Bab 27

Rachel


Bohong bukan bermaksud menipu

Menipu bukan bermaksud berbohong

Buat baik tak bermaksud menunjuk

Buat jahat mesti ada sebab


Keluar sahaja daripada dunia tersebut membuatkan aku terjaga terus di dunia yang nyata. Aku memandang ke sini ke sana untuk mencari Han. Kalau tak salah aku dia ada berdekatan dengan aku, sebelum kami ke dunia tersebut. Begnya masih ada lagi di sini. Ke mana dia pergi. Mungkin tandas barang kali.

Setelah menunggu beberapa minit, pintu bilik dibuka. Aku sangkakan itu ialah Han tetapi father yang datang membawa masuk sedulang makanan kepadaku.

“Makanlah ini. Mesti kamu sudah letihkan.”

“Sudah berapa lama saya sudah tidur.” Dia menunjukkan bilangan jarinya.

“Ha? 3 hari!” Dia menggeleng.

“Baru 3 jam kamu tidur. Makanlah cepat, pergi berjumpa dengan penduduk kampung.”

“Sekejap, Father ada nampak Han tak? Dia pergi ke mana?” Muka father kelihatan tersenyum seperti ingin menutup sesuatu.

“Lebih baik Father cakap kalau tak…” Han mula masuk ke dalam bilik ini bersama Luna. 

“Ada apa ini Rachel? Apasal awak ceroboh sangat ni?” Apasal dia jadi formal sangat. Apa yang ada di dunia itu membuatkan dia berubah. Aku agak hairan tetapi aku agak gembira sebab dia tak tinggalkan aku. Selepas kejadian itu, aku berasa seperti dihargai kerana sebelum ini apa yang aku nampak hanyalah kedukaan semata-mata sahaja.

“Tak ada apa-apalah” Entah kenapa aku jadi malu pula ni.

“Awak demam ka?” Dia datang dan menyentuh dahiku. “Nasib baiklah awak tak demam.”

“Han jom kita jumpa penduduk kampung di sini.” Luna berkata kepada Han. “Rachel kau pun samalah.” Dia mengajakku sekali.

“Hmm… Boleh juga. Ayuh.” Han berkata. 

Kami keluar daripada gereja dan pergi menjumpai penduduk kampung di sini. Aku agak hairan mengapa Han tidak membawa beg sandangnya sekali bersama. Dia bertingkah-laku pelik, sekarang itu yang menghairankanku.

Lebih baik aku tunggu dan lihat untuk kumpul bukti yang dia ini bukannya Han yang betul. Jika dia bukan Han, dia siapa? Aku masih lagi pening memikirkan hal ini. Kami menemui orang kampung di sini dan mereka kelihatannya sudah sedar daripada mimpi mereka.

Luna menemui Tula iaitu budak perempuan yang dia jadikan sebagai adik angkat. “Tula kamu selamat, mujurlah. Tapi kamu kelihatan sudah dewasalah.” Rupa Tula sangat mengejutkan Luna sebab Tula yang ini kelihatan remaja.

“Mungkin saya telah tidur terlalu lama dan membuatkan sistem pertumbuhan saya meningkat dengan cepat kot akak.” Tula menjawab kepada Luna.

“Terima kasihlah Luna sebab kamu mengingatkan kami tentang kebenaran kami. Jika tidak kami tidak sedar dengan khayalan yang ada di dunia tersebut.” Ayah Tula pula datang memberitahu Luna.

“Tak ada apa-apalah, saya bersyukur dapat tolong orang kampung di sini.”

“Oh, Luna terima kasih sebab berjaya melepaskan kami daripada sumpahan kami yang lama. Sebab kamulah kami mendapat kesedaran kami kembali.” Ketua kampung datang melutut kepada Luna.

“Janganlah buat macam ni dekat saya.” Dia menutupi kesedihannya dengan senyumannya. Kemudiannya, tangisannya mula terhasil dan mula mengalir pada pipinya. “Terima kasih juga kepada semua penduduk kampung di sini. Apa kata kita bina balik kampung kita ini bagi sama macam sebelum ini.” Orang kampung yang mengelilingi Luna bersetuju dengan hal tersebut.

Pada petang itu juga penduduk kampung memulakan kerja mereka dan membaiki semula bangunan yang rosak. Sementara itu, kaum wanita menghidangkan makanan untuk mereka. Disebabkan mereka baru sahaja terjaga, bekalan makanan mereka agak kurang. Disebabkan itu, ada juga yang memburu dan mengutip buah-buahan di hutan.

Aku hanya melihat kejadian yang berlaku dan seseorang yang masih lagiku curiga iaitu Han. Aku berjalan-jalan dan memandang sekeliling sehinggalah aku nampak tingkah-lakunya yang mula berubah disebabkan benda yang kecil. Dia berwatakan seperti seorang perempuan. Adakah dia kena rasuk dengan jembalang-jembalang mana ataupun apa dia?

Aku mesti cari petunjuk, aku kena cari petunjuk di gereja balik. Aku tak nak mengganggu Luna yang tengah sibuk buat kerja masyarakat. Aku kena selamatkan Han secepat mungkin. Kalau aku tahu aku tak percaya Father itupun tak apa.

Aku berada di dalam bilik yang kali terakhir aku nampak beg sandang Han. Aku agak hairan apabila mendapati begnya sudah tiada. Tadi ada tapi sekarang sudah tiada. Aku meneroka setiap bilik satu per satu. Father pun tidak kelihatan. Di mana dia berada sekarang? Pintu bawah tanah telahku jumpa dan ianya berada di bahagian dapur. Aku membuka selak pada pintu tersebut dan menuruni tangga untuk melihat ada siapa.

Alangkah terkejutnya aku apabila ternampak, Father berada di atas kerusi tengah terikat mulutnya pula ditutup. Aku membuka pelekat yang melekat pada mulutnya. Dia menarik nafas lega buat sementara. Sekarang aku menghunuskan pisau padanya.

“Di mana Han?” Aku menguatkan nada suaraku.

“Bukan dia bersama kau ka?” Aku menggeleng.

“Itu bukan dia. Aku lebih mengenali dia daripada kau kenal dia.”

“Aku tak tahu.” Nampaknya dia mencuba berbohong lagi. Aku mendekatkan lagi pisau pada lehernya. Dia makin lama makin cemas. “Baiklah-baiklah aku cerita.” Setelah mendengarkan penjelasan daripadanya aku belum pasti boleh percayakan dia. Aku rasa Han seorang sahaja yang jenis buat macam ni bila dia ada idea baharu. 

“Baiklah semoga berjaya duduk di sini.” Aku meletakkan balik pelekat tersebut pada mulutnya.

 Sekarang aku berada di luar tesla dan sekarang sudahpun waktu senja. Aku rasa inilah lokasi yang dia akan tuju bila musuh tidak tahu dia terlepas. Aku rasa lebih baik aku tunggu di luar sahaja. Setelah menunggu beberapa minit di luar aku dapat rasakan menara tesla yang aku tengah sandar ini tengah bergegar.

Sekarang sudah beberapa minit aku menunggu di luar. Mujurlah, penungguan ini membuahkan hasil. Akhirnya, ada juga seseorang yang keluar daripada menara tersebut. Aku menangis melihatnya, aku sangkakan aku tak dpat berjumpa dengan dia sudah.

“Kau… Macam mana kau boleh ada di sini dan apasal kau ni menangis pula ni. Nak berdrama nanti-nantilah. Aku ingat kau tinggalkan aku.”

“Mana ada. Ada seseorang yang mukanya mirip sama dengan kau…” Tidak sempat aku habiskan ayatku Luna dan Han palsu datang.

“Rachel! Apa maksud ni? Mengapa ada sampai dua Han ni.” Luna bertambah hairan.

“Macam mana boleh ada sampai dua aku ni. Kau siapa.” Han sebelah Luna berkata kepada Han di sebelahku.

“Aku nak try eksperimen aku kali ni pulalah.” Muka Han di sebelahku mula tersenyum sinis macam gayanya masa aku kena dulu. Apa yang dia tengah fikirkan kali ini. “Nama aku ialah Muhammad Farhan bin Danial Eman Osman. Kau?” Dia jawab dengan nama penuh dia. Apa yang istimewanya.

“Kau ambil nama aku bolehlah. Apa motif kau menyamar sebagai aku?” Kali ini aku pening. Lunapun sama pening melihat mereka berdua.

Tiba-tiba, Han di sebelahku ketawa terbahak-bahak. “Hahaha… Sudahlah Cik Speaker kau dah kantoi sudah yang kau menyamar jadi aku. Tiada gunanya lagi berbohong.”

“Mana ada aku berbohong.”

“Kalau macam itu kau siapa? Jawab soalan aku kalau kau betul-betul Han.”

“Nama aku ialah Muhammad Farhan…” Tak sempat dia habis menyebut namanya sampai habis dia telah terkena renjatan elektrik yang terpancar dariapda tesla tersebut. Kemudian penyamarannya berubah kepada bentuk asalnya.

“Aku dah kata suruh jawab soalan aku yang kau ni siapa dan kau tetap berdegil juga untuk jadi aku. Cik Speaker ataupun nama pendeknya yang dikenali sebagai Cik Wiz. Master mind untuk penculikan aku, Luna dan Mimi. Betul tak?” Ha! Dia sebut Cik Wiz ka? “Oh, Rachel kau kenal dia ka?

Aku mengangguk. “Dialah ketua ahli sihir di hutan ini. Dia juga yang menyuruh ahli sihir lain untuk menyumpah pennduduk kampung yang lain. Aku adalah termasuk orang yang dia suruh.”

“Kau tak boleh guna magis sudahkan?” Aku angguk.

“Jadi kau lah aku dapat ke dunia sana. Sebab kaulah…Sebab kaulah aku nak ucap terima kasih banyak-banyak. Aku dapat temui orang kampung di sini. Lagipun mereka bukannya daripada orang yang jahat.” Luna berasa gembira, ini lagi buat aku pelik apabila dia mengucapkannya kepada Cik Wiz.

“Dia memang macam tu. Kau tunggu selepas dia cakap terima kasih. Kau akan tahu Luna yang sebenarnya.” Akupun tengok sahaja.

“Selamat tinggal Cik Wiz sebab kaulah hidup mereka dalam kesusahan sebab tidak berada di dunia yang nyata. Let the witch hunt begin.” Luna mengeluarkan suatu senjata daripada poketnya. Dalam beberapa saat saja dua das tembakan dilepaskan dan Cik Wiz jatuh pengsan.

“Kau…Apa yang kau buat pada dia?”

“Perlukah aku beritahu kau.” Ini bukan seperti Luna yang aku kenal. “Jangan kata kau nak juga macam dia kena.” Suaranya mula menjadi garau.

“Rachel. Biarkan saja dia tu. Lebih baik kau jaga keselamatan kau kali ini. Bila dia jadi macam ni kau tak boleh nak hentikan dia dah sebab tu dia tu explorer yang terhebat dan digeruni di alam manusia.”

“Han angkat makhluk ini.” Dia menunjukkan ke arah Cik Wiz. Han mengangkatnya dan mengikuti Luna daripada belakang. Akupun ikutnya daripada belakang. 

“Dia ni ada dua watak ka?” Aku berbisik kepada Han.

“Taklah. Inilah perangai sebenar dia. Sisi lembut tu saja-saja dia buat.” Apasal aku jadi seram pula dengan kawan Han ni. Memang alam manusia dipenuhi dengan manusia yang mengerikan ka? Ini baru tengok mereka berdua.

Sudah sampai di plaza kampung, Luna terus naik ke atas pentas. Sementara itu, penduduk kampung yang tengah makan makanan dan mula berehat di sekitar mula melihat Luna. Mereka terkejut melihat apa yang ingin Luna sampaikan kali ini.

“Selamat senja penduduk kampung, berdirinya saya di atas ni untuk menyampaikan suatu khabar yang menggembirakan sehinggakan kalian akan merasa marah. Saya tak sarankan kalian buat apa-apa padanya. Dia ialah orang yang telah buat sesuatu yang buruk kepada kalian. Disebabkan dialah kalian terkena sumpahan yang dia buat iaitu di dunia mimpi.” Penduduk kampung ada yang mengangguk kepala mereka dan ada yang mula berubah emosi daripada letih menjadi marah. Kedengaran seperti suara memberontak daripada penduduk kampung mula kedengaran. “Bertenang-bertenang kita akan uruskan dia secepat yang mungkin.” 

Kemudian Han naik ke atas pentas lalu memberitahu Luna sesuatu. “Ada lagi seorang yang bersubahat dan dia berada di gereja. Sementara itu, Han dan beberapa orang penduduk kampung menyerang gereja untuk mengambil father. Kita kena hukum mereka dengan apa yang mereka telah buat kepada kita semua. Rasanya apa hukuman yang patut kita buat.”

“Bunuh…” Penduduk kampung A

“Bogel…” Penduduk kampung B

Namun ada seorang budak bercakap yang dia ada sesuatu pengumuman. “Sebenarnya sayalah punca dia menyumpah penduduk kampung semua. Sebabnya saya sedih yang penduduk kampung di sini tidak muafakat dan banyak menyalahkan takdir kerana tidak memiliki tuah yang baik.”

“Jadi kamu juga bersalahlah.” Han berkata kepada Tula.

“Ya. Saya juga bersalah sebab saya ambil risiko ini. Hasilnya, kita boleh tengok yang penduduk kampung ini menjadi lebih perpaduan. Lagipun dia bukannya Cik Wiz. Dia hanyalah penyamar dan namanya adalah Ardnas membantu father sahaja.” Sementara itu, penduduk kampung mengeluarkan father yang berada dalam tempatnya. 

“Dia tak menipu.” Aku dapat mendengar yang Han berkata dengan perlahan. “Jadi apa yang penduduk kampung semua nak buat dengan mereka bertiga.” 

“Mendengar apa yang dikatakan oleh Tula membuatkan kami sedar yang kami tak sepatutnya mencetuskan pergaduhan atas benda yang kecil dan menyalahkan takdir. Terima kasih Tula kerana telah membuka mata kami.” Ketua kampung mula menyampaikan kata-katanya kepada kami semua. “Jadi kami sepakat untuk memaafkan mereka bertiga tetapi disebabkan itu kamu bertiga tak terlepas juga dengan hukuman.”

Setelah menyatakan hukuman, kami menyertai majlis sambutan ulang tahun kampung ini yang disambung daripada dunia khayalan ataupun mimpi sebelum ini yang tak habis.

Pada ketika itu, banyak makanan aku santapi. Bukannya sebab apa, makanan yang mereka masak ini sungguh sedap. Kalau boleh sehinggakan menjilat pinggan dibuatnya. Semasa itu suasana sangatlah meriah sehinggalah salah seorang daripada penduduk kampung yang membawa father dan Cik Wiz datang dengan menunjukkan reaksi yang cemas.

“Ada apa ni?” Ketua kampung bertanya.

“Mereka… Mereka sudah terlepas.”

“Tapi bagaimana?” Ketua kampung bertanya kembali.

“Ada seorang manusia yang datang dan mengambil mereka berdua.” Dia berkata. “Dia bagi surat ni kepada Cik Luna dan kawan-kawannya.”

“Surat?” Luna pergi mengambil surat tersebut lalu membacanya. Melihat sahaja kerut pada wajahnya membuatkan aku bertambah lagi persoalan.

“Tentang apa ni Luna?” Han pergi bertanya dahulu. Aku mendekati mereka sedikit. Kemudian Luna memberikan surat tersebut kepada Han. “Cis, tak guna mereka!” Apa yang surat itu tulis. “Jom, Rachel ke destinasi yang seterusnya.”

“Pak cik izinkan saya untuk turut rakan saya.”

“Tak apa Luna, ini mesti untuk kawan kamu. Tak apa, jangan risau tentang kami.” Ketua kampung berkata dengan nada yang rendah hati.

“Tentang itu, saya dah ubah peraturan di sini yang penggunaan magis adalah dilarang. Pastikan semua orang ikut tu. Serta jangan berbohong sebab kalian akan kena renjatan elektrik.” Han memberitahu peraturan yang dia buat.

“Apa maksud kamu ni anak muda.” Luna berbisik kepada Han.

“Kalian pernah dengar tak tentang kisah professor Deo yang bina menara di kampung ini untuk selamatkan penduduk kampung di sini daripada mara bahaya.” Orang tua di sini ada yang mengangguk. “Kalau kalian semua nak tahu dialah orang yang boleh buat perkara yang sama macam professor tersebut. Kalian boleh panggil dia Han.”

“Kalau macam itu, terima kasihlah. Saya akan ingatkan orang-orang di sini untuk berhenti berbohong. Semoga berjaya sampai di destinasi yang hendak dituju.” Ketua kampung mengizinkan kami untuk pergi.

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh