Home Novel Komedi/Romantik Komedi Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Arief Sulivan
17/5/2018 19:09:53
31,594
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

 “Aku nak pergi makan tengahari dulu, bye!” Andriana melangkah keluar dari bilik itu.

 

 “Tunggu!” Rayyan mengejar Andriana.

 

 “Kenapa? Sekarang kan dah waktu lunch...”

 

 “Aku nak ikut kau jugak.” Kata Rayyan.

 

 “Tak boleh! Kau pergilah lunch sorang-sorang.” Halau Andriana. 


Rayyan mengekori Andriana sampai ke keretanya.

 

 “Tak kira! Aku nak ikut kau jugak.” Rayyan masuk ke dalam kereta Andriana dan duduk di tempat penumpang di sebelah pemandu ketika Andriana membuka lock keretanya.

 

 “Yelah, yelah! Kau ni memang tak boleh tengok aku senanglah.” Andriana masuk ke dalam keretanya dan terus memandu kedestinasi pilihannya.

 

 “Kau nak makan dekat mana ni?” Tanya Andriana.

 

 “Kau diam jelah, nanti kau taulah.” Andriana terus memandu. 10 minit memandu, akhirnya mereka sampai ke destinasi. Restoran Seafood Thai. Restoran kegemarannya kerana makanan disitu sangat menyelerakan.Sekali datang, pasti akan datang berkali-kali.

 

 Mereka keluar dari kereta dan mengambil tempatyang agak terpencil dari orang ramai. Manalah tau, kot- kot ada perang antara mereka, tak ker kecoh nanti? Hehehe...

 

 Seorang pelayan datang ke arah mereka. “Apa yang encik dan cik nak order?”

 

 "Disebabkan aku yang paling cantik dekat sini, biar aku orderkan makanan untuk kau sekali.” Kata Andriana kepada Rayyan.Rayyan cuma mengangguk. Sudah lama dia tidak makan makanan Thai.

 

 “Saya nak nasi putih 2, tomyam , telur dadar, sayur campur, sotong goreng tepung, daging masak merah dan kailan ikan masin,semuanya untuk dua orang makan.” Andriana membuat pesanan.

 

 “Okey, minum?”

 

 “Saya nak jus tembikai. Kau nak air apa?”Tanya Andriana kepada Rayyan.

 

 “Bagi jus tembikai jugaklah.”

 

 “Okey, tu je.” Pelayan itu pergi dari situ.

 

 “Sedap ke makan dekat sini?” Tanya Rayyan.

 

 “Of course lah sedap! Dulu masa dekat kolej dulu, selalu aku dengan kawan-kawan aku datang makan dekat sini. So, sebab kau yang gatal nak ikut, kau kena bayar.”

 

 “Okey, no problem. Duit aku berlambak-lambak,tak tau nak buat apa.” Kata Rayyan. Suka hati kaulah Rayyan oii...

 

 15 minit menunggu, makanan mereka sampai. Mereka dengan berselera. Selesai makan, Rayyan membayar makanan mereka. Kemudian mereka menuju ke kereta.

 

 “Lepas ni, kau nak pergi mana?’ Tanya Rayyan.

 

 “Nak pergi mana lagi? Balik pejabat lah, kau nak pergi mana-mana ke?”

 

 “Kerja kau kan dah siap untuk seminggu, kerja aku dah nak habis sebab papa dan abang aku yang handle syarikat kami sekarang ni. So, takkanlah nak duduk dekat pejabat je kot.”

 

 “Aku memang tak mau duduk dekat pejabat tu, tapi kau kan suka paksa aku buat kerja,mesti kau paksa aku duduk dalam pejabat tu jugak.” Andriana merasakan ada harapan untuk dia keluar dari pejabat itu.

 

 “Jom kita pergi jalan-jalan nak?” Cadang Rayyan.

 

 “Jom!” Andriana terus memandu ke Aeon, kerana itu adalah tempat membeli-belah yang paling dekat. Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang. Hehehe...

 

 Mereka pun pergi ke pasaraya untuk shopping… Di dalam kepala Andriana, dia sudah bercadang untuk mengenakan Rayyan dengan menyuruh Rayyan membayar dan membawa barangan shopping nya nanti kalau lelaki itu tidak mahu pulang naik teksi kerana mereka menaiki kereta Andriana… huhuhu.. Nasib kau lah Rayyan oii…



p/s : Sori sebab bab ni pendek gila... 

Previous: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Arief Sulivan