Home Novel Komedi/Romantik Komedi KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
nuroll shazlinda hairul
1/7/2014 21:35:23
121,817
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
3

3

“ALHAMDULILLAH, hasil pemeriksaan saya, Encik Firuz tak mengalami keracunan makanan. Dia cuma sedikit demam,” beritahu Doktor Hamzah dengan penuh yakin.

“Doktor pasti?” tanya Elfira kurang yakin dengan apa yang diperkatakan oleh Doktor Hamzah.

“Saya pasti Puan.”

“Kalau dia demam aje, kenapa teruk sangat keadaan suami saya. Dah naik lembik badannya doktor. Risau saya.”

“Puan, suami puan hanya demam.”

“L, doktor kata abang cuma demam ajekan,” ujar Firuz Eidil menenangkan hati isterinya.

“Tak adalah dah separuh nyawa L tengok keadaan abang. Tak akan demam aje.”

“Puan, boleh saya tanya soalan peribadi sikit?”

“Soalan apa doktor?”

“Bagaimana aturan haid puan sejak akhir-akhir ini?”

“Kenapa? Apa kena mengenanya pulak? Yang sakit tu suami saya, bukan saya.”

“Saya cuma nak tahu aje. Mungkin berkaitan.”

“Kalau ikutkan dah sebulan lebih saya tak datang haid.”

Doktor Hamzah mengukir senyum.

“Saya minta puan untuk menjalani ujian kehamilan.”

“Ha?” Elfira dan Firuz Eidil saling berbalas pandang.

Doktor Hamzah mengangguk. Dia menyerahkan satu botol kecil kepada Elfira.

Sementara Elfira ke bilik air, Firuz Eidil memandang Doktor Hamzah dengan wajah pelik.

“Kenapa Encik?” tanya Doktor Hamzah. Rimas pulak dia apabila dipandang begitu.

“Apa kaitan saya demam dengan ujian kehamilan tu doktor?” tanya Firuz Eidil kebingungan.

Doktor Hamzah menguntum senyum. Firuz Eidil bertambah pelik. Dia yang sedang keliru semakin keliru.

“Begini, sebelum ni ada kes di mana si isteri tak sedar dia mengandung. Mungkin sebab sebelum berkahwin dia tidak mempunyai aturan haid yang tetap. Jadi dia menganggap jika terlewat datang haid itu perkara biasa. Si suami pulak mengalami alahan yang teruk, seperti apa yang Encik Firuz alami sekarang. Bila dia check kehamilan rupa-rupanya isteri dia mengandung. Sebab tu saya minta isteri Encik Firuz untuk buat ujian kehamilan.”

“Oooo...” Firuz Eidil mengangguk tanda mengerti. Hatinya berbunga-bunga andai apa yang diterangkan oleh Doktor Hamzah menjadi kenyataan.

Elfira masuk ke bilik lalu diserahkan botol itu kepada Doktor Hamzah. Mereka sabar menanti keputusan daripada Doktor Hamzah.

“Tahniah Encik Firuz, Puan Elfira hamil tujuh minggu,” beritahu Doktor Hamzah.

Firuz Eidil dan Elfira saling berbalas pandang.

“Iya ke doktor?” tanya Firuz Eidil dan Elfira serentak.

Doktor Hamzah mengangguk perlahan tanda mengiakan.

“Alhamdulillah,” ucap Firuz Eidil dengan rasa bersyukur. Begitu juga dengan Elfira. Dia tidak sangka dia akan menjadi ibu secepat itu.

“Sekali lagi saya ucapkan tahniah,” ucap Doktor Hamzah sambil bersalaman dengan Firuz Eidil.

“Terima kasih doktor.”

“Sama-sama.”

Firuz Eidil dan Elfira keluar dari bilik Doktor Hamzah. Firuz Eidil masih mengukir senyum.

“Wah, sayang nampaknya rezeki kita bertambah nak menjelang ramadan ni,” ujar Firuz Eidil dengan wajah berseri-seri.

“Alhamdulillah, dan nampaknya macam abang aje yang nak terkena simptom alahan kali ni,” usik Elfira nakal.

“Err...” Firuz Eidil mati akal. Baru sedikit dia kena alahan pun sudah mahu lembik tubuhnya, inikan pula nak mengalaminya hari-hari? Oh tidaaakk!

“Abang okey ke tak ni? Kenapa buat muka cuak macam tu?”

“Wah, nampaknya abanglah yang kena alahan orang mengandung ni.”

“Kenapa tak reda ke?”

“Abang reda sayang. Demi L dan anak kita ni, abang sanggup lakukan apa aje. Abang lebih rela kalau abang yang menanggung alahan daripada L. Tak sanggup abang nak lihat L sakit.”

“Bila kita nak beritahu keluarga kita tentang hal ni?” tanya Elfira teruja.

“Kita akan jemput mereka datang makan malam di rumah. Lepas tu barulah kita umumkan berita gembira ni.” Firuz Eidil memberi idea.

“Okey, L setuju.” Pantas tangan Elfira menepuk lengan Firuz Eidil.

“L...”

“Opss! Sorry,tak sengaja. Teroverlah pulak. He! He! He!” ujar Elfira lantas memaut mesra lengan Firuz Eidil dengan sengihan nakal.

“Lepas ni kita terus pergi pasaraya, beli barang untuk masak makan malam ni,” ajak Firuz Eidil. Dia membiarkan sahaja tingkah Elfira.

“Abang larat ke ni? L tengok, abang pun dah tak bermaya aje.”

“Larat lagilah sayang.”

“Okey,” balas Elfira dengan riak tidak percaya. Namun dipaksa hatinya untuk yakin dengan kata-kata Firuz Eidil sebentar tadi.

Setelah mengambil ubat, mereka terus menuju ke pasaraya.

Previous: 2
Next: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.