Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
Ninie Othman
31/5/2017 11:40:34
25,602
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
PROLOG


LEMAN menggigil-gigil di dalam selimut.Pak Majid dan Mak Mah betul-betul bimbang dengan apa yang menimpa anak bujang mereka ini. Sejak malam semalam Leman bagaikan diserang demam panas. Suhu badannya juga semakin meningkat. Sudahnya dia terketar-ketar di dalam bilik dan kadangkalanya meracau teruk. Pak Majid sudah membawa anaknya ke klinik malah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Semuanya okey. Takde apa yang perlu dirisaukan.”

Itu jawapan doktor apabila ditanya dan jawapan itu dibuat selepas beliau melakukan pemeriksaan yang sangat teliti keatas Leman. Memang tiada apa-apa yang perlu dirisaukan dan doktor mengesahkan Leman sihat walafiat. Jika tiada apa-apa, kenapa anaknya demam teruk seperti itu? Inilah yang menjadi kebimbangannya.

“Ada setan pak! Ada setan!” Leman mulai meracau-racau di dalam bilik. Pantas menghentikan lamunan Pak Majid. Dia dan isterinya meluru masuk ke bilik.

“ALLAH, kita kena bagitau Tok Ketua ni bang. Dah makin teruk saya tengok si Leman ni,” ujar Mak Mah dengan suara cemas.

Pak Majid berlalu keluar untuk menelefon Tok Ketua. Jika doktor tidak dapat mengesan apa yang berlaku maka ada sesuatu yang halus sedang mengganggu anaknya itu. Dia pasti dengan apa yang sedang bermain di kepalanya. Memang tidak salah lagi.

“Aku akan datang dengan Tok Guru Semail sekarang.” Tok Ketua berkata sebelum mematikan talian.

Pak Majid kembali ke bilik Leman untuk melihat keadaan anaknya yang semakin kuat meracau.

“Setan pak, setan!”

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.