Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 7-4

Jam dinding dilihat, sudah menunjukkan 9 malam, tetapiJohan masih tidak pulang. Katanya tadi sebelum sembilan malam dia akan sampai,ke mana pulak dia ni? Buat Didi tambah runsing.

Hendak menalifon, takut pula dia sedang memandupulang, merbahaya untuk dia menjawabnya.

Akhirnya Didi mengambil keputusan untuk menunggusahaja. Televisyen bersiaran, tetapi langsung tidak menarik perhatian Didi.Perhatiannya lebih keluar, ditala ke arah jalanraya. Pantang melihat cahayalampu kereta melintas, walaupun bukan kereta si suami. Sesekejap menjengukdengan harapan kemunculan si suami. Jam berganjak satu jam lagi, jenuhmenunggu, akhirnya Didi terlena di sofa.

 

“Sayang.. kenapa tidur kat sini..” terkejut Dididengan suara Johan yang sedang melonggarkan tali leher.

Letih sahaja nampaknya dia.

“Tunggu abang la..” jawab Didi lemah  dan serak dengan mata sedikit tertutup.

“Dahmakan..?” tanya Didi lagi.

Lama Didi menunggu jawapan.

“Belum..” jawab Johan.

Sepertitidak jujur sahaja.

“Didi?”soalnya lagi

“Belum..”jawab Didi lemah.

Didi tahusuaminya tidak bercakap benar.

“Abang nak minum sebelum mandi, lepas tu boleh kitamakan..” kata Didi

“Boleh jugak..” jawab Johan.

Johan perasan, sejak kebelakangan ini Didi banyakmelayannya. Melayan dengan extralayanan. Dia suka.

Air jusyang dihulur disambut Johan. Johan duduk menghabiskan juice orange yang hulurDidi. Kemudian beredar meninggalkan Didi yang menuju ke dapur untuk memanaskanmakanan.

 

Makananterhidang di atas meja, yang Didi duduk menungkat dagu kenapa pula?.

Selangbeberapa minit, Johan turun berkain pelikat, sudah usai solat Isyaklah tu. Cepat-cepatDidi berlakun. Apa yang sedang dirunsingkannya tidak perlu diketahui suami. Belum masanya lagi. Didisenyum dengan tangan di kepala kerusi.

Kerusi ditarik Johan. Didi juga duduk.

“Nak nasi sikit aje, abang tak lapar sangat malamni..” kata Johan.

Didi kerut muka, sah suaminya sudah kenyang. Sengajahendak sekadar menemannya, Didi sudah dapat rasakan.

Hisy.. tambah sakit kepala nampaknya Didi denganriaksi Dr. Johan sejak kebelakangan ini.

“Lain kali, kalau Didi lapar, makan dulu, jangantunggu abang.. nantiperut masuk angin, siapa susah..?” kata Johan dengan perlahan menyuap makanan kemulut.

Doktor di klinik dan juga doktor di rumah.

Tugasnyasebagai seorang doktor terbawa-bawa sampai ke rumah.

“Diditak lapar, makan sorang-sorang tak best..” kata Didi.

“Abang lambat kenapa malam ni.. janji nak baliksebelum 9” kata Didi seakan merajuk.

“Keluar dengan Alvin..katanya kejap aje, terjumpapulak Mona. Si Alvin gatal mulut jemput Mona join sekali..itulah yanglambatnya..” kata Johan tetapi tetap menyuap makanan.

Terbongkar si suami keluar bersama teman.  Patut tak lapar. Tetapi ada nama seseorang yang membuat telinga Didiberdesing!

Ah..Which Mona? Don’t tell me Ariana Melissa..isteri tak jadi abang. Menantu pilihan mak abang” kata Didi sambil tanganmenolak pinggan di depannya.

Johanhanya memandang Didi yang sudah lain macam. Merajuk atau marah! Johan tidakdapat menafsirkannya.

“Didi.. please..janganmulakan.. kita ni di depan rezeki. Dia dah history, Didi yang ada depan abangni sekarang, bukan dia. Janganlah cemburu tak bertempat?” tegur Johan.

“Jadibetullah si Mona gedik tu?” soal Didi keras.

Yes, that Mona. Dah! abang nak makan and please stop talking about her, talk aboutsomething else, boleh tak?” tegas Johan.

Diditerus berlari naik ke atas, meninggalkan pinggan yang hanya separuh terusik.Johan ternganga sahaja melihat Didi meninggalkannya. Cepat-cepat dia mencucitangan dan menyusul isterinya. Teruklah dia malam ini memujuk budak perempuanyang satu ini. Keras sangatkah perkataannya tadi. Johan berfikir-fikir,sepatutnya dia rahsiakan sahaja pertemuan dia dengan Mona tadi. Kenapalah tidak terfikir tadi, some secret should better be secret.  Yang hendak jujur sangat tu kenapa?

Previous: Bab 7-3
Next: Bab 7-5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora