Bab 3

ALIEF bersorak girang apabila Lufi Izzar berjaya menghasilkan gol. Tidak sia-sia dia mengajak Zen menyertai pasukan futsal mereka. Dengan adanya Lufi Izzar, pasukan mereka berjaya mengatasi musuh tradisi mereka dengan skor 2-0 untuk separuh masa pertama.

            Tanpa rasa malu, Alief menari di atas bangku sambil menggoyangkan pinggulnya,mengundang rasa tidak puas hati beberapa orang pelajar perempuan kerana telah menghalang pandangan mereka. Syok benar mereka menjamu mata mereka dengan kelincahan Lufi Izzar meleret bola sehinggalah Alief merosakkan suasana.

            “Alief,tepi la. Kau ni spoil betul la. Aku nak tengok Izzar ni!” Alisa yang merupakan peminat nombor satu Lufi Izzar semenjak Lufi Izzar berpindah ke sekolah mereka menegur Alief dalam keadaan marah.

            Alief buat tidak tahu. Dia mencebir bibir. Eleh, si Alisa ni. Nak tackle Lufi konon. Lufi Izzar dah awal-awal jatuh cinta pada kakak aku.

            Lufi Izzar menapak ke arah Alief yang sudah kembali duduk di bangku. Habis separuh masa pertama, mereka akan menyambung perlawanan itu untuk separuh masa kedua pula.

            “Hebatlah cara kau sumbat gol tadi. Aku yang tengok pun macam aku pula penjaga gol.Tergamam gila dia tadi bila gol kau tu rembat masuk ke gawang terus. Terbaik la Lufi.” Alief memuji rakannya sebaik sahaja Lufi Izzar melabuhkan punggung di bangku sebelum separuh masa kedua dimulakan. Dia menghulurkan sebotol air mineral ke arah Lufi Izzar. Lufi Izzar menyambut dengan senyuman.

            “Kaupun apa kurangnya. Hebat juga cara kau leret bola tadi.” Lufi Izzar turutmemuji Alief. Dia membuka penutup botol dan meneguk isinya.

            “Lufi,kau ni memang hebatlah. Baik dan hensem pula tu. Kalaulah aku ni perempuan, dahlama aku ajak kau couple dengan aku.”

            Airyang baru sahaja ingin melepasi kerongkong tersembur keluar dan tepat mengenaiAlief. Dia terlongong dengan tindakan mengejut Lufi Izzar sebelum mengelapwajahnya yang basah dengan tuala yang tergantung di leher. Dia mencapai botolair dari Lufi Izzar lalu meneguknya dengan rakus. Ah, berkongsi sesama lelakitiada masalah baginya.

            LufiIzzar pandang Alief dengan rasa tidak percaya.

            “Kauni bengkok ke?”

            Kaliini, Lufi Izzar pula yang menjadi mangsa. Semburan mengenai wajahnya,membasahkan bahagian atas rambutnya menyebabkan bahagian yang basah itu jatuhterjuntai di dahi. Sekali tengok memang hensem. Patutlah Alief sudah terdengarsuara-suara perempuan yang sedang bersorak di satu sudut. Kekacakan Lufi Izzarbuat masa ini memang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa kerana di sekolah, diasatu-satunya pelajar yang berdarah kacukan. Kalau ada yang hensem pun, masih tidakboleh lawan Lufi Izzar. Alahai, beruntunglah siapa yang dapat Lufi Izzar nanti.Tetapi ada satu saja kekurangannya. Mamat ni memang tak reti bersosial.

            “Sorry, kawan. Aku tak sengaja. Kau yangtanya soalan macam tu, mahu tak terkejut aku. Jawapannya ialah aku ni luruslagi la, Lufi. Aku tak nak jadi macam kaum Nabi Luth. Dan kau tak dengarbaik-baik cakap aku tadi. Aku cakap kalau aku ni perempuan. Bukan sebagailelaki. Apa la kau ni.”

            “Haha.”

            Mendengarkantawa itu yang datangnya dari Lufi Izzar, Alief mengukir senyuman. Tahu ketawajuga dia. Ingatkan asyik memanjang tayang pokerface dia tu.

            “Kalaukau perempuan, takkanlah aku lepak dengan kau pula.”

            “Eleh,dengan aku tak nak lepak. Dengan kakak aku kau nak pula?” usik Alief dengansengihan.

            Aliefmencemik wajah. Dia menolak perlahan bahu Alief yang tersengih macam kerangbusuk. “Tahu-tahu aje kau ni.”

            “Lagitak nak mengaku. Kiranya ini cinta pandang pertama kau pada kakak aku kan?”Alief menyiku Lufi Izzar.

            LufiIzzar mengangkat bahu. “Mungkin.”

            “Tengok?Kan aku dah cakap kau memang dah berkenan dengan kakak aku. Tak apa. Aku akantolong kau. Jangan risau.”

            “Macammana kau nak tolong aku? Bukan kau cakap kakak kau akan bertunang tak lamalagi?”

            Aliefmenghela nafas berat.

            “Barunak tunang. Bukan nak kahwin. Kau ada peluang lagi la, Lufi.”

            Bersungguh-sungguhbenar Alief ingin membantunya menyebabkan Lufi Izzar sedikit hairan. “Kenapakau nak tolong aku?”

            “Kanaku dah cakap yang aku tak berkenan dengan lelaki tu,” jawab Alief sebelummenyambung dan kali ini nada suaranya kedengaran separa berbisik, “Aku adadengar khabar angin yang dia tu minat kaum sejenis. Wallahualam.”

            LufiIzzar terkedu. Bukan khabar angin semata-mata. Dia sudah nampak dengan matakepalanya sendiri. Buktinya juga sudah ada. Jika bukti itu sampai padapengetahuan Ulfah, dia pasti kecewa dengan bakal tunangnya. Andainyapertunangan mereka diteruskan, yang menanggung sengsara adalah Ulfah sendiri.Mungkin sudah tiba masanya dia menghalang pertunangan itu daripada terjadi. Padamulanya dia sendiri tidak menyangka bahawa kakak kepada Alief adalah bakaltunangan Zaif, abang sulungnya yang masih lagi menuntut di luar negara bagimenghabiskan sisa Ijazah Sarjananya. Dia hanya melihat gambar, tidak pernahbersua muka. Setelah bertemu empat mata dengan pemilik nama Ulfah itu, diamerasakan dia perlu menjaga hati perempuan itu. Ulfah tidak tahu apa-apa. Diatidak layak dijadikan sebagai alat untuk membantu Zaif kembali ke landasansebenar.

            “Separuhmasa kedua dah nak mula. Jom.” Alief menepuk bahu Lufi Izzar sebaik sahajabangkit dari bangku.

            LamunanLufi Izzar mati. Lambat-lambat dia bangun dan mengatur langkah ke arahgelanggang futsal.

 

LUFI IZZAR menghantar Alief di depan pintu pagar. Dia memandusendiri kerana sudah mempunyai lesen memandu. Kereta pula milik arwah ayah yangditinggalkan untuknya.

            “Terimakasih sebab tolong hantarkan aku,” ucap Alief sebaik sahaja membuka pintukereta. Lufi Izzar mengangguk.

            “Esokcuti kan? Study sama-sama nak?”pelawa Alief tiba-tiba.

            “Huh?”

            LufiIzzar terpinga-pinga. Alief ajak dia belajar bersama-sama? Wah, ini bukan Aliefnamanya. Di dalam kelas pun dia tidak belajar, inikan pula mahu belajarbersama-sama kononnya.

            “Janganlahbuat muka macam tu. Aku serius ni. Kita studykat meja batu. Tak payah masuk dalam. Kakak aku takkan marahlah. Sebab kitabukan nak main game ke apa. Nak study aje kan? Aku tunggu kau esok.Datang lepas Zohor ya? Sebelum tu jangan lupa solat sebelum datang ya?”

            LufiIzzar tidak dapat membantah apabila Alief sudah membolos keluar dari perutkereta dan berlari anak. Sempat dia berpaling dan mengangkat tangan tinggi keudara sebelum menapak masuk ke dalam rumah.

            LufiIzzar menggeleng-gelengkan kepala.

 

LANGKAH Lufi Izzar terhenti di muka pintu. Dari luar diaterdengar orang bercakap dan dia tahu benar milik siapakah suara-suara itu.Siapa lagi kalau bukan abang sulungnya dan Puan Asiah. Perbualan mereka bolehdidengar dengan jelas dan topik utama mereka tidak lain tidak bukan,pertunangan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

            “Alongtak nak kahwin lagi la, mak. Along baru 25 tahun. Habis belajar pun tak lagi.Sekarang kan along nak fokus pada pengajian along. Dah kahwin nanti susahlah,mak.” Zaif merungut, meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila disuruh bertunangdengan calon pilihan Puan Asiah. Wanita berdarah kacukan Melayu-Cina itumenghela nafas panjang. Anak sulungnya itu memang degil, tidak mahu mendengarkata. Berbeza benar dengan dua lagi anaknya.

            Zenmembuka pintu dan menapak ke arah ruang tamu. Dia melabuhkan duduknya disebelah Puan Asiah.

            “Kenapani, mak? Along?” Lufi Izzar bertanya.

            “Alongkamu ni la. Tak nak bertunang katanya. Masih muda konon.”

            PandanganLufi Izzar beralih ke arah Zaif.

            “Kenapatak nak, along? Kak Ulfah baik kut. Kalau along tak nak bagi aje kat Lufi,”usulnya bersahaja. Dia tidak bergurau saat dia berkata demikian. Andainya Zaiftidak mahukan Ulfah, dia sanggup menggantikan posisi lelaki itu. Sayang benarperempuan sebaik Ulfah disatukan dengan orang yang tidak mahukan dia. Orangyang tidak bernafsu terhadap kaum Hawa.

            PuanAsiah membuntangkan kedua-dua matanya, tidak terjangka dengan kata-kata anakbongsunya.

            “ApaLufi merepek ni?”

            Zaifmenepuk paha sebelum bangkit dari sofa.

            “Okay.Masalah dah pun selesai. Lufi, kau nak Ulfah kan? Ambil la. Along tak nak.”Mudah benar Zaif membuat keputusan.

            Tanpaberlengah, dia mengorak anak tangga, meninggalkan Puan Asiah yang terpakudengan keputusan mengejut anak sulungnya.

            “Lufi,Lufi jangan mengada-ngada. Lufi masih belajar. Baru 18 tahun kut. Fokus padapelajaran dulu lepas tu baru soal kahwin.” Puan Asiah tidak bersetuju dengananak bongsunya yang sudah memikirkan soal kahwin padahal umur baru setahunjagung. Makan dan pakai dia masih uruskan, ada hati hendak kahwin?

            “Mak,Lufi buat semua ni sebab Lufi nak selamatkan Kak Ulfah. Mak pun tahu kan kenapaalong tak nak bertunang dengan Kak Ulfah?”

            “Lufi,betul ke along tu gay?” Puan Asiahmelontarkan soalan dalam nada yang rendah.

            LufiIzzar mengangguk pantas, langsung tidak berselindung. Matanya menjadi saksi.Tidak mungkin dia berbohong.

            “Lufinampak dia kiss budak laki mat salehdalam phone dia sebelum ni. Kalaukawan takkanlah sampai cium bibir kut? Bila Lufi tanya dia, memang taklah dianak mengaku. Along dah tersasar jauh, mak. Kita kena ubah dia kembali sepertidulu.”

            “Apanak jadi dengan anak sulung mak tu?”

            PuanAsiah melepaskan keluhan berkali-kali. Mulanya dia tidak percaya kerana diayang mendidik anak-anak setelah kematian suaminya sepuluh tahun yang lepas. Diasudah mengingatkan mereka apa yang baik dan apa yang buruk. Keburukan perludijauhi. Yang baik itu digalakkan. Mengapa pula Zaif tersasar dari landasan?

            “Sebabtu la dia tak nak bertunang dengan Kak Ulfah. Seleranya ada pada kaum sejenis.”

            LufiIzzar tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana sebelum ini dia adalah orangpertama yang tahu mengenai hubungan songsang alongnya dengan seorang lelaki matsaleh. Dan dia percaya perkenalan mereka bermula setelah Zaif melanjutkanpelajarannya di bumi Australia. Gambar alongnya sedang mencium bibir seoranglelaki mat saleh di wallpaper telefonsudah cukup membuatkan dia beristighfar panjang.

            YaAllah, dia tidak menyangka alongnya boleh terpikat pada kaum sejenis. Perempuanberlambak di luar sana, mengapa harus Zaif memilih untuk mencintai lelaki?Untuk menghalang hubungan songsang alongnya itu, Puan Asiah memutuskan untukmeminang Ulfah buat anak sulungnya itu. Dan, Ulfah langsung tidak tahu mengenaiorientasi seksual Zaif. Sekiranya dia tahu, bagaimanakah reaksinya nanti?

            “LufiIzzar, kita memang dah takkan mampu selamatkan along ke?” Suara Puan Asiahberbaur risau.

            LufiIzzar menjungkit bahu. “Entahlah, mak. Lufi pun tak boleh nak cakap apa dah.Lufi rasa terkilan dengan along, mak. Kalaulah Kak Ulfah tahu, kecil hati diamak.”

            PuanAsiah terdiam.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.