Bab 10

Alam manusia

Siang panjang malamnya singkat

Alam ghaib

Malamnya panjang siangnya singkat


“Silakanlah makan ada banyak makanan yang kami sediakan buat manusia.” Ketua kampung mempelawa makanan kepada ku. Aku terlihat kebanyakan masakan yang mereka masak agak keterlaluan dan mencurigakan.

Walaubagaimanapun, aku tetap tidak memakan sebarang makanan di situ. Aku mengambil tempatku sebelah Sandra di meja makan. Dia mulakan perbincangan dan strategik.

“Baiklah kita perlu mulakan rancangan sebelum MC start. Sekejap lagi sebelum majlis berlangsung dan kemasukan VVIP. Kau ikut aku, kita kena lari dari sini dengan segera. Jika tidak kau akan dipukau dan ditangkap. Pengamal ilmu hitam mahukan engkau.” Seram pula bila dengar dia kata macam tu. Signal OK aku tunjukkan.

Dengan itu sebaik sahaja majlis baru hendak mulakan aku diajak oleh ketua kampung untuk duduk di kerusi VIP di sebelahnya. Nampaknya rancangan Sandra gagal. Aku dapat rasakan yang dia menepuk dahinya sekali lagi.

Majlis dimulakan dengan ketibaan VVIP masuk ke dalam dewan. 2 orang berjubah hitam sambil menutup kepala mereka dengan hoodie dan suatu entiti yang berbentuk seperti separuh serigala separuh manusia dan satu lagi manusia lelaki mula masuk dan duduk di kerusi VVIP.

Setelah ketua kampung dan VVIP memberikan ucapan, kini giliran aku pula untuk menyampaikan ucapanku.

“Selamat sejahtera saya ucapkan kepada seluruh penduduk bunian. Malam ini saya ingin mengucapkan kepada semua yang kampung kita untuk sekian lamanya didatangi suatu. Bukan, seorang manusia. Mulai malam ini dia akan menjadi salah seorang daripada kita.” Aik, bukan ini yang aku nak. “Saya tak nak cakap banyak lagi sebelum majlis kita diteruskan lebih lanjut lagi. Saya ingin merasmikan majlis ritual penukaran jenis makhluk.” Kemudian tepukan yang gemuruh diberikan.

Aku tak pasti lepas ni aku boleh jadi manusia lagi ataupun tidak. Aku tak nak jadi makhluk lain sebab aku ialah manusia. Nampaknya aku hanya perlu berdoa dan berharap. Aku tak rasa kisah aku akan tamat secepat ini. Nampaknya sekarang giliran aku pula untuk menyampaikan ucapan terakhir sebagai seorang manusia mungkin.

Sewaktu aku mula memberikan ucapan. Tiba-tiba cahaya dalam dewan tersebut tertutup serta-merta. Tanganku disambar dan ditarik sampai ke pintu keluar. Aku hanya mengikut dan terus keluar daripada dewan tersebut.

Aku terus berlari sambil tangan ku ditarik oleh seseorang. Aku belum pasti yang aku sedang pegang tangan Sandra kerana tangan ini seperti tangan seorang lelaki. Aku hanya mampu menyusulnya dari belakang. Aku menumpukan sepenuh perhatian dan kemampuan untuk berlari. Sehinggalah kami tiba di kawasan yang rata dan keluar daripada kawasan berpokok.

“Kau siapa?” Aku mula bernafas untuk mengumpul kembali oksigen yang telah aku gunakan. Terasa kebas di kaki dan keletihan.

“Aku rasa engkau tak perlu tahu nama aku sebab nanti engkau akan tahu juga.” Dia menurunkan hoodienya. Dia adalah salah seorang daripada VVIP itu. Aku sangkakan rupanya macam makhluk raksasa yang lain. “Apasal engkau terkejut tengok aku.” Dia tertawa.

“Engkau, manusia.”

“Macam mana engkau tahu aku manusia.”

“Senang, aku tengok bahagian di antara mulut dan hidung kau saja aku dapat tahu. Berbeza jika dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang dah jadi bunian.” Dia menepuk tangannya

“Wah, syabas engkau memang hebat macam datuk! Even entiti yang lainpun kata yang aku bukan manusia.” Apa masalah budak ni pula?

“Erm…Sorrylah bro. Aku silap kata yang kau ni manusia. Jadi kau entiti jenis apa pula.” Dia terkedu.

“Aku manusialah. Macam yang kau tak tahu kita ni ada kaitan dalam hubungan keluarga.”

“Apa maksud kau?” Dia mula ketawa. Entah kenapa tetiba aku rasa yang budak ni annoying sangat. Ni kalau ada Mimi mati budak ni.

“Aku dah agak kau akan tanya. Aku ni keluarga daripada nenek yang pertama. Dia manusia yang normal dan tidak ada apa-apa power tersembunyi. Satu saja yang istimewa sebab dia pandai berkata-kata. Untuk kes kau, kau daripada nenek yang ketiga. Dia manusia yang ada snydrome. Syndromenya membolehkan dia melihat masa depan…” Dia nak sambung lagi nampaknya.

“Stop-stop. Aku faham, jadi kita adalah sepupu dari datuk yang sama. Ok, kau tak perlu jelaskan lagi tentang itu yang kau perlu jelaskan adalah apasal kau datang sebagai VVIP. Kau ada kena menegena dengan pemuja ilmu hitam ka?”

“Tidaklah, aku tersesat daripada member-member aku yang lain aja. Aku takkan jadi apa-apa kalau lebih daripada seminggu duduk sini dan kau juga macam tu. Aku nak kena cari member-member aku dulu. Sementara kau buat apa yang kau nak buat. Bye.” Dia terus memasuki ke kawasan berpokok itu kembali lalu menghilang daripada pandangan. Pelik sungguh lelaki tadi tu.

Untuk seketika, aku terdengar teriakan anak haiwan berdekatan. Aku mengikut jejak bunyi tersebut dan mendapati ada seekor anak beruang yang kedua belah kakinya terluka dan tidak mampu untuk bergerak. Mujurlah aku ada belajar tentang first aid. Dengan itu akupun merawat luka beruang tersebut sehingga pendarahannya berhenti. Namun begitu, disebabkan kekurangan banyak darah anak beruang tersebut pun tidur.

Melihat luka pada anak beruang ini membuatkan aku tidak syak lagi yang ini adalah kerja pemburu. Sebabnya ada kesan gigitan anjing pada kakinya. Tapi kalau betul apasal mereka tak ambil saja anak beruang ni. Mungkin tak berbaloi kot.

Jika aku berada di sini mungkin perkampungan manusia tidak jauh lagi. Tak salah aku perkampungan manusia ada empat. Terdapat 3 gerbang masuk dan 1 gerbang keluar. Kedudukannya aku tak pasti di mana.

Aku rasakan yang aku patut menunggu anak beruang ini bangun terlebih dahulu. Tak berbaloi tinggalkan pesakit kita yang masih lagi sakit. Alang-alang aku juga agak letih, apa kata aku lelap sekejap saja.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh