“SAYANG, I miss you…” Terpana aku dibuatnya apabila dia datang mendekatiku bersama - sama senyuman sengetnya. Kenapa dia nampak terlalu menggoda untuk aku.
“Romeo?”
Tubuhku ditolaknya lembut sehingga tersandar pada dinding.
Aku terkebil - kebil memandang seraut wajah kacaknya.
Dup… dap…
Jantungku semakin berdegup dengan laju apabila melihat dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku.
Splash!
Wajahku yang terasa basah membuatkan aku segera bangun untuk menyeka air yang menghalang penglihatanku. Aku memandang seraut wajah ibu yang sudah mencekak pinggang sambil memegang baldi kecil yang kosong.
“Ibuuuu”.
“Bertuah punya anak dara! Matahari dah tegak di atas kepala pun masih tak bangum lagi. Seronok sangatlah tu kena selimut dengan kulit makhluk pink”. Bebel ibu geram.
Aku menghela nafas.
Rambut panjangku yang agak serabai diikat semula.
“Kakak baru je mimpi perkara yang best. Ibu sengaja kacau kakak”. Rungutku.
“Patutlah kamu ni masih tak ada yang berkenan. Masak pun tak pandai. Bangun pun lewat. Kemas rumah pun malas. Malang sungguh kalau ada lelaki yang ambil kamu menjadi isteri”.
“Sampai hati ibu doakan kakak macam tu. Ibu tak sayang kakak”. Rungutku sebal.
“Kamu nampak timba ni?” Baldi kecil yang dipegang ibu, ditayang dihadapanku.
“Nampak”.
“Baik kamu pergi mandi sekarang sebelum ibu baling baldi ni pada kepala kamu. Biar amnesia. Senang ibu nak format balik kepala otak kamu tu”. Bebel ibu lagi.
Aku mencebik.
Ibu ingat otak aku ni telefon ke?
“Nur Amiera Natasha!”
Urghh…
“Ya ibu?”
“Pergi mandi sekarang!” Arah ibu lagi.
“Bagi kakak lima minit”.
“Ibu kira sampai tiga. Kalau tidak memang ibu baling baldi ni pada kamu. Ibu tak kisah kamu nak menangis atau berguling sekalipun”. Ugut ibu dalam nada tegas.
Aku diam aje.
“Satu…”
Aku masih termenung memandang ibu.
“Dua…”
Aku telan liur apabila melihat ibu sudah memegang baldi itu dan bersedia untuk membalingnya ke arah aku.
Gulp!
“Ti-”.
“Okey, kakak mandi sekarang”. Akhirnya aku angkat bendera putih juga.
Ibu kalau dia cakap memang dia akan buat. Sebelum dahi aku yang cantik ini menjadi benjol, lebih baik aku pergi mandi.
Ibu tersenyum puas hati apabila melihat aku kalut mencapai tuala.
“Lepas ni temankan ibu pergi beli barang di pasar”.
“Kakak nak duduk ru-”. Hilang bicara aku untuk memberikan alasan tatkala ibu menjegilkan matanya ke arahku.
Sangat seram.
“Fine, kakak ikut ibu”. Putusku.
Ibu tayang wajah kemenangan.
“Bagus. Ibu keluar dulu. Jangan lupa cepat sikit bersiap”. Pesan ibu lantas ibu membuka langkah menuju ke arah dedaun pintu bilikku. Pintu bilikku ditutupnya dengan rapat.
Aku menghela nafas.
Ibu oh ibu.
Master dalam memaksa aku. Nasib aku lah…
+++
PAGI itu, aku keluar juga menemani ibu pergi ke pasar. Aku hanya mengenakan tudung bawal hitam, baju t-shirt merah jambu yang berlengan panjang dan juga skirt hitam labuh separas buku lali. Kelihatan sopan kan? Bukan kehendak aku untuk memakai pakaian yang sebegini. Tetapi kehendak ibu.
Jikalau aku berdegil, mahunya aku dikejarnya menggunakan rotan.
Ibu bukan boleh diteka tindakkannya.
“Kakak”. Suara ibu membuatkan aku kembali semula ke alam nyata.
Aku memandang seraut wajah ibu.
“Pergi pilihkan ikan untuk ibu. Ambil sepuluh ekor”. Arah ibu.
Aku memandang ke arah gerai yang menjual pelbagai jenis ikan dan juga daging. Automatik bibirku mula menayangkan riak jijik. Aku hendak memilih ikan? Entah hidup ataupun mati. Aku sendiri pun tak tahu. Geli hendak memegangnya.
“Ikan tu menggelikan”. Balasku ringkas.
“Geli atau tak. Kamu kena pergi pilihkan untuk ibu. Ibu ada banyak lagi barang yang hendak dibeli. So, tolong memudahkan urusan ibu. Besar pahalanya”. Ujar ibu dalam nada bersahaja.
“Tapi, kakak malaslah”.
Tajam mata ibu memanah seraut wajahku.
Gulp!
Ibu ni mafia ke sebelum dia berkahwin dengan abah? Muka garang semacam aje. Menakutkan aku betul!
“Pergi”.
Arahan ibu membuatkan aku terpaksa akur juga.
Meskipun malas, aku tetap membuka langkah menuju ke arah sebuah gerai yang menjual ikan dan daging itu. Meskipun begitu aku sendiri terpesona apabila melihat lelaki yang cukup sempurna secara fizikalnya.
Aku terus mengukirkan senyuman nakal.
Wah, bertuah betul kerana aku bertemu dengan dirinya di sini. Kali terakhir aku terserempak dengan dia dan kawannya semasa mahu pulang dari perpustakaan minggu lepas. Aku ingatkan aku tidak akan bertemu dengan dirinya lagi.
Hmm, nampaknya jodoh kami berdua masih panjang.
Awww!
Aku membuka langkah menuju ke arahnya.
“Hai Romeo”. Tegurku dalam nada manja.
Senyumannya yang mahu menggamit aku sebagai seorang pelanggan terus sahaja menghilang dari bibir merahnya malahan berganti pula dengan renungan setajam belati.
“Kau nak apa?”
“Beli ikan. Romeo fikir yang Juliet mahu mengurat Romeo?” Soalky bersama - sama sengihan mengusik.
Romeo tayang muka menyampah.
Aku memerhatikan ikan - ikan yang ada di depan mata.
Ikan apa yang ibu suruh beli ni? Semua nampak sama aje.
“Kau nak beli ikan apa?” Soal Romeo kasar.
“Pilihkan ikan yang segar - segar untuk saya. Nanti ibu marah pula kalau saya pilih yang tak segar”. Kataku.
“Ikan apa?”
“Apa - apa ikan yang boleh dimasak menjadi lauk yang sedap”. Balasku mudah.
Malas aku mahu berfikir tentang ikan.
“Lain kali dah tahu diri tu perempuan belajar sikit tentang ikan. Bukannya tahu menggedik aje”. Perlinya sambil memilih ikan untukku.
“Saya nak sepuluh ekor”. Kataku tanpa menghiraukan perliannya.
Romeo diam.
“Berapa ringgit?” Soalku apabila melihat dia membungkus ikan tersebut ke dalam dua jenis plastik yang berbeza.
“Tak payah bayar. Aku belanja”.
Mataku membulat sebagai tanda aku teruja.
“Betul ke?!”
“Aku bukan belanja kau. Aku belanja ibu kau. Aku nampak dia tengah bersusah payah bawa barang - barang yang dia beli sedangkan kau sibuk menggatal di sini. Dasar perempuan yang teruk. Malang betul siapa yang jadi suami kau nanti”. Kutuknya bersama - sama wajah mengejek.
Aku simpulkan senyuman.
“Percaya cakap saya. Suatu hari nanti awak akan jadi suami saya”. Kataku penuh yakin.
Romeo ketawa sinis.
“Jangan yakin sangat. Kau menangis air mata darah nanti”.
Aku berani cakap sebab aku betul - betul yakin yang dia akan menjadi suami aku suatu hari nanti.
“Apa - apa pun, thank you belanja saya. Bye, my Romeo!” Ucapku lantas aku berlari anak meninggalkan dia tanpa berpaling lagi. Bibirku menguntum senyuman suka.
Tak sangka betul dia bekerja di sini.
Nampaknya, selepas ini aku kena datang ke sini selalu. Kena jadi anak yang taat juga!
+++
“IBU”, Seruku sebaik sahaja masuk ke dalam dapur. Barangan itu diletakkam di atas meja makan. Ibu memandang aneh seraut wajahku.
“Kamu ini dah kenapa?” Soal ibu.
“Nanti kalau ibu nak pergi ke pasar lagi, ibu ajak kakak tau. Kakak rela angkat semua jenis barang demi ibu”. Kataku sambil tayang wajah bersungguh.
Ibu mengerutkan dahi.
“Kamu ni ada apa - apa muslihat ke?”
Aku mula tayang muncung itik.
“Takkan perempuan secantik dan secomel kakak ni ada muslihat? Kakak ini perempuan yang baik”. Kataku seraya menayangkan senyuman manis dihadapan ibu.
Ibu menjuih bibir.
“Perasan”.
Aku buat tak tahu aje.
Aku memang cantik. Ibu aje yang tak mahu mengaku yang aku ni cantik.
Ibu mengeluarkan barangan yang dibelinya tadi dari plastik. Aku memerhatikan setiap perlakuannya.
“Seronok tak kahwin, ibu?” Soalku polos.
Ibu memandang wajahku dengan renungan yang begitu tajam.
“Kamu jangan berangan nak kahwin kalau buat kerja ‘perempuan’ pun tak pandai. Kerja pun malas. Tahu jadi biawak hidup aje”.
Auch!
Bicara ibu betul - betul memedihkan hatiku.
“Lepas kahwin kakak belajarlah masak”. Bidasku.
“Kamu tu pemalas”. Sindir ibu.
“Kakak memang malas. Tapi, kakak pandai masak. Kakak tak nak tunjuk bakat kakak sebab kakak takut jadi riak”.
“Pergi kerja pun kamu tak mahu”.
“Nanti kakak pergi cari kerja. Kakak akan buktikan kakak ini perempian yang rajin”.
“Jangan jadi tin kosong. Buktikan kata - kata kamu, Nur Amiera Natasha”. Kata - kata ibu yang berbaur cabaran membuatkan aku makin bersemangat untuk membuktikannya.
Ini Nur Amiera Natasha. Jarang sekali mahu berundur!
Aku akan buktikan segala kata - kata aku itu ialah benar.
Tengoklah.