Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 5-3

 

“Tirah?”Atirah memandang kawannya yang mengepit folder di dada.

HairanTirah, nada memanggil nama seperti ada sesuatu, seperti terkejut sahaja.

Atirahmemandang kiri dan kanan, kut-kutlah dia ingin memberitahu sesuatu yang Atirahtidak nampak. Namun hampa, tidak ada apa-apapun yang lainnya.

Perjalananditeruskan ke bilik mesyuarat.

 Ada mesyuarat bulanan pagi ini.

“Hemmm.kenapakau? Panggil aku macam tu, terkejut tau!” balas Atirah, hairan dengan nada yangterkejut itu.

Ada-adasahaja Didi ni.

“Kaudengan Zaim okey tak?” tanya Didi, Tirah kerut mukanya, apa punya soalan?

perangkap,atau soalan budak sekolah hendak mengambil PMR?.

HaylaDidi!

Tiba-tiba Didi  cuba mencungkil rahsia rumahtangga orang lain.

Sudah tidak ada kerjalainkah?

“Ahh.... okey, kenapa?” jawabTirah dengan jawapan okey. Okey yang boleh ditafsirkan bermacam-macam okey.

Banyak jawapan yang bolehdiberikan kepada soalan yang datang tiba-tiba.

Soalanyang terlalu umum.

Jawabnyapun kena umum juga.

Kalaurasa susah sangat jawab aje K.O!

“Maksudaku, hubungan kau dengan Zaim.. “ Didi memperjelaskan lagi soalannya.

Apabilamelihat si kawan, serba salah hendak menjawab. Kenapula soalan yang boleh di maksudkan bermacam-macam, tidak khusus.

“Apanya Di! Aku denganZaim, kami okey ajelah, kenapa kau ni?” jawab Tirah, yang sebenarnya dia tidakmengetahui apakah soalan pokok yang ditanya oleh kawan rapatnya.

Soalan tiba-tiba mengorekhal peribadi orang?

 Hendak jawab lebih-lebih sorrylah kawan.Rahsia rumahtangga mana boleh cerita, takkan itupun dia tak tahu!

“Takkk.. aku nak tanya,Zaim ada complaint ke atau hint bila dia hendak sesuatu?..” tanya Didi, masih persoalan yangtergantung-gantung dan terlalu umum.

“Zaim..!hint..! selalunya aku yang beri dia hint, kalau aku hendak something..”jawabAtirah siap tersengeh.

Tirahapabila menjawab soalan yang separa tidak kena itu.

Diahanya menjawab mengikut kefahamannya. Perkataan HINT.

“Kenapa?Johan ada hint nak beri hadiah kat kau ke?” tanya Tirah lagi.

Kesitu pulak kefahaman Atirah.

Pasalhadiah. Memang tajuk yang menarik bagi seorang yang bernama Atirah. Ha..di..ah.!.

Didiangguk.

Baiksahaja dia berdiam diri, tidak perlu diperjelaskan soalan yang tergantung itu..

Takutpula tembelangnya hendak menjadi Diktatif Conan terbongkar.

“Aku tahu Johan tu romantikgiler orangnya. Untungkau..!” kata Atirah, tersengeh sahaja dia.

Tumpang gembira dengan kawanbaiknya.

“Dia hint apa pulak this time?” sambung Atirah lagi, seronok juga mendengar kawannyahendak mendapat hadiah.

Lagi-lagi kesah hadiah.

“Hadiah untuk apa ek? Birthday? Sudah lepas,Johan sudah belikan Didi jam Tissot”Atirah pandang ke lengan Didi,bersinar-sinar tali jam tissot, berwarna emas.

Anniversary? Pun sudah berlalu bulan lalu, Atirah ingat lagi florist deliverymenghantar bunga untuk Didi bulan lalu. Didi  dapat bunga ros merah 9kuntum tu apa? Bukan Anniversary mereka. Bukan main lagi 9 kuntum yangbermaksud  Together as long as we live.

Makna 9 kuntum itupun baru Tirah tahu apabilaTirah menjengok pakcik Google. Jika tidak sampaisudah Didi dan Atirah tak tahu makna bilangan kuntuman bunga dan jenis bungayang diberi. Yangbiasa mereka tahu bilangan 3 yang bermaksud I love you  danbilangan 5 yang bermaksud I love you very much.

Pandai pula Johan mengambil hati isterinya. Romantikke tidak tu!

Hantar bunga sampai 9 kuntum. Sedangkan 5kuntum sudah memadai,  Johan tahukah makna 9 kuntum itu?

Entah-entah dia kena kelentong oleh si penjualbunga. Ini mesti kes bermurah hati hendak kayakan florist tu cepat, atau hendaktolong habiskan bunga bunga yang ada, itu sebab yang terlebih 4 kuntum.

Atirah senyum teringatkan berapa romantiknyasuami kawannya, ingatkan doktor hanya ingat ubat, pesakit dan klinil sahajakah?

“Nasib baik aku tidak jadi florist. Jika akujadi florist, nampaknya semua bunga di kedai aku kering tidak terjual keranaaku tak pandai makna-makna bunga. Itu baru kesah ros merah, yang melambangkancinta sejati. Belum lagi makna bunga bunga yang lain, seperti bunga kekwa yangbermaksud kegembiraan. Lavender melambangkan kesetiaan, Daisy bermaknaharapan.. dan esetra, esetra kepada bunga-bunga yang lain. Apayang aku merepek ni.. “ tersedar Atirah dari mengelamun pasal bunga pula.

Nasib baik Didi mencuit tangannya apabilaterselisih dengan big boss.

Bos berjalan laju melintas dua orang anakbuahnya yang sedang tekun berbincang.

Berbincang tentang apa, dia tidak tahu! Tetapidia suka kepada anak-anak buahnya tidak membuat masa berbincang, di depankoridor pun jadi!

Cepat-cepat Didi danAtirah mengambil tempat di dalam bilik mesyuarat.

Nak mampus, bosssampai dulu dari anak buah.

Atirah masih tidakhabis lagi dengan persoalan “hint hadiah” Didi.

Didi yang disangkanyaakan dapat hadiah, dia pula yang sebok, kenapa?

Didi yang duduk di sebelahnyadijelingnya..

 Jadi Johan hendak beri Didi hadiah apa pulaek!

Didi yang tidakmengetahui apa yang tersimpan di dalam kepala otak kawan karibnya jugamemandang hairan.

Boss sudah memulakan mukaddimah pembukaanmesyuarat. Semua kena diam, nampaknya Didi terpaksa menangguhkan pertanyaannyakepada Atirah. Persoalan hanya dapat diluahkan selepas mesyuarat.

Tidak tahulah bila mesyuarat akan tamat, satujam, dua jam, tiga jam..

Hailah… hanya terdengar Didi menarik nafas panjang.

Silap-silap dia lupa apa yang hendakditanyanya!

Wassalamlah jawabnya..

 

Previous: Bab 5-3
Next: Bab 6-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora