Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 4-3

Takkan pulahendak bergaduh sampai bertarik-tarik rambut, tanpa usul periksa.. giler keapa? Giler meroyan la tu..!

Itulah lelaki,isteri disuruh bertudung, baju kena longgar. Muka pakai bedak sahaja, gincujangan tebal, nanti nampak macam opera cina. Sudahnya jadi tong dram bergerak.

Tetapi dalamdiam, pasang perempuan yang seratus peratus opposite. Yang dicarinya, perempuancantik dan pakaian ketat dan terbelah sana, terbelah sini!

Omel Didi dalamhati..

Sungguh takpatut.

Agaknya semualelaki macam gitu.

Sungguh! memangtak patut, ulangnya.

“Noni..perempuan tu sakit apa? Saya tak nampakpun dia ambil ubat?” tanya Didi kepadaNoni. Berubah muka Noni. Isteri majikannya menyoal seperti polis pencen.Bingung juga dia mahu menjawabnya.

“Hal itu, Puankena tanya doctor Johan, saya tak boleh beritahu apa-apa, hal mana-manapesakit.” katanya perlahan.  

Jujur sungguhsi Noni, pembantu jururawat suaminya.

Betul juga, diahanya menjalankan tugas mengikut apa yang tertulis di dalam kad setiap kalidiberi kepadanya.

Didi kerutmuka, hairan.

Adakah Nonijuga bersekongkol dengan suaminya! Didi sangsi.

 

Pintu bilikJohan ditolak.

Hello stranger!” kata Didi, tanpamemberi salam.

Terus Johanmemandang Didi masuk dan berjalan menghalanya. Tersenyum dia, dengan ungkapan Didi...“stranger“.

.Tersenyumdengan perkataan“Stranger“ ke apakebendanya? Luar dalam semua aku sudah teroka!

Doktor Johansenyum.

Difikirannya,apa hal pula isterinya kerap sangat singgah.

Hairan juga,muncul tanpa memberitahunyaDulu-dulu tidak pula dia begini. Selalu tunggu kepulangannya di rumah sahaja.

 "Lamaabang dengan special patientabangtu.?” Didi memerli.

“Ahh.. apa?”tanya Johan terkejut.

Special patient, cik adik manis tadi tuuu..”ulang Didi.

“Apa pulakspecialnya. Dia patient abang. Didi ni, adaada aje! Dah lama sayangsampai” tanyanya cuba mengalih tajuk perbualan.          

“Lamalah jugak,kalau masak nasi, sudah boleh makan!” kata Didi, berkias.

Johan hanyasenyum dengan jawapan Didi.

Berkias-kiaspula isterinya hari ini.

“Elok jugakalau nasi sudah masak, boleh terus makan. Abangpun dah lapar ni..!” kataJohan, menjawab dengan berkias juga.

Didi julingkanmatanya ke siling.

Orang serious,dia buat main-main pula!

Doktor Johanberdiri, ditanggalnya baju puteh lapisan luar yang dipakainya. Lalu dicapainyabeg kulit coklat. Terus memeluk bahu isterinya.

“Jom balik,sebab sayang cerita pasal nasik, tiba-tiba abang rasa lapar pulak..?” katanyaselamba, jawapan Johan buat Didi terdiam.

Tak habis lagirupanya dia memerli aku!

“Lapar?Bukankah sudah kenyang mengadap girlfriend Sarawak berjam-jam tadi!“ bisik hatikecil Didi.

Mendidih hatiDidi apabila mengenangkan si perempuan Sarawak itu.

Previous: Bab 4-2
Next: Bab 4-4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora