5,211
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

“Assalamualaikum…….” jerit Suri dari berandar rumah setelah pulang dari sekolah.

 

“Tu, Buyung kau dah beranak kat dapur pergi lihat” kata Mak Senah ringkas apabila ternampak Suri sampai ke muka pintu. Suri tergesa-gesa dan terus mencampakkan beg sekolah ke atas kerusi.

 

Suri berlari-lari kegembiraan, anak kecil yang berusia 9 tahun itu terlihat kegirangan diwajahnya. Bunyi derapan kaki amat kuat kerana berlari-lari dan terkinja-kinja melompat sambil ketawa kegembiraan. Suri adalah satu-satunya anak Mak Senah, berwajah bulat, bermata besar serta berambut lurus panjang cecah kebahu. Suri terus berlari-lari menuju ke dapur rumahnya. Rambut yang ditocang dua, kiri dan kanan beralun mengikut lariannya.

 

“Wah…Wah……Tengoklah ni, siapa yang sedang menyusukan anak-anak dia ini. Eh! Comelnya anak-anak kau Buyung!!. Kedua-dua tangannya yang kecil itu digenggam erat diletakkan di atas dada. Sambil memberikan senyuman yang manis buat Buyung.

 

“Nyau…..” sahut Buyung apabila melihatkan Suri yang berdiri dihadapan kotak sambil memerhati keadaan anak-anaknya yang sedang menyusu. Berebut-rebut si comel empat ekor tu. Cakar-cakar sesama sendiri berebutkan puting susu ibunya. Buyung yang sedar dengan kehadiran Suri menjilat-jilat anaknya agar memberitahu agar jangan berebut-rebut untuk menyusu.

 

“Buyung….kau dah selamat melahirkan anak kau ye” suara Suri kedegaran. Suri gembira sangat kerana satu-satunya kucing yang dia ada dan sayang telah selamat melahirkan anak.” Senyuman Suri diberikan kepada Buyung tidak putus-putus.

 

Tangan yang digenggam tadi dilepaskan dan perlahan-lahan dimasukkan ke dalam kotak Buyung.

 

“Hm….ada warna putih,hitam, belang-belang tiga warna, dan kelabu, comel-comel lah Buyung anak kau semua ni. Kau jaga baik-baik tau. Nanti Suri berikan mereka nama ye.” Suri usap satu persatu anak-anak Buyung. Kedengaran anak-anak Buyung merengek lagi.

 

“Dah…dah, jangan diusap anak-anak kucing tu, nanti mak dia bawa lari dan pindah-pindah tempat,susah nanti. Biarkan dia dan anak-anaknya di situ, jangan diganggu mereka” kata Mak Senah kepada Suri. 


Mak Senah terus membuka periuk nasi dan menyendok nasi ke dalam pinggan. Telur mata kerbau kesukaan Suri diambil dan diletakkanditengah-tengah nasi serta dituangkan kicap lemak manis. Itulah makanankegemaran anaknya. Tidak kisah makanan yang lain asalkan telur mata kerbau dan kicap, sudah cukup memadai. Mak Senah bersyukur kerana Suri menjadi anaknya.Selain pintar, dia juga boleh diharap jika disuruh. Sebelum Suri beredar, sempat dia usap kepala Buyung. Mata Buyung bersinar melihatkan wajah Suri.

 

“Nyau” Suara Buyung kedengaran lagi.

 

Setelah habis makan dan mandi, Suri terus menerpa ke arah kotak tadi. Ingin melihat anak-anak kucing yang comel-comel. Sambil berdiri dia memerhatikan satu persatu anak-anak Buyung. Tangan Suri terus masuk ke dalam kotak sambil mengusap-usap anak-anak itu. Buyung perhatikan sahaja.

 

“Hah, yang putih ni Suri berikan nama Uteh, yang hitam ni aku namakannya Chetam, eh! Ada tompok putihlah di perut Chetam. Laung Suri. 


Jari kecil Suri diletakkan di bibir sambil matanya melilau-lilau ke atas memikirkan nama untuk yang lain. Hm…. yang kelabu ni pula aku berikan nama Bubu dan yang belang-belang ni aku letak nama Pelangi!.” Ceria suara Suri menamakan mereka. Senyuman tidak lekang dari tadi ketawa kecil melihat telatah anak-anak kecil itu.

 

Buyung perhatikan sahaja gelagat Suri. Mulutnya ternganga-nganga sambil menjelir lidah…. Kepanasan mungkin namun Buyung tidak kisah semua itu. Yang dia tahu dia ada tempat berteduhdan ada yang sayang mereka anak beranak.

 

Keadaan si Putih yang berekor panjang kehitaman dan bertahi lalat di dagu. Manakala si Chetam ada tompokan putih di perut dengan ekor yang pendek. Bubu pula penuh sewarna tiada campuran warna lain dan yang istimewa si Pelangi!, ye Pelangi dengan tiga warna di tubuhnya, berekor panjang dan mempunyai jari-jari yang lebih banyak daripada yang lain. Suri masih lagi tidak memegang mereka kerana mengikut nasihat Mak Senah.

 

“Jangan dipegang anak-anak yang baru lahir itu, nanti ibunya tidak dapat kenal bau anaknya kerana telah bercampur dengan bau manusia” itulah kata-kata yang diberikan oleh Mak Senah terhadapnya. Di hati kecil Suri rasa tak sabar nak memegang mereka.Ia membuatkan Suri bertambah geram yang teramat.

 

“Hm….. bau mereka wangi-wangilah” bisik hati Suri.

 

Tiga bulan berlalu.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.