Home Novel Keluarga Hakikat Sebuah Derita
Hakikat Sebuah Derita
chema
25/4/2018 12:01:36
36,513
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 5

Lemah kaki dihayun sambil mendukung si kecil yang baru berusia setahun. Sejak semalam badannya mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan terganggu namun Gayah tetap juga gagahkan kaki melangkah ke tempat kerja. Dia perlu berkerja keras untuk menyara anak-anak. Kenderaan yang lalu lalang dengan debu berterbangan sesekali menampar wajah suram Gayah. Peluh yang memercik ke wajah disapu dengan kain tudung yang kelihatan semakin lusuh dimamah musim. Dia cuma punyai beberapa helai tudung itupun pemberian orang yang sudah mahu dibuang. Biarlah asalkan dapat menutup auratnya dia tidak kisah itu semua. Bukan tidak teringin namun kekangan kemiskinan hidup yang dihadapi itu cukup untuk menutup nafsu kecantikannya. 

Kali terakhir dia memiliki tudung baharu ketika Nurin berusia lima tahun kini anak sulungnya sudah berusia sepuluh tahun. Manalah dia mampu untuk membeli pakaian baru untuk diri sendiri mengenangkan ada empat lagi mulut yang harus disuap dengan kudratnya yang lemah. Kadang ada rezeki kenyanglah kalau tiada rezeki terpaksalah mereka menahan lapar. Biar tidak cantik asalkan perut mereka kenyang. Apa yang lebih penting bagi seorang ibu kalau bukan anak-anaknya. Dia rela berlapar, dia rela kehausan asalakan anak-anaknya dapat makan. Tidak sanggup lagi melihat anak-anak terpaksa menahan lapar seharian dan apa yang lebih mengharukan bagi seorang ibu apabila melihat Nurin selalu mengalah untuk adik-adiknya. Terpaksa mengikat perut walaupun anak itulah yang paling banyak menggunakan tenaga untuk menguruskan rumahtangga. Jadi untuk apa dia berhias diri sedangkan anak-anak terpaksa mengikat perut.

Hendak mengharapkan duit Kadir nampaknya tidak berasaplah dapur mereka. Kehidupan mereka semakin tersepit. Lebih malang lagi sudah beberapa kali suaminya dibuang kerja tanpa alasan munasabah. Kadir langsung tidak dapat gaji walaupun berkerja sudah seminggu. Gayah hanya mampu memendam rasa. Sejak itu sikap Kadir semakin berubah. Kadir lebih kerap berjudi terikut-ikut dengan perangai tiga serangkai sahabatnya iaitu Samad, Daus dan Usop. Ada duit mulalah berjudi kalau tidak berduit habis semua isi rumah diselongkar membuatkan hidup Gayah semakin terhimpit. Gayah sudah lelah asyik makan penampar Kadir apabila duit yang diminta suaminya itu tidak dapat ditunaikan. Namun dia tidak pernah merungut akan nasib yang menimpanya apatah lagi menyesali jodohnya dengan Kadir. Kadir lelaki yang dikasihi dulu kaya dengan sifat kasih sayang tapi kini segalanya telah berubah. 

 Gayah mengesat peluh yang semakin merenek. Kenderaan semakin banyak diatas jalan namun satu pun tidak ada yang kisah akan keadaan dua beranak itu. Terbatuk-batuk Gayah apabila asap-asap dari kenderaan menerobos ke lubang hidungnya. Walaupun hanya sedikit asap yang dihidu namun dalam keadaan Gayah yang kurang sihat itu terasa tersumbat segala saluran pernafasannya. Anak kecil yang asyik dalam dunianya itu ditutup dengan hujung kain tudung sebagai penghadang daripada cahaya matahari yang semakin menyengat dan asap kenderaan yang lalu lalang. Sesekali kain kusam itu ditepis oleh si kecil namun Gayah biarkan saja.  Hatinya sedikit resah mengenangkan dia terlewat ke tempat kerja. Dia berdoa agar majikannya itu masih belum sampai. Bukan dia tidak kenal pemilik restoran mamak yang mengambil dia sebagai perkerja itu bengis orangnya pantang silap sedikit mulalah marah dan membebel-bebel dalam bahasa ibundanya. Gayah pasarah andai hari ini dia dimaki dan dimarahi lagi. Jika dia tidak menebalkan muka bagaimana dia mampu menyuap tiga mulut yang sedang menanti. Perihal suaminya langsung dia tidak mahu ambil peduli ada ataupun tidak sama sahaja baginya. Jika ada hanya menyakitkan hati baginya lebih baik Kadir tidak pulang-pulang langsung ke rumah. 

Sampai sahaja dihadapan restoran itu, Gayah terus menyusup kedapur. Tidak berani dia memandang kearah kaunter bimbang disitu adanya tuan Farouk yang garang sedang menanti. Nampaknya masing-masing sedang sibuk melayan pelanggan hinggakan kehadirannya langsung tidak disedari oleh mereka.

“Hei Gayah, baru sampai ka..ayya” tiba-tiba dia ditegur membuatkan Gayah terkaku. Terasa dia bekerja dinegara asing pula apabila melihat Ali dengan wajah kembang dan berkulit hitam itu merenungnya dengan wajah kelat.

“Ee..aarr, baru sampai Ali.” Balas Gayah terbatuk-batuk dengan perasaan segan. Berpinar biji matanya tiap kali tekaknya digeletek kahak dan terbatuk-batuk. 

“Cepat sikit, pinggan sudah tak bayak tinggal pelanggan mau makan..” arah Ali, warga Bangladesh yang sudah lama menetap disini sambil membetulkan apronnya. Gayah angguk dan segera berlalu ke dapur. Tangannya pantas mengambil sebuah besen besar untuk si kecil Emir sebagai tempat untuk anaknya bermain-main sementara dia melakukan kerja. Pekerja disitu sudah maklum yang dia membawa anak kecil ketika bekerja walaupun sudah banyak kali diingatkan kepada Gayah oleh majikannya dapur adalah tempat merbahaya bagi anak-anak kecil seperti Emir, namun gayah tidak punya pilihan. Walaupun telah beberapa kali Gayah diberi amaran supaya tidak membawa anaknya ke tempat kerja tetapi tiap kali dimarah itulah dia merayu dengan Encik Farouk supaya membenarkan dia membawa Emir kerana tidak ada sesiapa yang menjaganya dirumah. Dia tidak mampu mengharapkan Ammar anaknya yang kedua menjaga Emir.  Diusia enam tahun apalah yang Ammar tahu. 

Pinggan yang sudah bertimbun didalam besen segera dibawa ke tempat basuhan. Sesekali matanya mengerling kearah si kecil yang sedang ralit bermain dengan bola kecil yang diperbuat dari kertas surat khabar dan diikat dengan beberapa gelang getah. Bibir itu mengukir senyum dalam kepayahan. Hanya itu permainan yang mampu dia sediakan untuk Emir asalkan anaknya tidak merayap ke sana ke mari. Namun apalah yang difahami si anak ayang masih kecil yang tidak tahu apa-apa. Si kecil yang semakin lasak dan semakin aktif meneroka itu kadang-kadang membuatkan Gayah terlepas pandang itu. Sudut dapur yang menjadi tempat Emir bermain dan tidur ketika Gayah sedang membuat kerja bukanlah tempat yang selamat bagi anak seusianya namun Gayah tidak punyai pilihan dia harus mengambil risiko demi mencari sesuap nasi untuk mereka.

Gayah masih dengan kerja-kerjanya. Semakin banyak pinggan yang perlu dibasuhnya memandangkan dia kelewatan dan waktu makan tengah hari semakin tiba. Hampir dua besen besar pingan yang terkumpul untuknya. Dengan kesihatan yang masih lagi belum pulih sepenuhntya Gayah tetap juga berusaha untuk menyudahkan kerja. Perut yang masih belum diisi itu bagai dihiris pisau lalu air yang keluar dari wayar getah itu disuakan ke mulut. Cukuplah sekadar untuk mengalas perut yang berkeroncong. Bahang kepanasan yang semakin menyengat ke tubuhnya tidak dihiraukan Gayah, dia masih berusaha untuk menyudahkan kerjanya sebelum waktu kemuncak. Bau kauh kari yang menyelerakan membuatkan perut Gayah semakin lapar. Ditekan perut sekuat-kuatnya untuk menahan dari rasa pedih yang mencucuk-cucuk. 

Emir didalam besen masih lagi leka dnegan bola kertas buatan ibunya. Sekali terdengar suara ketawanya bagai ada yang mengagah. Hampir basah keseluruahn bola itu dek airlur yang meleleh kelur dari mulut emir. Kesan karbon pada kertas yang dijadikan boleh itu melatari wajah si kecil yang putih bersih. Emir menempuk-nepuk bola itu sesuka hati dan akhirny bola itu dilempar hingga ke hujung dapur. Mungkin disebabkan sudah bosan berada dan bermain seorang diri. Si kecil mula merangkak keluar walaupun pada mulanya nampak payah namun Berjaya juga dia keluar tanpa disedari gayah yang masih tekun menghabiskan pingan kotor.

Emir si kecil yang baru dapat kaki itu memegang kaki meja. Dia berusaha  untuk berdiri walaupun dia hampir-hampir jatuh tersembam. Si kecil mulai melangkah satu persatu dengan senyuman yang menampakkan gigi yang baru tumbuh beberapa hari yang lalu. Budak baru meneroka dunia tidak tahu kemana mahu dituju hanya mengikut rentak kaki yang menghayun tanpa langsung disedari si ibu.  Tiap kali dia jatuh dia akan merangkak pula tanpa menghiraukan kotoran lantai dapur yang dipijaknya. Sesekali si kecil terduduk sambil menyapu kotoran yang melekat pada kedua tangannya dengan senyuman. Apa yang ditemu dilantai pasti akan masuk ke mulutnya. Emir merayap lagi dengan bibir munggil yang sudah comot berpasir dan hitam itu tersengih-sengih menampakkan gigi baharunya. Tanpa tahu bahaya atau tidak si kecil terus merangkak dan bertatih.

“Gayah! Dey..itu anak mau kasi mati ka.” Sergah Ali membuatkan Gayah tersentak lalu bingkas bangun mencari anaknya. Pinggan mangkuk yang sudah terbasuh itu habis terbalik dan ada yang pecah disebabkan dia terlanggar tanpa sengaja apabila cuba menyelamatkan anaknya daripada terjatuh ke longkang kecil berhampiran. Entah bila Emir merayap ke sana langsung tidak disedarinya. Ruang dapur menjadi kecoh seketika membuatkan Encik Faraouk yang berada di kaunter bergegas ke belakang.

Encik Farouk berjalan menghampiri Gayah dengan kedua-dua tangannya dicekakkan ke pinggang sambil mata merenung ke arah Gayah yang sedang terketar-ketar itu. Ali sudah tidak keruan tingkahnya bimbang andai kemarahan encik Faraouk bakal dilempiaskan kepadanya. Dia kenal benar dengan perangai pemarah majikannya itu. Nampak gayanya Gayah tidak akan terelepas dari kemarahan Encik Faraouk. Ali mula mengemas pinggan manngkuk yang berterabur. Diasingkan pingan yang telah pecah itu ke dalam pastik sampah.

“Berapa kali mau cakap, kalau mau kerja jangan bawak anak. Ini tempat kerja bukan tempat asuhan kanak-kanak. Gayah saya banyak sudah warning sama awak kalau mau jaga anak jangan datang kerja. Ini barang apa mau buat, semua sudah pecah tak boleh pakai lagi. Ayoo kasi saya banyak rugi.” Marah encik Faraouk dengan tangan dipicitkan ke dahi. Badannya yang agak besar dan berbulu dilengan itu amat menakutkan apabila marah. Gayah hanya menunduk dan beberapa kali dilihat mengesat airmantanya. Emir didunkungan mula mahu meragam cepa-cepat Gayah memeluk anaknya kemas. Dengan mata merah dan airmata berlinang dia merayu dengan majikannya. 

“Encik tolonglah saya minta maaf jangan berhentikan saya kerja. Mana lagi saya nak cari kerja encik tolonglah.” Rayu Gayah sepenuh hati. Airmatanya tidak mampu dibendung lagi. Dimana lagi dia mahu cari kerja andai dia dibuang kerja. Inilah satu-satunya kerja yang  mampu dia lakukan.

 Batuk Gayah semakin kuat. Dia kelelahan namun dia tetap tidak berputus asa merayu supaya tidak diberhentikan kerja. Beberapa orang pekerja yang menyaksikan kajadian itu ada yang simpati ada juga yang hanya memandang sepi. Apa bole buat restoran itu kepunyaan Encik Faraouk. Encik farouk keluarkan duit dari poket kemejanya. 

“Saya kasi ini gaji kamu boleh balik. Kamu cari kerja yang sesuai untuk bawa anak kamu ke tempat kerja.” Ujar encik faraouk sambil menghulurkan beberapa keping not merah kepada Gayah tanpa menghiraukan rayuan Gayah lagi. Dia tidak mahu mengambil risiko dengan mengajikan Gayah yang terpaksa membawa anak kecil ke tempat kerja. Apapun masalah Gayah hadapi dia tidak mahu masuk campur dia seorang lelaki yang menjalankan perniagaan untuk keuntungan bukannya sebuah badan kebajikan dengan mangambil tahu setiap masalah pekerjanya. 

Gayah menerima huluran gaji terakhir dari hasil titik peluhnya sebagai pencuci pinggan. Walaupun hatinya berat untuk berlalu dari kedai yang telah beberapa tahun menjadi tempat dia mencari rezeki dia terpaksa juga mengalah. Selepas ini dia terpaksa pula mencari kerja lain untuk menyara kehiduapn mereka sekeluarga.

  “Apa kamu semua buat? Takde klija ke. Mahu klija ka mau potong gaji.” Marah encik Faraouk apabila kejadian tadi telah menjadi perhatian para pekerjanya. Nasib baik juga dalam kedai masih tidak ramai pelanggan.

“Terima kasih encik, halalkan makan minum saya selama ni.”

Gayah terduduk. Disapunya airmata yang masih turun ke pipi. Gaji yang diterima itu digengam erat. Empat puluh ringgit apalah sangat yang dapat dibelinya sedangkan barang-barang-dapur kebanyakkannya sudah tidak berbaki. Emir dipelukan meronta-ronta minta dilepaskan tanpa tahu apa yang telah terjadi kepada ibunya


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.