Home Novel Seram/Misteri Gadis Yang Hilang
Gadis Yang Hilang
Amaryllis Dahlias
22/6/2019 01:39:18
13,469
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
1
2
3
4
5
5


Sesudah aku mengatur peralatan ujikaji dan mahu keluar dari makmal. Tiba-tiba aku terdengar jeritan Professor.


Seram sejuk aku memikirkan kemungkinan dia menjerit sebegitu kuat dengan suara pitching yang lari itu.


"Alifffffff....what have you done??"


Aku yang baru nak clock out untuk tengah hari, terpaku di pintu makmal.


"Kenapa Prof?"


"Look in here.." dia menunjuk ke arah specimen dalam kaca  peti sejuk.


"Er..." aku tergamam.. apakah kesilapan aku.


"You punya nisbah darah dan anticoagulant tak betul.."


Aku mengintai ke arah kaca lutsinar fridge.


Jelas darah dalam tiub itu sudah berwarna lain macam. Apakah kerana kesilapan campuran aku? Seingat aku tadi aku telah berhati-hati mencampurkan darah specimen dengan bahan itu.


"Arghhhh.." aku menggaru kepala. Professor kelihatan agak bengang. Mungkin dia keciwa dengan aku yang dipercayainya.


"Damn," aku bakal di black list,


Lepas itu, sudahlah aku kena bamboo dgn professor sebab aku spoilkan specimen untuk ujikajinya.. tengah hari pula aku makan di cafetaria ada pulak manusia ni langgar aku. Habis tumpah barang makanan dan kotor pakaian aku.Mujur awek tu comel. Kalo tidak mahu aku bertinju kat cafe.  Aku pergi ketandas di hujung kafetaria. Mahu saja aku balik terus tapi dah la pagi tadi akubuat salah dengan profesor. Skrg aku nk bagi dia jadi hntu mngamuk sakan org tua tu kalau aku minta balik separuh hari. Well.. aku setelkan saja kejap dan balik makmal. Tak mungkin aku nk berjalan sepanjang koridor dgn baju berlemuih dgn sambal kari. 

 

Melangkah masuk aku terus basahkan bahagian baju yang kena sambal. Mata aku fokus pada sambal tu. Dlm tu ada 3 cubicle. Tapi tah kenapa rasa tak sedaphati nk masuk tandas. Masa masuk tu berselisih dgn ada mamat sorg nk baru selesai keluar tandas mungkin di kubikel paling depan. Kubikel hujung tu tertutup mungkin janitor tak cuci la gamaknya. Aku baru nak masuk tandas yg pertama tetiba ada lelaki tergesa-gesa masuk. Lega juga la ada geng nk membuang. Tapi aku tak selesa pulak nak masuk tandas kalau ada org baru lepas membuang. Bau dia tertinggal. Jadi aku kena tunggu dulu. Tandas kubikel tengah pun ok tapi aku rasa mcm seram2 je masih teringat tayangan cerita hantu kat pamggung... hmm aku bukan la penakut sgt. Tapi...

 

Well mamat tadi flush jamban then keluar. Aku teragak nk masuk tunggu bau dia hilang dulu. Tapi perut memulas pulak. So aku bantai je lah tahan hidung.

 

Tak smpai seminit aku masuk tandas pertama aku dengar ada org masuk tandas kubikel tengah. Heh lega lah jugak. Ada geng nk memerut..

 

Tapi... baru nk bukak seluar aku mcm terdengar bunyi mcm hari tu..."Aliff....tolong aku.." mcm bunyi angin lalu.. tapi .. arghh jantung berdegup kencang. Punya banyak tempat ,kau nak timbul time aku nak membuang kau muncul. 

Resa ku terhenti. Terus cancel. Aku harus beredar sebelum kejadian tempoh hari di rumah, berulang lagi. Aku pakai seluar ku dengan keadaan tergesa2 dan menerkam ke arah pintu. Tapi dlm kelam kabut ketat pulak enselnya. Aku pun kecemasan dan teragak mahu mnjerit minta tolong. Aku menampar pintu tandas sekuat2 hati.Akhirnya pintu terbuka dan aku menerpa keluar. Hampir aku terlanggar seorg lelaki yg baru nak masuk. Pemuda itu memandang ke arah ku dgn wajah kehairanan. 

 

"Wei ada hantu la jmbn ni.. " kata ku padanya. 

"Bro.. aku pun rasa macam dengar la bunyi suara.."

Mamat tu terus tak jadi masuk dan ikut aku cepat-cepat beredar pergi.

 

Aku jd bingong memikirkan tentang bunyi bisikan yang aku dengar itu.

Mustahil imaginasiku semata-mata.. tak mungkin..kerana ada saksi yang mendengarnya.

 

Previous: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias