Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,044
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

Qalisya mengemas beberapa pakaian lalu dimasukkan ke dalam beg galas miliknya. Mawar masih lagi leka bermain telefon pintar. Qalisya menjeling melihat jam dinding yang terletak berhampiran  cermin bilik asrama. Jam sudah menunjukkan jam 11 malam.Bangunan asrama sunyi. Kebanyakkan penghuni asrama telah selesai menduduki peperiksaan semester telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Qalisya tidak sabar hendak pulang ke kampung. Qalisya terlalu rindukan keluarganya.Usai mengemas Qalisya merebahkan tubuhnya di atas katil.

“Mawar,bila awak hendak bawa saya melihat kampung awak?” Qalisya teringin merasai suasana kampung Mawar. Selama mereka berkawan, hanya Qalisya sahaja sering mengajak Mawar ke kampungnya. Sehinggkan jika Qalisya pulang tanpa Mawar ahli keluarganya asyik bertanya tentang Mawar.

“Nanti saya bawa awak. Buat masa sekarang saya tidak boleh bawa awak ke sana.”

Mawar terpaksa mencipta pelbagai alasan. Bukan Mawar tidak sudi tetapi keluarga hanya menumpang di rumah orang. Apa pula kata majikan keluarganya. Mawar rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi keinginan Qalisya. Qalisya seorang kawan yang baik. Qalisyalah yang banyak menolongnya ketika Mawar dalam kesusahan.

“Semester depan, semester terakhir kita disini Mawar.”

Qalisya mengingatkan Mawar. Mereka telah berada di tahun akhir pengajian. Tipis peluang Qalisya jika hendak menunggu mereka habis belajar. Qalisya yakin makin tipis peluang Qalisya bertemu keluarga Mawar. Mawar hanya mendiamkan diri. Mawar tidak mahu memberi harapan kepada Qalisya. Biarlah masa menentukan untuk Allah memakbulkan keinginan Qalisya. Mawar berharap majikan ibu dan ayahnya membenarkan Mawar membawa Qalisya ke rumah agam milik majikan keluarganya.Mawar sendiri tidak rapat dengan majikan keluarganya. Membawa orang asing ke rumah agam itu umpama menempah bala.

“Sebenarnya, Sya, saya tinggi di rumah majikan orang tua saya.” Mawar sudah tidak mahu berahsia. Biarlah jika orang ingin menghina  dia hanya hidup menumpang di rumah agam milik majikannya. Dia sudah lali diejek ketika zaman persekolahannya.

“Saya minta maaf!” Qalisya berasa serba-salah kerana sering bertanya bila Mawar ingin membawanya ke kampung halaman Mawar. Qalisya jatuh cinta melihat keindah kampung Mawar semenjak terpandang gambar-gambar yang dibidik Mawar. Mawar memang berbakat andai menjadi seorang jurugambar profesional. Qalisya tahu itulah cita-cita Mawar walaupun mereka belajar dalam bidang pendidikan di universiti.

“Awak jangan risau. Nanti saya minta kebenaran majikan saya. Lagipun majikan orang tua saya baik!”

Mawar akui majikan yang memberi tempat mereka berteduh seorang yang baik dan lembut.Cuma dari segi jiwanya mungkin tersimpan duka lama yang terpendam, majikan orang tuanya sering menjerit-jerit seorang diri di dalam kamarnya. Apabila Mawar bertanya kepada ibunya, ibunya memberitahu majikan mereka mengalami tekanan perasaan lantaran kematian suami dan anaknya beberapa puluh tahun yanglalu. Mawar mengerti. Siapa tidak gila kehilangan orang yang disayangi.

Qalisya melemparkan senyuman kepada Mawar. Qalisya berharap dapat menjejak kaki kekampung Mawar walaupun hanya untuk sekali dalam hidupnya .Akhirnya, Mawar dan Qalisya lena dibuai mimpi.

***

Senah sukar melelapkan mata. Kejadian gelas terjatuh dari meja pagi tadi menghantuinya. Dengkuran Megat disebelahnya tidak dihiraukan. Hati Senah resah semenjak kebelakangan ini. Kejadian pagi tadi masih tidak diketahui oleh Megat.Kematian penghulu Kampung Lembah Perbatasan masih menjadi bualan. Sebaik sahaja Megat mengatahui kematian Tok Man, Megat segera bertemu dengan Seri untuk meminta izin menziarahi Tok Man. Seri memberi kebenaran tanpa banyak soal.Disaat orang kampung meratapi pemergian penghulu yang disayangi, Seri dilihat tidak mempedulikan khabar tergempar itu. Senah tahu Tok Man sudah lama sakit. Senah tahu angkara itu adalah angkara Seri tapi Senah tidak mampu memberitahu sesiapa bimbang Seri mengamuk padanya.

Senah mengejutkan Megat. Megat bangun terpisat-pisat menggosok matanya. Senah resah.Megat memandang Senah dengan pandangan yang kosong kerana masih berasa kantuk.

“Senah,awak masih belum tidur?” tanya Megat dalam keadaan mamai.

“Saya tidak boleh tidur, abang.” Senah duduk di birai katil. Hatinya resah. Matanya terpandang gambar anak gadisnya yang diletakkan dalam bingkai gambar. Saat terpandang wajah anak gadis suntinya Senah berasa sayu.

“Kenapa? Senah tak sihat ke? ” walaupun Megat seorang suami yang sentiasa mengajar Senah berfikiran positif, jauh dari sudut hati Megat dia amat risaukan kesihatan Senah.Jika terlalu banyak berfikir Senah mudah jatuh sakit.

“Abang,saya rasa Seri dengar perbualan kita pagi tadi!” mata Megat terbuka luas.Terdetik perasaan bimbang jika perbualan antara dia dan isterinya didengari Seri. Megat tidak mahu majikannya terasa hati.

“Bagaimana dia tahu? Dia mengintai kita ke?” Megat mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“DIA mencuri dengar perbualan kita.” Senah sengaja menekan perkataan ‘DIA’. Semakin hari Senah semakin tidak betah tinggal disitu.

“Awak jangan buat cerita Senah. Tak baik berprasangka!”

“Abang nak tahu selepas kita berbual pagi tadi dan abang ke halaman rumah, tiba-tiba sahaja gelas di atas meja jatuh pecah, bang.” Senah mengadu. Megat menggerutkan dahinya.

“Mungkin awak terlanggar meja, sebab itulah gelas itu jatuh!” Megat membuat kesimpulan.Lagipun badan Senah yang agak gempal tidak mustahil jika Senah terlanggar meja lalu gelas tergolek jauh ke atas lantai tanpa disedari oleh Senah.

“Abang,semua cerita saya abang tidak percaya. Nanti suatu hari nanti abang akan tahu juga kebenarannya. Kematian Tok Man itu bukan kerana sakit biasa-biasa!” Senah merebahkan kembali tubuhnya di atas tilam empuk.

Dia tidak menyalahkan Megat andai Megat tidak mempercayainya. Cuma sikap Megat acuh tidak acauh menyakitkan hati Senah. Senah tidak berani menceritakan kejadian dia mencuri masuk ke dalam rumah kecil di belakang rumah agam mereka duduki. Sungguh! Senah tidak sengaja. Senah masih ingat segala yang dilihatnya di dalam rumah kecil yang kelihatan agak usang. Kemenyan! Sisa darah! dan bulu roma Senah meremang saat menghampiri salah satu bilik berkunci di dalam rumah kecil itu membuktikan Seri bukanlah seorang yang baik. Menyedari kesilapannya menceroboh tempat yang dilarang Seri menyedarkan Senar untuk segera meninggalkan rumah kecil yang berada di belakang rumah banglo milik Seri. Menurut kata-kata arwah ibunya, rumah kecil itu asalnya stor untuk menyimpan barang-barang. Kemudian, diubahsuai dijadikan rumah untuk disewa oleh rakan arwah suami Seri yang dikatakan hidup melarat setelah ditipu dalam perniagaan. Namun, setelah kematian rakan arwah suami Seri akibat membunuh diri tiada sesiapa yang berani tinggal disitu lagi.

Ketika dia bekerja dengan Seri semasa zaman anak gadis lagi Senah tidak pernah mengambil tahu segala perbuatan Seri. Dulu Senah hanya membantu ibunya yang bekerja di rumah Seri ketika waktu siang sahaja. Pada waktu malam, Seri dan ibunya akan pulang ke rumah mereka yang terletak di kawasan jalan masuk kampung. Di situ, kawasan kejiranan, penduduk kampung hidup aman dan riuh-rendah dengan suara orang-orang kampung berbanding rumah Seri yang terletak agak jauh dari kawasan kejiranan. Selepas arwah ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan, rumah yang diduduki keluarga Senah diambil oleh adik bongsu ibunya. Rumah itu rumah pusaka dan adik-beradik lelaki ibunya yang seramai lima orang lebih berhak ke atas rumah pusaka bapa mereka. Seri mengalah. Adik-beradik arwah ibunya juga mengatur jodohnya dengan Megat. Mujur Megat seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Senah bahagia walaupun awal perkahwinannya tanpa ada perasaan cinta terhadap Megat. Lama-lama Senah jatuh sayang pada Megat.

Megat menyambung kembali lenanya yang telah diganggu oleh Senah. Tidak lama kemudian, terdengar dengkuran Megat. Senah masih belum mengantuk. Segala peristiwa mashin berlegar di fikirannya.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh