Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 8-3

Mummy memang sah sudah dapat menerimakehadiran perempuan berpakaian kelambu sepenuhnya, Didi lah tu!

Anne sudah tidak perlu risau lagi. Dulu Mummy memangtidak mengharapkan seorang menantu yang bertudung dan memakai pakaian sepertikelambu hadir di dalam keluarganya. 

Menantu pilihan adalah yang sophisticatedseperti Mona. Tengok kepada diri mummy cukuplah. Memang dia bertudung, tetapibertudung ala semi-pro, harapkan menutup sanggulnya yang besar di belakang, di depanterkeluar jambul.  Tetapi apabila anak perempuan sendiri yang bertudungdan berkelambu, dia hendak kata apa? 

Ingatkan belajar sampai keluar negara,lagi berpakaian modern dan seksi, rupanya terbalik kot. Keinginan Annebertudung, bermula sejak kehadiran kakak iparnya, Didi. Tetapi dipendamnya,sehinggalah dia ke Swiss, dan mempraktikkan pemakaian tudung dengan bantuankawan-kawan dari Asia Barat, Alhamdulillah. Itulah, kadang tu, berpakaian gayamuslimah lebih senang di luar negara, dari negeri sendiri. Terkejut juga Mummysemasa Anne pulang bercuti di tahun pertama. Tetapi lama kelamaan dia terimayang anaknya bertukar kepada yang lebih baik, kenapa perlu menghalang. Hanyamummy perlu sedar yang dia juga harus bertukar kepada yang lebih baik, tetapibila? Insyallah, hanya perlu masa. Kini sudah ada dua orang untuk diabertanyakan cara memakai tudung yang kemas, jika dia perlukan bantuan.

Lupakan kesahtudung buat sementara waktu, rezeki yang enak sudah terhidang untuk dijamu. Lagipunmereka tidak perlupun mengenakan tudung di dalam rumah kerana semua yang hadiradalah muhrim.

 

Makananyang terhidang, istimewa dari air tangan mummy Rina dan Anne. Jangan dilupa, denganbantuan Kak Leha juga. Kerana dia yang mengupas, membersih dan menyiang apayang hendak dimasak. Yang kedua-dua Chef tu hanya memasak. Sudah mudah, semuasudah disediakan. Hasil dari kelas-kelas memasak yang Mummy hadiri bersamateman-temannya,  masakan mummy memang enak.Tidak rugi Papa Darus membayar beribu-ribu ringgit untuk kelas tersebut.Alahai, yuran kelas yang mummy hadiri hanya baru harga sebatang driver pemukulkayu golfnya, apalah sangat!


Bola golf aku mana Rina! Bola golf aku manaaa...? Terbayang Didi andai kata Papa Darus mencari bola  golfnya yang nyaris menjadi hidangan...

Perkara itu tidak akan terjadi kerana yang terhidang  adalah masakan luar biasa hasil dari masakan isteri dengan penuh kasih sayang (cooking with love)

Previous: Bab 8-2
Next: Bab 9-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora