Home Novel Komedi/Romantik Komedi KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
nuroll shazlinda hairul
1/7/2014 21:35:23
121,774
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
11

11

Pengumuman hari raya puasa baru sahaja diumumkan. Sayu hati Firuz Eidil mengenangkan Elfira. Sudah berhari-hari dia mencari isteriya itu. Namun dia tetap menemui jalan buntu. Kini dia mengharapkan agar Elfira terbuka hati untuk kembali kepadanya.

“L, esok dah raya. L kat mana? Abang harap sangat yang L akan balik esok. Abang dah masakkan ketupat, rendang daging dan lodeh. Sekarang ni abang masakkan kari ayam untuk L. Baliklah L. Abang rindu sangat pada L,” rintihnya sendirian. Air matanya tak mampu ditahan lagi. Sejak kehilangan Elfira, air matanya begitu murah.

Telefon bimbitnya berbunyi nyaring.

“L!” segera dia mencapai telefon bimbitnya. Sayangnya panggilan tersebut daripada Tan Sri Mikhail. Punah harapannya.

“Assalamualaikum pa.”

“Along buka pintu pagar ni, sekarang!” jerkah Tan Sri Mikhail tanpa menjawab salam Firuz Eidil.

Firuz Eidil tersentak. Segera mencapai remote control pagar rumahnya. Sebaik pintu pagar terbuka luas, ahli keluargannya dan mertuanya menderu masuk ke dalam rumah. Erry Edrian mendahului mereka. Tanpa berlengah, satu tamparan kuat tepat ke muka Firuz Eidil. Perut Firuz Eidil ditendang kuat. Lehernya dicekak kuat oleh Erry Edrian. Sedikit pun Firuz Eidil tidak melawan. Dia hanya merelakan Erry Edrian memukulnya.

“Angah! Sudahlah tu!” laung Zamrin Edril.

Angah melepaskan cengkamannya.

“Ikutkan hati aku, memang teruk kau, aku kerjakan! Apa kau dah buat pada L? Mana janji-janji kau nak jaga L? Kau dah lupa pesanan aku? Sampai lubang cacing pun aku akan cari kau, kalau kau sakitkan hati adik aku!”

“Angah, sudahlah angah. Bukan boleh selesai masalah dengan cara macam ni,” sampuk Puan Sri Karmila.

“Dia ni dah melampau ma. Boleh dia tak beritahu kita. Patutlah bila kita telefon L, dia tak angkat. Nasib baik Fea ceritakan semuanya. Kalau tak, sampai sudah kita tak tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka ni,” luah Erry Edrian geram.

“Sudahlah tu angah. Kita datang ni nak selesaikan masalah. Bukan nak tambah masalah,” celah Zamrin Edril. Ikutkan hati, dia juga bengang dengan Firuz Eidil tetapi dia tahu kekasaran tak boleh menyelesaikan masalah.

“Along, kenapa buat macam ni?” tanya Puan Sri Faizura. Riak kecewa jelas terpamer di wajahnya.

Firuz Eidil terduduk. Dia rela dipukul, dimarahi atau apa sahaja yang Erry Edrian lakukan padanya. Dia tahu, itu semua salahnya. Air matanya semakin lebat gugur ke pipi. Badannya terhinggut-hinggut.

“Bau kari. Bos masak kari ke?” celah Sofea spontan sebaik hidungnya menghidu bau kari.

Firuz Eidil baru teringat yang dia sedang masak kari ayam. Segera dia berlari ke dapur. Puan Sri Faizura, Puan Sri Karmila, dan Sofea turut menuju ke dapur. Mereka melihat Firuz Eidil mengacau kuah kari.

“Along masak ke ni?”

Firuz Eidil memandang ke arah Puan Sri Faizura. Kemudian dia mengangguk.

“Along, harap sangat yang L akan balik esok ma. Dia nak sangat makan masakan along.”

Sofea bersimpati dengan Firuz Eidil. Dia dapat melihat keadaan Firuz Eidil yang tidak terurus. Sejak beberapa hari ni, tiada lagi senyuman dibibir bosnya tu. Hanya air mata dan wajah suram serta mata yang sembap, yang menghiasi hari-hari bosnya itu.

“Biar mama tolong along,” pinta Puan Sri Faizura.

“Tak apalah ma. Biar along yang buat. Mama pergilah duduk depan. Nanti along datang.”

“Kalau dah begitu yelah.”

Mereka bertiga menuju ke ruang tamu.

“Kesian dia bang. Susah payah dia masak untuk L,” beritahu Puan Sri Karmila kepada suaminya.

“Biarkan dia rasa susah. Geram angah tengok dia,” ujar Erry Edrian dengan nada yang masih tinggi.

Uncle faham perasaan Erry. Uncle malu dengan keluarga L.”

“Bukan salah uncle. Biasalah, mereka tu masih nak sesuaikan diri hidup bersama. Lagipun tak sampai setahun mereka berkahwin. L tu pun, masih kebudak-budakkan lagi,” ujar Zamrin Edril. Dia tidak mahu Tan Sri Mikhail berasa bersalah.

Tidak lama kemudian, Firuz Eidil muncul di ruang tamu beserta dengan minuman.

“Jemput minum,” pelawa Firuz Eidil. Dia mengambil tempat di sebelah bapa mertuanya, Tan Sri Lukman Hakim.

“Kenapa boleh jadi macam ni Firuz?” soal Tan Sri Lukman Hakim lembut.

“Maafkan Firuz pa. Firuz tahu, salah Firuz. Kalau tak, L tak akan tinggalkan Firuz,” ujarnya dengan mencium tangan Tan Sri Lukman Hakim. Air matanya gugur buat sekian kalinya.

“Sudahlah tu, perkara dah jadi. Sekarang ni papa nak tanya betul-betul dengan Firuz...”

“Tanya apa pa?”

“Firuz masih sayangkan L ataupun tak?”

“Pa, sesungguhnya Firuz cinta dan sayangkan L sepenuh hati Firuz. Cinta dan kasih sayang Firuz tak pernah berkurang. Dia nyawa Firuz. Tanpa dia, tiada kesempurnaan dalam hidup Firuz, pa. Dia adalah pelengkap hidup Firuz,” beritahu Firuz Eidil bersungguh-sungguh.

“Kalau macam tu dengar apa yang kami nak sampaikan. Sofea...” Tan Sri Lukman Hakim memberi ruang kepada Sofea untuk berbicara.

“Sebenarnya bos, L selamat. Dia ada di kampung Airel. Maaf sebab saya tak berterus-terang. Ini semua atas permintaan L sendiri. Bila saya lihat keadaan bos, saya yakin bos tak maksudkan apa yang bos cakapkan pada L. Saya nampak betapa bos cintakan L. Sebab tu, bila angah telefon saya tanya pasal L, saya terpaksa berterus-terang apa yang berlaku antara bos dengan L. Maafkan saya bos.”

“Alhamdulillah. Terima kasih Fea. Saya tahu awak cuma menjaga amanah L. Sekurang-kurangnya saya tahu dia dalam keadaan baik. Awak boleh bawa saya jumpa diakan?”

“Boleh bos.”

“Apalagi tercegat kat sini, pergilah siap. Kami tunggu ni!” sampuk Erry Edrian.

Terkejut Firuz Eidil dijerkah begitu. Erry Edrian masih serius.

“Okey, tapi lauk...”

“Tak apa, biar kami ni yang uruskan,” celah Puan Sri Karmila.

“Terima kasih ma.”

Firuz Eidil segera menuju ke biliknya. Sementara itu semua mata tertumpu ke arah Erry Edrian.

“Apa?” soalnya tidak puas hati. Dia buat muka bersahaja. Kemudian bibirnya menguntum senyuman. Mereka kemudian memecah tawa.
Previous: 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.