Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 4-1
Pecah Kaca Pecah Cermin

Sudah Baca Harap Komen


BAB 4

 

ATIRAH

 

Atirah terus dudukkerusi di hadapan meja Didi.

Sudahlah mainterjah sahaja masuk ke bilik orang, dudukpun tak perlu dijemput. Dah namapunkawan baik, bilik Didi adalah biliknya, dan begitu juga sebaliknya.

“Apa kataJohan?“tanya Tirah.

Tidakmenyempat-nyempat duduk, dia sudah bertanya.

Soalan umpama tersangatpenting.

Perlu dijawabsegera, antara  soal hidup atau mati.

 Punyalah important,top priority. Kedudukan punggungnya di kerusipun belum selesa lagi, sudahterpacul soalan cupumas.

“Kata apa?”Didi menyoal semula kawannya.

Didi buat-buattidak faham, tidak kuasa membakar diri sendiri dengan soalan yang boleh membuathatinya berdetik, ragu.

Dari itueloklah setiap soalan yang diterima, Didi akan berfikir dahulu sebelummenjawabnya. Sebenarnya Didi tahu Atirah ingin mengetahui sama ada dia sudahmempunyai jawapan kepada persoalannya kelmarin.

Persoalan yangmembuat Didi naik angin, persoalan yang membuatkan dirinya hampir menjadijanda.

“Betina tula..?” ulang Atirah dengan nada tinggi.

“Oooh.. halituuu, Johan ka..ta namanya Tracy, entah Tracy apa entah! Bunyi macam duit..macam tulah...  “ jawab Didi meleret, terutama dengan ungkapan kata.

Sengaja dipanjangkan perkataan ka dan ta. Mata memandang ke arah kawannya. Mengharap agarjawapan yang diberi cukup dan terjawab kepada soalannya.

“Laaaa.. yangkau  tanya nama perempuan tu buat apa? Kau ni, lurus bendul! Kau tak tanya apa hubungan dia perempuan tu?” Atirah geram, geram dengan si kawanyang terlalu baik!

Memanglah diatahu kawannya seorang ini, memang isteri yang baik.

Sampaikan suamicurangpun masih percaya seratus peratus!

Didi senyum,tidak lengkap rupanya jawapan yang telah  diberinya. Ingatkan sudah memadai..

“Business, kataJohan strickly business...” jawabDidi bersahaja.

“Habis tu, kaupercaya! Puan Nurnadirah Salmi oi, business apa ke bendanya dengan tuan doctorhandsome. Bukannya doktor hendak beli barang..? Hendak business apanya?” Atirahmengejek Didi, mudah sangat percaya apa yang diberitahu Johan.

Apa sahaja yangdiberitahu oleh suaminya ditelannya bulat-bulat.

“Ialah, akutahu, tapi aku kena percayakan Johan Tirah, dia hubby aku. Kalau aku takpercayakan dia, aku kena percayakan siapa?” nada suara Didi sedikit tinggikepada kawannya.

“Sukahatikaulah Didi, aku kawan kau. Kalau terjadi apa-apa, kau tahu mana kau nakcari aku.Bukan aku doapun hendak jadi apa-apa? Sumpah! aku tak berniatpun nakrumah tangga kau berpecah belah ke apa!. Aku suka tengok kau dan Johan bahagia,cuma aku nak ingatkan kau sebelum terjadi apa-apa  tu aje!“  kataAtirah, mendatar.

Malas Tirahhendak memberikan pandangannya lagi kepada Didi.

Yalah, orang tengahsayang. Semua nampak baik kannn...

Lagipunkawannya ini memang lurus bendul. Kalau sudah lurus bendul tu, lurus benduljuga. Cakap apa pun sudah tidak guna, menghabiskan air liur sahaja.

 “Terimakasih Tirah, aku tahu kau seorang kawan yang baik. Buat masa ni aku bolehbertahan lagi. Kalau sampai satu tahap yang aku tak boleh tahan, memang kauorang pertama yang aku cari untuk bantu aku“ perlahan sahaja suara Didi.

Berdetik jugadi hati, manalah tahu betul dengan kata-kata si Tirah tu. Dia tidak mahu apayang sedang difikirnya terjadi kepada dirinya.

Nauzubillah..selisih malaikat 44.

“Okey..kalauitu cakap kau, dah! Kita lupakan kesah cinta sejati kau tu..“jawab Atirah,dengan mata memandang tepat ke wajah Didi.

“Bak mari, manareport yang kau minta aku tolong tengokkan tadi..!” tanya Atirah.

Baru teringat,tujuan sebenar kepada lawatan tidak rasmi ke bilik kawan baiknya.

Segera Didi menolakfolder biru yang memang elok terletak di hujung meja. Terus disemak perlahanoleh Atirah. Didi meminta bantuan Atirah untuk menyemak, memandangkanfikirannya berserabut sehari dua ini, angkara hendak menjadi private eye, menyintip aktiviti suaminya.Minit Mesyuarat sudah hampir date linetak siap-siap untuk deraf  pertama.Banyak peringkat lagi mak oi! Minggu depan sudah ada mesyuarat yang lain.

Huwaaa… mahunangis… 

Previous: Bab 3-2
Next: Bab 4-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora