahun telah berlalu dan ada satu entiti ini datang lalu mengkhabarkan kepada kami yang kau selamat dan berada di dunia manusia. Mendengarkan khabar itu membuatkan kami terharu dan kami bercadang untuk menghantar berkomunikasi dengan kau.”

“Oh, ringkas juga flashback kau tu! Bukan nak cakap apa pun. Mesej apa yang kau hantar pada aku baru-baru ini.”

“Hah kau tak faham ka?” Kedengarannya seperti terkejut. “Maaflah, aku lupa yang kau tak belajar bahasa bunian. Tentang isi surat itu mengatakan bahaya sedang berlaku jadi jangan datang. Selain itu, tolong bantu kami dalam bahaya. Bawakan syndrome.”

Aku pernah dengar tentang syndrome tu. Kalau tak syak lagi yang ada pada nenek dan Mimi. Aku tak rasa aku ada dan Luna belum pasti. Yang aku peliknya dia kata jangan datang tapi minta bantuan. Aku pening sedikit. Waktu sekarang ini, aku perlu bertenang dan tak ada masa untuk berehat sebab limit manusia berada di alam bunian adalah selama 7 hari sahaja. Selepas daripada itu, mungkin jadi macam Eddie dan Kashima. Aku tak nak berada dalam alam ini buat selama-lamanya.

Aku dibawakan ke bilik mewah yang mereka sediakan. Perasaanku mula terasa tak senang hati. Melihat kemewahan ini membuatkan aku berasa curiga seperti cerita-cerita rakyat mengenai penipuan makhluk jin kepada manusia. Aku tak boleh membiarkan ilusi ini mempengaruhi diriku.

Aku menjatuhkan badan di atas katil empuk yang mereka sediakan sementara menunggu bunian datang menjemput. Setelah beberapa ketika aku terlelap pintu bilik diketuk. Aku membuka dan mendapati seorang gadis bunian berupa manusia di hadapan ku.

“Persiapan untuk pesta sudah siap. Awak boleh ikut saya sekarang.” Dia memimpinku ke dewan yang gemerlapan pada waktu itu. Sekarang sudahpun malam dan jalan untuk menuju ke dewan itu sangat terang. Jalan dipenuhi dengan obor berwarna biru dan merah. Malangnya suasana ketika aku dipimpin sekarang sangat sunyi dan aku kena pecahkan ais dulu. 

“Awak ni Kashima ke?”

“Ya, nampaknya awak tahu nama saya.” Dia mengalihkan kepalanya lalu mengangguk sambil tersenyum.

“Awak kenal saya tak.” Dia tidak menjawab sebaliknya aku merasakan yang dia menyuruhku untuk menutup perbualan kami. Aku tak rasa yang obor sekitar jalan ini adalah perhiasan ataupun lampu jalan. Terasa seperti dipandang oleh mata-mata yang banyak. Bulu romaku mula menaik dan aku teruskan perjalanan ke dewan yang gemerlapan itu.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh