Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 3-1
PECAH KACA PECAH CERMIN
SUDAH BACA HARAP KOMEN


Semoga saya dapat memperbaiki coretan ini, insyallah


BAB 3

 

JOHAN  +  DIDI

 

Banyak doa dan istighfar yang Didipohon selepas bersolat maghrib.

Didi sedar, hanya DIA sahaja tempatdirinya berserah dan hanya DIA juga tempat dirinya mengadu dan juga memohonpertolongan.

Bertakung air matanya sewaktumelafazkan doa-doa tersebut di akhir solat. Dia terasa lega, sekurang-kurangnyaDidi ada tempat untuk dia mengadu. Cuma dia tidak faham kenapa dia cepat marah dansensitive sejak akhir-akhir ini.

Cemburunya kepada Johan jugaberganda-ganda.

Faktor umur atau faktor hormone?

Apabila dia bertafakur, dia rasakandia sudah membuat banyak kesilapan.

Kesilapan diantara dia danteman-teman.

Kesilapan diantara dia dan keluarga.

Dan paling banyak ialah kesilapanantara dia dan suami..

Masyallah!

Kenapa perlu mencari puncamasalahnya dengan hati yang panas, kenapa tidak secara tenang? Bukankah di dalamtenang, fikiran boleh berfikir secara rational?

Jika berfikir di dalam keadaanmarah, tentu ada hasutan yang tidak diingini menempel.

Kenapa perlu risaukan hal yang belumberlaku?

Hargai dengan apa yang kita ada.

Baiki mana yang silap.

Tidak rugipun jika beriktiar demi untukkebaikan.  

Berkajang-kajang senarai yangbermain di minda Didi.

Tersenarai untuk dia memperbaikidiri. Panjang menjela senarai yang hanya dilukis di minda. Setakatmenyenaraikan memang senang, hendak melaksanakan yang susah, belum tentumenjadi kenyataan.

 

Johan sudah lama berada di tingkatbawah. Hanya Didi yang lama di tikar sejadah untuk muasabah dirinya dalam usahauntuk menjadi isteri solehan. Berubah kepada yang lebih baik, apa salahnya.Memang susah untuk berubah, terutama umat di akhir-akhir zaman ini.

Sekali lagi pengajaran yangdiberikan Mutiah terlintas di kepala. Perempuan yang perlu Didi ambil sebagaiiktibar.

Didi menyapu air mata yang bertakungdengan belakang tangan. Kesedaran sudah muncul, tetapi  tindakan belum mampu dilakukan.

Telekung dan sejadah dilipat dansangkutnya kemas, di sebelah kain pelikat si suami.

Perlahan Didi turun menuju ke dapur.Dia tahu suaminya sedang memasak, menunaikan janjinya untuk menyediakan makanmalam.

Kelentang kelentung, begitulahcaranya jika orang lelaki ke dapur.

Masaknya menu yang mudah, tetapibising dan sepahnya yang lebih.

 Belum sempat Didi mendekatinya,  Johan sudah bersuara.

“Hulurkan abang mangkuk tu..sayang!“pintanya untuk Didi menghulur mangguk berisi bawang yang sudah dimayang.

Didi jenguk ke dalam mangguk, makai! punyalah kasar bawang yang dihiris. Agaknya sebiji dihiris paling banyak 8hirisan.

Didi bukan setakat menghulur, diaturun sama berada di sebelah si suami. Didi ingin tahu apa yang ada di dalamkuali yang tidak henti dikacau.

Didi lihat, bawang puteh yang sudahhampir coklat warnanya.

Bawang yang di dalam mangkukdicampaknya ke dalam kuali.

Berdesir bunyi bawang yang dicampak,terus mengeluarkan asap berkepul.

Johan tersenyum kerana perasan,gayanya seperti Jimmy Oliver, the nakedChef, tukang masak muda yang popular kerana hanya memerlukan kurang darisepuluh minit untuk menyediakan setiap resipi masakannya. Memanglah tidak perlukan masa yang banyak, jika semuabahan sudah disediakan! Penyediaan bahan yang memerlukan masa. Jika bahan sudahtersedia, jangka masa untuk memasak kurang dari lima minitpun boleh disediakan.Lagi satu masalah si Jimmy tu, jika memasak, bahannya tidak dibasuh.

Tidak percaya, cuba tengok? Bolehdilihat dia mengambil bahan-bahan terus dari pasu dan dicampaknya terus ke dalamlauk. 

Previous: Bab 2-4
Next: Bab 3-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora