SEBUAH buku novel yang bertajuk Romeo dan Juliet ditutupku lalu air mata yang bersisa pada wajah terus diseka perlahan. Sebak membaca kisah cinta mereka yang begitu tragis sekali. Mereka berdua memang cinta yang sejati.
Bahuku terasa ditepuk.
Aku terus menoleh memandang wajah kawan baik aku yang berdiri di hadapanku.
"Andrea".
"Kau ni kenapa menangis beria sangat? Break lagi ke? Lelaki yang ke berapa pula?" Soal Andera dalam nada sarkastik.
Aku menolak lembut tubuh Andrea.
"Apa kau ni? Aku sedih sebab baca buku ni". Ujarku geram.
Andrea tersengih sebaik sahaja membaca tajuk yang tertera pada kulit buku.
"Aku dah pesan jangan baca cerita yang merepek kan?" Soalnya tak puas hati.
Aku muncung.
"Cerita ni best. Terharu aku bila baca cerita ni. Bila aku nak jumpa Romeo juga? Oh my Romeo". Ucapku dalam nada sendu.
Andrea memutarkan bebola matanya.
Jelas sangat bahawa dia menyampah denganku.
"Romeo macam itu tak wujud. Jom balik". Tanganku dicapainya dan aku terpaksa mengikuti langkahnya.
Andrea tak ubah seperti kakak aku.
Aku betul - betul teringin mahu mempunyai Romeo seperti Juliet.
Bak!
Tiba - tiba tubuhku dirempuh seseorang dari belakang. Sudah semestinya aku jatuh mencium tanah. Hilang first kiss aku kerana sudah dinodai tanah. Grrr!
"Kau tak apa - apa, Mie?" Soal Andrea cemas.
Aku bangun semula dengan bantuan Andrea.
Niat nak marah terus terbang apabila melihat seorang lelaki yang pernah terserempak sebelum ini.
"Maafkan kawan saya, cik berdua. Kami memang nak cepat". Ujar seorang lelaki yang berada di sebelahnya.Lelaki itu pandangku bersama senyuman sinis.
"Jalan tengok depan. Bukan pandang tanah". Sinisnya.
Aku pegang dada.
Auch!
Romeo aku terlalu sarkastik.
"Kau kenapa?" Soal Andrea risau.
Aku pandang Andrea sekilas.
Kemudian, aku pandang semula seraut wajah Romeo dan kawannya.
"Aku kena panahan cinta". Kataku bersahaja.
Andrea membulatkan mata.
Kawan Romeo itu sudah ketawa kuat manakala Romeo tayang muka menyampah.
"Jom blah!" Tangan kawan baiknya ditarik meninggalkan kami berdua.
"Selamat tinggal, cik berdua!" Ucap kawan baik Romeo itu dengan mesra. Dia melambai ke arah kami berdua dan Andrea membalas lambaian lelaki itu sehingga mereka berdua hilang dari pandangan mata kami.
Andrea pandang aku.
"Kau ni memang sengaja buat orang marahkan?" Soal Andrea.
Aku jungkit kening kiri.
"Siapa yang kata aku sengaja buat orang marah? Aku betul - betul jatuh cinta kat Romeo tu". Balasku.
"Mie! Kau baru jumpa dia tadi". Ujar Andrea separa menjerit.
Mungkin dia tak percaya apa yang aku katakan.
Well, Andrea.
"Ini orang panggil jatuh cinta pandang pertama". Jawabku penuh yakin.
Andrea pegang dahi.
"Kau memang dah tak waras". Gumamnya perlahan.
Aku tersengih senget.
Mungkin, aku tak waras atau aku memang sudah gilakan seorang Romeo itu.