Home Novel Komedi/Romantik Komedi KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
nuroll shazlinda hairul
1/7/2014 21:35:23
121,761
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
5

5

“Penatnya!” adu Elfira kepada Firuz Eidil. Dia mengurut perlahan buku lalinya yang lenguh akibat berdiri terlalu lama.

“Kesian isteri abang ni. Penat ya. Meh abang urutkan.” Firuz Eidil mengambil minyak urut lalu disapu ke kaki isterinya lalu diurut perlahan.

“Terima kasih abang,” ucap Elfira lembut.

Seusai Firuz Eidil mengurut Elfira, dia menuju ke almari. Dia mengambil paper bag lalu diserahkan kepada Elfira.

“Ini untuk sayang,” ujarnya sambil menghulurkan paper bag tersebut kepada Elfira.

“Untuk L? Tapi untuk apa?”

“Sempena berita gembira dan kehadiran ramadan pertama kita.”

“Terima kasih abang.”

Elfira melihat isi di dalam paper beg tersebut lalu dikeluarkannya.

“Tudung?”

Firuz Eidil mengangguk.

“Abang tak paksa tapi berharap untuk L pakai tudung. Isteri abang pasti lebih cantik bila pakai tudung.”

“Err... L sekarang ni tak cantik ke?”

“Cantik, tapi lebih cantik kalau L berhijab.”

“Terima kasih abang. Insya-Allah L pasti akan pakai.”

“Tak nak cuba dulu ke?” tanya Firuz Eidil.

“Esok boleh? L mengantuk sangat ni.”

“Boleh sayang.”

Elfira mengiring menghadap Firuz Eidil. Perlahan-lahan matanya terpejam rapat. Firuz Eidil sekadar tersenyum melihat tingkah Elfira. Perlahan matanya turut terpejam sama.

Elfira terjaga dalam keadaan mengejut. Dia melihat jam di sisinya. Baru jam 3 pagi. Elfira terpandangkan paper bag yang diberikan Firuz Eidil. Elfira turun dari katil lalu mendapatkan papaer bag tersebut. Tudung yang dihadiahkan kepadanya dicuba.

Elfira mengambil topi kegemarannya, lalu disarungkan tudung yang diberikan oleh Firuz Eidil kepadanya. Puas dia menelek penampilannya di cermin. Elfira mengukir senyuman nakal. Dia mendapatkan Firuz Eidil yang sedang nyenyak tidur.

“Abang, bangun! Bangunlah!” Elfira menggoncang tubuh Firuz Eidil.

“Kenapa ni L?” tanya Firuz Eidil yang masih mamai.

“Tengoklah ni. Bukalah mata tu. Abang...” rengek Elfira lagi.

“Iya sayang.” Firuz Eidil membuka matanya. Dia terpisat-pisat memandang ke arah Elfira.

“Cantik tak?” tanya Elfira.

Bulat mata Firuz Eidil melihat Elfira. Hilang terus kantuknya. Entah mengapa, tiba-tiba rasa marah menyelinap di hatinya.

“L kejutkan abang, semata-mata untuk ini ke?” Dia cuba mengawal intonasinya. Namun riak tidak puas hatinya jelas ketara.

Elfira menyengih, kemudian mengangguk.

“L... tak kelakar tahu tak? Abang penat sangat ni. Lagi satu, gila ke apa? Mana ada orang pakai topi lepas tu sarung tudung? Fesyen kartun ke apa?” jerkah Firuz Eidil.

Wajah ceria Elfira bertukar mendung. Pandangannya dikalihkan daripada bertentang dengan Firuz Eidil. Hatinya terguris. Manakala Firuz Eidil sedikit pun tidak mempedulikan perubahan riak Elfira. Dia terus merebahkan kembali tubuhnya. Matanya terus terpejam rapat. Elfira hanya memerhati tingkah suaminya. Kemudian dia menuju ke depan cermin.

“Tanya pun nak marah. Entah apa-apa. Comel apa macam ni. Ada ke patut cakap fesyen kartun. Selfie pun okey jugak ni.”

Elfira terus mengambil telefon bimbitnya lalu ditangkap gambarnya sendiri.Setelah itu, dia menghantar gambar tersebut ke whatsapp Firuz Eidil. Kemudian dia mengambil telefon bimbit Firuz Eidil lalu menjadikan gambarnya itu sebagai wallpaper.

“Abang bangun! Kita tak sahur lagi ni?” Elfira menggoncangkan tubuh suaminya.

Kenapa aku rasa macam pernah lalui aje situasi ni? Kat mana iya?

“Abang bangunlah!” kali ini Elfira meninggikan sedikit suaranya.

Firuz Eidil membuka matanya.

“Hah! Kan dah kata macam pernah lalui peristiwa ni!”

“Apa yang abang merepek ni? L kejutkan abang untuk sahurlah.”

“Yelah tu, bukan sebab nak tunjuk apa yang melekat kat kepala tu?”

Elfira meraba kepalanya. Baru dia tersedar yang dia masih memakai topi dan tudung. Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia menjadikan gambarnya sebagai wallpaper di telefon bimbit Firuz Eidil, lepas tu dia terus tidur. Elfira menyengih.

“Apa sengih-sengih. Rimaslah abang dengan L ni! Cubalah matang sikit.”

“Abang ni kenapa? Dari malam tadi asyik nak marah L aje.”

“Macam mana abang tak marah, L buat perangai budak-budak.”

“Malas L nak layan. Bangun sahurlah. Kita dah lambat ni!”

“Ala, abang tak laratlah L. Kepala abang ni berat sangat. L bawalah naik makanan.”

“Ha? Nak bawa naik makanan pulak! Macam mana ni?” soal Elfira. Mukanya digaru.

“Nak bawa naik makanan pun tak tahu? Pergi dapur, ambil makanan bawa ke sini,” ajar Firuz Eidil.

“Hisy, L tahulah! Okeylah L bawa naik,” putusnya. Geram dia dengan tingkah Firuz Eidil.

Kelam kabut Elfira turun dari katil lalu berlari menuju ke dapur. Tangannya lincah membuat teh o suam. Kemudian dicapainya kurma dan air masak. Kakinya diatur pantas menuju ke bilik. Sebaik tiba di bilik, dia melihat Firuz Eidil masih lagi berselimut.

“Abang bangunlah. Nanti kita tak sempat sahur.”

Firuz Eidil mencelikkan matanya. Wajahnya kelat. Elfira memberikan tiga biji kurma dan air teh o suam kepada Firuz Eidil.

“Ini aje?”

“Ha’ah ini aje. Tengoklah jam tu dah pukul berapa. Lagi seminit dua nak azan dah. Makan ajelah apa yang ada. Eh, Rasulullah pun bersahur dengan kurma aje tau. Tak demand pun,” laju Elfira menutur bicara. Geramnya masih bersisa.

Firuz Eidil tidak menjawab sebaliknya dia meneruskan kunyahannya. Sebaik dia selesai membaca doa, azan berkumandang.

“Fuh, nasib baik sempat bersahur. Kalau tidak tentu kita rugi jika terlepas sahur. Al Bukhari dan muslim ada meriwayatkan, Sabda nabi s.aw: Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan,” ujar Elfira dengan rasa penuh syukur. Namun nadanya seakan memerli Firuz Eidil. Tapi apa motifnya memerli suaminya itu. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia jadi begitu.

Firuz Eidil yang mendengarnya mengukir senyum. Tidak semena-mena dia berlari menuju ke bilik air. Elfira terkejut beruk dengan tindakan suaminya itu.

“Okey, morning sickness,” ujar Elfira bersahaja lalu mendapatkan Firuz Eidil. Dia mengurut lembut belakang tubuh Firuz Eidil.

Firuz Eidil memandang ke arah Elfira. Dia merasakan tubuhnya tidak bermaya. Elfira menunjukkan rasa simpatinya. Dia segera membantu suaminya itu menuju ke katil.

“Abang rehat dulu. L pergi buatkan bubur. L tengok abang dah tak bermaya ni.”

Firuz Eidil terus memejamkan matanya. Dalam diam, Firuz Eidil berasa bersalah dengan Elfira.

“L,” panggil Firuz Eidil sambil memegang erat pergelangan tangan Elfira.

Elfira menoleh ke arah Firuz Eidil.

“Abang minta maaf. Abang tahu abang tak patut cakap yang bukan-bukan pada L.”

“Okey.” Hanya sepatah yang dijawab oleh Elfira. Dia kemudian berlalu meninggalkan Firuz Eidil. Sampai ditingkat bawah, dia membuka tudung dan topinya.

“He! He! He! Minta maaf pun. Lalalalala...” dia bernyanyi kecil.

Previous: 4
Next: 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.