Home Novel Komedi/Romantik Komedi KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
nuroll shazlinda hairul
1/7/2014 21:35:23
121,749
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
1

Kata orang bercinta selepas bernikah itu indah. Kini aku kena percaya dengan kata orang sebab memang indah percintaan selepas bernikah tetapi dalam indah-indah percintaan kami pun, kadang-kadang rasa sengal tu tetap ada. Aku pun tak tahu kenapa? Mungkin sebab aku dan dia dah terbiasa begitu. Firuz Eidil a.k.a Mat singa, bila terkenangkan kisah aku dan dia rasa macam kelakar pulak. Ala mengaku ajelah yang korang pun sebenarnya gelak dengan keletah kamikan? Kih! Kih! Kih! Aku sendiri tak pernah sangka akan jatuh cinta dan berkahwin dengan dia. Huh! Seorang bos yang sengal dan banyak kerenah. Tapi kalau dah jodoh, lari hingga ke hujung dunia sekalipun pasti akan bersatu juga. Tak begitu?

Puas sudah dia membetulkan kedudukannya. Dari mengiring ke telentang, kemudian meniarap, selepas itu bersujud dan terlentang kembali. Semuanya serba tak kena. Akhirnya dia bangun lalu duduk bersila. Dia memandang ke arah suaminya yang sedang nyenyak tidur. Cemburu beraja di hati. Idea nakalnya mula bermain diminda. He! He! He!

Dia mengelus lembut rambut suaminya itu dengan senyuman membunga. Kemudian, hidung Firuz Eidil dicuitnya. Segera Firuz Eidil menepis cuitan isterinya. Sekali lagi Elfira mencuit hidung Firuz Eidil.

“L... janganlah kacau, kan abang tengah tidur,” rungutnya perlahan.

“Ala, bangunlah. L tak boleh tidur ni,” adu Elfira manja. Dia masih memerhati Firuz Eidil dengan bibirnya telah memuncung panjang.

Firuz Eidil tidak mempedulikan aduan isterinya. Dia terus nyenyak bahkan siap berdengkur lagi. Bertambah geram Elfira melihat suaminya itu.

“Oh tak nak layan kita eh, tak apa,” omel Elfira sendiri. Dengan langkah berhati-hati dia turun dari katil. Kemudian dia mengambil eyeliner lalu menconteng muka suaminya. Firuz Eidil yang merasakan ada sesuatu yang bergerak di mukanya, dia segera membuka mata.

“Opocot!” Elfira terkejut apabila Firuz Eidil tiba-tiba membuka mata saat dia sedang seronok menconteng muka suaminya.

“L buat apa kat muka abang ni?” tanya Firuz Eidil lembut. Sedikitpun dia tidak marahkan Elfira.

Elfira tidak menjawab sebaliknya dia hanya diam membisu. Firuz Eidil menggosok matanya. Dia memandang Elfira dengan kantuknya yang masih bersisa. Kemudian dia terus duduk. Dia menarik lembut Elfira ke dadanya. Lalu dielusnya rambut Elfira.

“L dah tak ada kerja ke conteng muka abang? Kenapa L tak tidur lagi?” soal Firuz Eidil perlahan. Dia mencium dahi isterinya.

“Manalah tahu kenapa tak boleh tidur. Tadi sayang pergi tandas, lepas tu mata ni terus segar. Pasal dah tak ada kerja tulah L conteng muka abang.”

“Okey, alang-alang sayang dah tak boleh tidur dan sayang dah pun kejutkan abang, jadi rasanya lebih afdal kalau kita buat solat tahajjud. Jadi tak sia-sialah waktu kitakan.”

“Okey, tapi tu...”

Elfira menunjukkan ke arah wajah Firuz Eidil yang telah dicontengnya sebentar tadi.

“Boleh cucikan,” jawab Firuz Eidil perlahan. Elfira menyengih. Rasa bersalah terbit di hatinya.

Firuz Eidil terus turun dari katil lalu tuala dicapainya. Dia terus menuju ke bilik air. Manakala Elfira membentangkan sejadah. Tidak lama kemudian Firuz Eidil keluar dari bilik air. Giliran Elfira pula menuju ke bilik air. Sementara menunggu Elfira selesai, Firuz Eidil membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Sebaik Elfira siap, mereka segera mengabdikan diri kepada Ilahi. Ketenangan menyelubungi hati keduanya.

“Baru pukul 3.40 pagi. Abang nak sambung tidur. L pun tidur okey. Esok nak kerjakan.”

Firuz menyelimutkan isterinya. Elfira memejamkan matanya. Tidak lama kemudian, dia terus lena. Sebaik melihat Elfira sudah lena, Firuz Eidil pula merebahkan dirinya.

“Abang, bangun!” laju Elfira menggoncangkan tubuh suaminya.

“Apa lagi ni L?” soal Firuz Eidil dengan matanya masih terpejam rapat. Dirasakan kepalanya berdenyut-denyut. Mungkin sebab terkejut akibat goncangan brutal Elfira.

“Abang, bangunlah! Dah pukul 6.55 pagi ni. Kita belum solat subuh tau!” beritahu Elfira sambil terus-terusan menggoncang tubuh Firuz Eidil.

Firuz Eidil terus bangkit. Dia memandang ke arah jam disebelahnya. Dia mengambil jam tersebut.

“Astaghfirullahalazim. Kenapa L tak kejut abang? Tengok dah pukul berapa ni?”

Eflfira menggaru kepalanya.

“Ni sedang kejutkanlah. Abang nak marah L kenapa pulak? L pun terlambat tau. Abang tu ketua keluarga patutnya abanglah yang kejutkan L,” bentak Elfira geram.

Bengang dia apabila pagi-pagi begitu telah dimarahi oleh Firuz Eidil. Laju sahaja langkahnya diatur menuju ke bilik air. Selesai membersih diri dan megambil wudhuk terus sahaja telekung disarung. Elfira terkejut apabila melihat suaminya sudah siap dengan memakai baju melayu dan kain pelekat. Tahulah dia, suaminya itu bersiap di bilik sebelah.

“Maaf, abang bukan sengaja nak marah L. Kita solat berjemaah ya,” pujuk Firuz Eidil. Dia tahu isterinya itu terasa hati dengannya.

Elfira terus mengambil tempat di belakang Firuz Eidil. Dia tidak menjawab pertanyaan Firuz Eidil walau sepatah. Malah mengangguk juga tidak. Terasa hati benar dia. Firuz Eidil sekadar mengukir senyum melihat tingkah isterinya. Dia perasan sejak akhir-akhir ini Elfira mudah sahaja terasa hati dan merajuk. Kadang-kadang hal yang kecil pun dirajuknya. Firuz Eidil terus mengimamkan solat subuh.

“L masih marahkan abang?” tanya Firuz Eidil apabila melihat isterinya masih dingin dengannya.

Elfira menggeleng. Wajah Firuz Eidil tidak dipandangnya. Dia terus menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Firuz Eidil lalu diletakkan di hadapan suaminya itu.

Firuz Eidil menarik lembut tangan isterinya. Elfira tidak melawan. Dia hanya membatukan diri.

“Abang tahu, abang salah sebab marahkan L pagi tadi. Abang minta maaf. Insya-Allah lainkali abang tak buat lagi. Janganlah merajuk lagi. Sunyilah bila tak dengar omelan isteri abang ni.”

Elfira masih tidak mempedulikan kata-kata Firuz Eidil. Dia masih seperti patung cendana.

“Yelah, orang tu dah tak sayang kita,” ujar Firuz Eidil sayu. Dia pulak yang merajuk.

“Apalah nasib, diriku yang malang oh Tuhan. Ada isteri asyik merajuk memanjang,” nyanyi Firuz tiba-tiba mengikut irama nyanyian Aziz Sattar dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok.

Elfira menahan tawanya. Matanya terkebil-kebil memandang Firuz Eidil.

“Ala sayang, janganlah macam ni. Susah abang tau. Dulu sebelum kahwin tak ada pulak perangai merajuk macam ni. Abang bukan pandai bab pujuk memujuk ni. Okey, kalau sayang masih nak merajuk dengan abang, abang cari isteri nombor dualah,” ujar Firuz Eidil sekadar menguji.

“Amboi, bukan main menggatal ya. Isteri pertama pun tak reti nak pujuk nak cari lain. Berani buatlah. Tengok apa yang L akan buat nanti,” bebel Elfira tidak semena-mena. Geram dibuatnya. Bukan nak dipujuk dirinya tapi ada hati nak tambah yang baru.

“Ha! Boleh pun bercakap. Fuh risau abang tadi. Ingatkan isteri abang ni dah bisu. Betul kata orang, perempuan ni kalau bab kahwin lagi satu confirm yang senyap pun boleh terus melenting. Jadi L dah maafkan abangkan? Ala maaflah pasal pagi tadi tu. Tak sayang kat abang ke?”

“Yelah, yelah. Abang inikan entah apa-apa tau. Ada ke pujuk cara macam tu.”

“Habis tu abang nak pujuk macam mana lagi? Sayang tu hal kecil tapi merajuknya macam hal tu besar sangat. Sudahlah abang ni bukan pandai memujuk.”

“Yelah, pagi-pagi lagi abang dah marah L tu kenapa. Kecil tau hati L.”

“Abang tak ada niat pun nak buat L kecil hati. Pasal kahwin tadi tu pun abang gurau aje. Tak akan ada wanita lain yang dapat gantikan tempat L. Abang sayang L tau. Sayang sangat.”

“L pun sayangkan abang. Dahlah cepat makan. Lepas tu boleh gerak pergi kerja. Kita dah lambat ni.”

“Aik, kita bos kat tempat kerja masing-masing. Bos boleh masuk lewat apa.”

“Abang, memanglah kita bos tapi kita kenalah tunjuk tauladan yang baik pada para pekerja. Hisy, malaslah L nak layan abang. Cepat makan cepat kita pergi.”

Next: 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.