Home Novel Komedi/Romantik Komedi KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
nuroll shazlinda hairul
1/7/2014 21:35:23
121,806
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
4

4

Kelihatan di ruang tamu, Tan Sri Mikhail, Tan Sri Lukman Hakim, Zamrin Edril dan Firuz Eidil sedang rancak berbual. Manakala Puan Sri Fazura, Puan Sri Karmila dan Rania sibuk membantu Elfira menghidangkan makanan.

“Banyak betul L masak hari ni?” tanya Puan Sri Fazura.

“Saja mama. Dah lama kita tak berkumpul.”

“Firuz tu tak sihat ke L? Mama tengok pucat aje muka dia,” tanya Puan Sri Karmila pula.

“Abang demam sikit ma,” beritahu Elfira.

“Oh, patutlah nampak pucat,” ujar Puan Sri Karmila.

“Semua dah dihidang ni. Bolehlah kita panggil mereka,” arah Puan Sri Fazura.

“Abang, makanan dah dihidang. Ajaklah papa dan along makan,” arah Elfira.

“Okey sayang.”

Firuz Eidil mempelawa papa dan papa mertuanya untuk menjamu selera. Terbuntang mata Tan Sri Lukman Hakim dan Tan Sri Mikhail apabila melihat hidangan di atas meja.

“Wah, banyaknya makanan. Ini L yang masak atau Firuz yang jadi chef? Ke masak kat luar? Balik rumah tinggal panaskan aje, konon-konon macam L yang masak,” soal Zamrin Edril dengan penuh rasa curiga. Sebenarnya dia lebih kepada mahu menyakat adiknya itu.

“Hisy, apalah sayang ni... tak baik tau cakap macam tu kat L. Penat-penat dia masak, abang tuduh dia beli pulak,” celah Rania. Laju sahaja tangannya mendebik lengan suaminya itu.

Sementara itu, muncung Elfira sudah panjang sedepa gara-gara sakit hati mendengar usikan nakal abangnya itu.

“Ala, janganlah buat muka macam tu, along gurau aje. Along tahu L sekarang ni dah pandai masak. Tak comellah buat muka macam tu,” pujuk Zamrin Edril. Dia sempat menyiku adiknya itu.

“Hisy, apalah along ni. Pujuk kita tapi disikunya pulak.”

Zamrin Edril menyengih. Manakala Firuz Eidil buat-buat tak nampak. Geli hatinya melihat tingkah isteri dan abang iparnya. Nasib baik Erry Edrian tiada di situ, jika tidak makin gamatlah suasana dikerjakan tiga beradik itu.

“Ada majlis apa sampai macam ni sekali lauk-pauk yang dimasak. Special nampak gayanya ni,” celah Tan Sri Mikhail cuba untuk meredakan suasana.

“Majlis untuk meraikan kedatangan ramadan yang lagi dua hari. Selain itu, saya dan L ada hadiah istimewa untuk semua orang.”

“Hadiah istimewa?”celah Puan Sri Karmila.

“Hadiah apa tu?”soal Puan Sri Fazura pula.

Firuz Eidil dan Elfira saling berbalas pandang.

“La, sibuk main mata pulak budak berdua ni. Apa yang istimewanya tu?” tanya Tan Sri Lukman Hakim.

“Ha... kalau nak tahu apa yang istimewanya tu, kenalah makan dulu. Lepas habis makan, baru saya dan L beritahu semua orang. Boleh?”

“La... macam tu pulak.”

“Iya , macam tulah,” sampuk Elfira.

Mereka mengambil tempat masing-masing. Pujian demi pujian diterima Elfira. Mereka sungguh berselera menikmati hidangan yang disediakan. Puan Sri Karmila sendiri tidak menyangka yang kini anaknya itu sudah pandai memasak. Usai sahaja makan malan, mereka semua berkumpul di ruang tamu.

“Apa hadiah istimewa yang L dan Firuz janjikan pada kami?” tanya Zamrin Edril sudah tidak sabar.

“Along ni, memang tak pernah nak sabarkan?”

“La, mestilah. Lama tau along pendam perasaan ingin tahu tu.”

“Tak apa. Biar abang yang beritahu ya,” ujar Firuz Eidil kepada Elfira.

Elfira mengangguk.

“Hadiah istimewa tu adalah kita semua akan dapat ahli baru,” beritahu Firuz Eidil dengan riak gembira.

“Jap, maksudnya kat sini...”

“L mengandung?” celah Zamrin Edril sekaligus mematikan bicara isterinya, Rania.

“Yup! Tepat sekali,” jawab Firuz Eidil.

“Alhamdulillah,” mereka mengucapkan rasa syukur serentak.

“Wah, seronoknya tak lama lagi bertambahlah cucu kita,” ujar Puan Sri Fazura kepada Puan Sri Karmila.

“Hmm, nampaknya begitulah. Senangnya hati saya.”

Malam itu kediaman Firuz Eidil dan Elfira riuh rendah dengan berita gembira itu. Mereka sudah tidak sabar untuk menerima ahli baru dalam keluarga itu.

Previous: 3
Next: 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.