Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,199
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 28
Hakim tersenyum riang hari ni menuju ke pejabat. Segalanya yang dirancang sudah disempurnakan. Harapannya hanya satu, melihat Shah Iskandar menikmati ‘buah tangan’ dari Siam pada hari ni. Perjalanan menuju ke pejabat seakan terlalu sekejap. Dia keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk pejabat. Hakim tidak sabar hendak melihat reaksi musuh ketatnya itu. Dia mahu musuhnya melutut kepadanya memohon maaf dan memohon simpatinya nanti apabila rancangannya berjaya.
Dia melalui di hadapan bilik Shah Iskandar, masih gelap.
“Belum sampai lagi agaknya” bisiknya sambil tertawa kecil.
“Kau tahulah nanti Shah Iskandar. Terimalah akibat apabila cuba bermain dengan ‘api’ “ ucapnya perlahan.
Lima minit kemudian, Shah Iskandar tiba ke pejabat. Dia terkejut melihat kereta Hakim ada di pejabat. Tayar keretanya seakan berlumpur. Shah Iskandar sudah dapat meneka siapa yang datang ke rumahnya malam tadi. Melalui kesan tapak kaki dari rumahnya itu dia dapat mengesan sebuah kereta yang di tinggalkan tidak jauh dari rumah dia. Mungkin Hakim yang datang ‘menanam’ tangkal sihir yang cuba hendak dikenakan ke atasnya.
Walaubagaimanapun, tangkal sihir tersebut telah berjaya dikeluarkan dan dibuang dengan bantuan abah semalam.
Cuma yang menjadi tanda tanya siapa yang melakukan perkara terkutuk berkenaan.
Shah Iskandar menutup pintu kereta dan berjalan menuju ke pintu masuk pejabat sambil matanya meliar memandang sekitar kawasan. Mulutnya masih membaca sesuatu sehinggalah dia menolak pintu kaca untuk masuk ke dalam pejabat.
Shah Iskandar menyapa seorang perempuan di kaunter pertanyaan. Perempuan berkenaan membalas sapaan Shah Iskandar sambil mengukir senyuman manis.
“Saya nak tanya, Encik Hakim dah masuk kerja ke hari ini?” Soal Shah Iskandar kepada perempuan itu.
“Saya tak pasti Encik Shah sebab saya baru sahaja buka kaunter ni” balasnya.
“…Tapi saya ada nampak kereta Encik Hakim kat luar tadi…” balasnya lagi.
“Okay, takpa. Terima kasih” ucap Shah Iskandar.
Aku kini berjalan menuju ke bilik aku. Biasanya aku lah yang selalu sampai awal dari Hakim. Tapi hari ni, dia memecah tradisi untuk datang lebih awal dari aku.
“Ini mesti ada sesuatu yang aku tak tahu” bisik hati Shah Iskandar.
Namun dia terus sahaja berjalan menuju ke biliknya. Dalam perjalanan itu, dia menegur beberapa orang lagi pekerja syarikat yang sudah masuk memulakan kerja di workstation masing-masing.
Akhirnya dia tiba di hadapan biliknya. Dia memerhatikan keadaan di sekitar pintu tersebut. Puas di kesan sebarang kecurigaan yang mungkin ada tetapi dia tidak nampak sebarang benda atau tanda-tanda yang pelik-pelik.
Dia mengeluarkan kunci dan membuka pintu bilik pejabatnya. Mulutnya masih terus membaca sesuatu. Sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik ofisnya, bulu romanya terus naik mendadak.
Shah Iskandar merasakan ada sesuatu di dalam biliknya. Pintu bilik ditutup dan dia berjalan perlahan menuju ke mejanya. Sementara itu matanya cuba mencari sesuatu.
Dia meletakkan begnya di tepi meja. Dia kemudian menarik kerusinya dan memerhatikan dengan penuh cermat keadaan di atas kerusi itu sebelum mengambil keputusan untuk duduk.
Dia menekan menghidupkan komputernya dan mula duduk.
Kemudian dia melihat di atas mejanya penuh dengan fail-fail yang terpaksa ditinggalkan pada hari itu kerana kecemasan. Pada masa itulah dia merasa sakit kepala yang teramat sangat.
Dia mencapai begnya dan mencari minyak cap kapak. Setelah itu dia menuang sedikit ke atas jarinya sebelum menyapu ke bahagian kepala.
Dia menyandarkan badannya dan mula menyentuh tangannya di ubun-ubunnya. Dia membaca ayat yang abah ajar untuk melegakan sakit kepala. Matanya mendongak ke atas lampu. Dia terlihat sesuatu yang sangat asing. Sesuatu di dalam uncang berwarna hitam diletakkan di celah lampu biliknya. Shah Iskandar bangun dan cuba mencapainya.
Uncang itu di tarik keluar dan dibawa turun. Dia meletakkannya di atas mejanya. Ada bau yang kurang menyenangkan keluar dari uncang itu. Dia merenung uncang itu. Terdapat seperti ada mentera di tulis di kain itu. Tulisannya mirip tulisan siam.
“Eh..ni mainan bomoh siam ni..” ucap Shah Iskandar kerana dia pernah melihat uncang yang sedemikian rupa semasa menemani abah mengubat saudaranya yang sakit suatu masa dahulu.
Shah Iskandar mengambil sesuatu dari dalam begnya iaitu sebuah botol kecil. Dia kemudian membaca sesuatu sebelum memasukkan uncang misteri tersebut ke dalam botol berkenaan dan kemudian ditutup kemas.
“Siapa yang letak benda ni dalam bilik aku agaknya?” soal Shah Iskandar sendirian.
Shah Iskandar meneruskan rutin hariannya sepanjang hari tanpa gangguan.
Petang itu selepas keluar dari pejabat, dia terus ke rumah abah kerana sudah berjanji untuk bertemu dengan orang tua tersebut semalam.
Dalam waktu yang singkat aku sudah berada di rumah abah. Dan setelah bersiap-siap kami beredar dari rumah abah ke rumah abang Kimi. Dalam perjalanan itu, aku beritahu apa yang terjadi di pejabat, perihal uncang yang aku temui di dalam bilik pejabat dan juga kesan lumpur di tayar kereta rakan sepejabat kepada abah. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Botol tu bawa tak?” soal abah kepadaku.
“Ada. Dalam beg” jawabku.
Dalam perjalanan ke rumah abang Kimi kami berhenti sebentar di sebuah pantai. Abah membawa aku mencari lokasi yang sesuai untuk membuang ‘tangkal’ dan ‘uncang’ yang kami kutip di rumah aku dan di pejabat. Setelah selesai semuanya, kami kembali meneruskan perjalanan ke rumah abang Kimi.
Sementara itu, di rumah Hakim, dia tidak dapat melelapkan matanya kerana terdengar bunyi yang pelik-pelik dari dalam rumahnya sendiri. Dia merasakan ada gangguan mistik yang tidak dapat dijelaskannya dengan akal fikirannya yang waras. Dia begitu tidak tenteram. Dia merasakan ada sesuatu didalam rumahnya pada ketika ini seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan pergerakan dia.
Hakim mengambil telefon dan menghubungi rakannya di Thailand tempoh hari.
“Hello. Wei..aku nak tanya kau lah!” kuat suara Hakim di dalam telefon.
Terdengar suara dihujung talian.
“Mau tanya apa kau?” rakannya menjawab.
“Hari tu ada tak bomoh tu pesan apa-apa lagi selain dari aku kena ikut syarat-syarat yang dia tetapkan tu? “ soal Hakim.
“Macam aku bilang sama kau hari tu. Kau kena buh itu barang dekat tempatnya dan kasi dia makan itu barang juga” ulang rakannya.
“Eh…kalau tak dapat buat macam mana?” gesa Hakim pula.
“Kalau kau tak buat, nanti ‘benda’ tu cari kau lah!” balas rakannya semula.
“Maksudnnya bagaiamana?” soal Hakim lagi.
“Kau tarak faham ka? Aku cakap ‘benda’ tu nanti cari kau dan minta darah kau” jelas rakannya lagi.
“Kenapa kau tak cakap dengan aku awal-awal?” pekik Hakim.
“Aku sudah cakap sama kau, tapi kau tak mau dengar Kim” jawab rakannya sambil memutuskan talian. ‘Tut…tut…tut….tut…’
Hakim terkedu dengan tindakan rakannya. Nampaknya dia yang dalam masalah besar sekarang kerana tidak menyangka tindakannya untuk mengenakan Shah Iskandar kemungkinan besar menjerat dirinya sendiri.
Esoknya Hakim terbaring ‘kaku’ di atas katilnya dengan mata terbeliak ke atas. Tubuhnya kering kerana menurut pakar perubatan seolah-olah seluruh cecair di dalam badannya disedut keluar tanpa meninggalkan apa-apa sisa pun. Kematiannya belum dapat di tentukan kerana terpaksa di bedah siasat terlebih dahulu.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar