Home Novel Komedi/Romantik Komedi Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Arief Sulivan
17/5/2018 19:09:53
31,653
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

 Sebulan yang lalu~

 

 “Andy! Siap cepat! Kejap lagi kawan papa nak datang rumah kita makan malam.” Arah Puan Sri Athira Aleeya.

 

 “Ish, mama ni, Andy tengok sedap-sedap tengok tv ni, ala, kawan papa jer pon, bukannya rombongan meminang anak mama yang jelita ni.” Andriana tetap memberi perhatian kepada kartun boboiboy yang sedang disiarkan.

 

 “Andy! Mama cakap, pergi siap sekarang! Nanti boleh tengok tv lagi, kawan papa kamu tu datang pon tak tahu bila lagi. Dah! Pergi naik mandi, pastu pakai baju yang mama dah siapkan atas katil Andy tu. 

 

 “Dahlah ada seminggu sekali jer, nak tunggu episod baru pon, asyik ulang-ulang jer episod yang sama. Kejap lagilah mama,dah nak habis ni,” Andriana tetap tidak bergerak.

 

 “Andy! Pergi siap!” Puan Sri Athira Aleeya mencapai alat kawalan jauh dan menekan butang merah. Televisyen menjadi gelap.

 

 “Mama!Andy tak habis lagilah tengok citer tu!” Andriana menghentak-hentak kaki sambil menggelengkan kepala. Buruk sungguh gayanya.

 

 “Pergi siap cepat, sekali lagi, mama datang sini, tengok Andy masih tak siap, mama suruh Pak Hassan simpan tv ni dalam stor.”Puan Sri Athira Aleeya berlalu pergi untuk menyambung memasak bersama 2 orang gajinya yang lain.

 

 “Yelah, yelah...” Andriana melangkah malas kebiliknya di tingkat 2.

 

 Dia masuk kedalam biliknya dan mandi, kemudian dia memakai blaus berwarna pink dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam yang disediakan oleh mamanya. Sangat cantik dan elegan . Jika ada acara yang penting, mesti mamanya yang akan menetapkan pakaiannya, kalau dibiarkan, t-shirt putih dengan kemaja dan jeans jugaklah yang si Andriana ni pakai.

 

 Andriana turun kebawah kemudian menuju ke sofa untuk menonton televisyen, sementara menunggu tetamu sampai.

 

 “Andy! Haa, bagus dah siap, cantik sangat anak mama ni, kalau pakai macam ni hari-harikan bagus, dapatlah mama tengok anak mama ni bercinta macam orang lain.” Puan Sri Athira Aleeya sudah membicarakan pasal cinta... Topik yang paling elergik bagi Andriana. Dia sudah putus asa dengan cinta sejak ‘peristiwa itu’ ...

 

 “Well, tengoklah siapa mamanya. So, mana papa,along dan angah? Tak nampak pon batang hidung diorang dari tadi.” Andriana terjenguk-jenguk untuk mencari papa dan abang-abangnya.

 

 “Papa, along dan angah ada di depan rumah,tengah tunggu kawan baik papa sampai.” Ujar Puan Sri Athira Aleeya. Mak aii,special nya kawan baik papa tu, sampai nak kena sambut dekat depan rumah. Kenapa tak bentang red carpet aje? Hehehe...

 

 “Assalamualaikum!” Terdengar suara asing memberi salam.

 

 “Waalaikumsalam, ehh, dah sampai? Jemput masuk... Mari duduk dekat sini.” Jemput Puan Sri Athira Aleeya apabila tetamu yang ditunggu-tunggu sampai.

 

 “Andy, ni mama kenalkan ni keluarga kawan baik papa dan mama, ini adalah Uncle Khalish , yang ini pulak Aunty Sabrina, yang cantik ni anak bongsu diorang, namanya ialah Nur Alisha Azira, dia sama umur dengan Andy. Yang handsome dua orang ni, namanya Muhammad Rayyan Firash danMuhammad Rafiq Farish.” Puan Sri Athira Aleeya memperkenalkan semua ahli keluarga kawan baik papa kepada Andriana, cuma Andriana seorang saja yang tidak mengenali mereka.

 

 “Apa khabar semua.” Tanya Andriana sambil tersenyum manis, kemudian dia bersalaman dengan Puan Sri Sabrina , Tan Sri Khalish dan Alisha. Walaupun dia bersikap gila-gila dan kurang ajar, tetapi dia tidak akan kurang ajar dengan orang yang lebih tua dan orang yang hormati dia. Jika orang hormati dia, dia pon akan hormati orang. Tapi dia tidak akan bersikap baik dengan orang lelaki muda selain along dan angahnya. Kerana ‘peristiwa itu’ ...

 

 “Wah, dah besar rupanya Andriana ni, aunty ingat lagi masa Andriana kecil dulu, Selalu jugaklah datang rumah aunty main dengan anak-anak aunty.” Puan Sri Sabrina tersenyum. Cantiknya, walaupun umur Puan Sri Sabrina sudah mencecah 50an, tetapi dia nampak seperti berumur 10 tahun lebih muda dari usianya yang sebenar.

 

 “Andy ingat lagi tak masa Andy umur 5 tahun dulu? Andy selalu sangatlah pergi rumah Aunty Sabrina main dengan anak-anak Aunty Sabrina.” Puan Sri Athira Aleeya bertanya kepada Andriana tentang peristiwa bertahun-tahun yang lalu. Of course lah dia tak ingat! Apalah mama ni.

 

 “Oh,yakah? Andy dah lupalah mama, sebab masa tu Andy baru umur 5 tahun.” Jawab Andriana. Dia memang tidak ingat, semasa dia dilahirkan sehingga dia berumur 6 tahun, dia tinggal di Sri Bangsar. Kemudian ketika berumur 7 tahun, mereka sekeluarga berpindah kerumah di Damansara yang sedang mereka diami sekarang ini, mungkin Andriana berkawan dengan mereka ketika dia masih tinggal di Sri Bangsar.

 

 “Jemput minum semua.” Mak Som datang dengan menatang dulung yang berisi minuman untuk tetamu.

 

 Mereka semua minum minuman yang disediakan.Kemudian mereka berbual dengan rancak. Andriana tidak memahami apa yang mereka bualkan. Andriana sudah tidak betah berada disitu kerana dia seorang sahaja yang tidak tahu apa yang terjadi.

 

 “Mama, Andy nak masuk bilik boleh tak?” Bisik Andriana kepada mamanya.

 

 “Jangan nak mengada-ngada. Kita ada tetamu,tak beradab kalau tinggalkan tetamu.” Puan Athira Aleeya membalas bisikan Andriana. Andriana duduk disitu seperti orang bodoh mendengar perbualan mereka semua. Sesekali dia menjawab pertanyaan yang diajukan kepada dirinya.

 

 “Puan, makan malam dah siap dihidangkan.” Kata Kak Tini yang datang dari dapur.

 

“Eh, jom, kita pergi makan dulu, lepas ini kita sambung berbual lagi.” Cadang Tan Sri Amran Shah.

 

 “Betul tu, Andy pun dah lapar ni” Kata Andriana dengan bersemangat.

 

 Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Andriana. “Apa yang kelakarnya? Aku memang lapar pun.” Ujarnya didalam hati.

 

 Mereka menuju ke meja makan dan makan. Selesai makan, Andriana pergi keluar ke kolam ikan untuk mengambil angin. Sesak dadanya bila duduk berbual dengan mereka yang lain. Satu apa pun dia tak paham.

 

 “Hai, boleh saya duduk sekali dekat sini?”Andriana menoleh kebelakang. Rayyan tersenyum kepadanya, Handsomenya. Indahnya ciptaan Tuhan.

 

 “Kenapa kau nak duduk dekat sini pulak?Pergilah cari tempat lain. Dekat sini jugaklah kau nak menyempit.” Kata Andriana tanpa memandang wajah Rayyan.

 

 Rayyan tetap mengambil tempat disebelah Andriana. Andriana buat-buat tak peduli dengan kehadiran Rayyan.

 

 “Awak masih ingat saya tak? Masa kecil dulu, awak selalu main dengan saya, saya ingat lagi.”

 

 “Kan aku dah cakap tadi, yang aku tak ingat, lantaklah kalau kau ingat pun, bukannya urusan aku.” Andriana berkata dengan kasar. Walaupun Rayyan tidak pernah membuat kesalahan pada dirinya, tetapi peristiwa 3 tahun yang lalu membuatkan dia membenci semua lelaki kerana baginya semua lelaki sama sahaja.

 

 “Awak ni garanglah, saya tanya aje, itu pun nak marah, kecil hati saya tau, dulu awak baik sangat dengan saya sampai awak cakap yang awak nak kahwin dengan saya”

 

 “Wah,wah,wah... Satu, Memang aku ni garang pun. Dua, aku tak kisah pun kalau kau kecil hati ker, besar hati ker, kembang hati ker. Tiga, itu cerita zaman kanak-kanak dululah, sapa yang nak kahwin dengan kau entah.” Andriana membuat muka kepada Rayyan.

 

 “Hehehe, awak ni comel lah, garang pulak tu,memang ciri-ciri wanita idaman saya ;) ” Rayyan mengusik Andriana.

 

 “Eh, takde maknanya, dahlah, aku nak masuk.Layan kau sampai tahun depan pun tak habis.” Andriana melangkah pergi meninggalkan Rayyan yang tersenyum manis. Haish, comelnya minah ni, kalau aku dapat siaplah kau, kata Rayyan dalam hati.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Arief Sulivan