Home Novel Islamik Indahnya Takdir Ini
Indahnya Takdir Ini
Nur Amina
21/6/2018 18:58:56
8,557
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 2

            " Apa dia buat di sini? Takkan dia pun nak balik bercuti. Aku fikir, aku sahaja yang pulang bermalam minggu niMinggu ini bukannya minggu pulang bermalam…" Amira bermonolog sendiri bertemankan persoalan yang mengganggu fikirannya.

            Apabila Furqan semakin mendekati tempat duduknya, Amira menolehkan pandangannya ke luar tingkap supaya perasaan aneh ini tidak mengganggu dirinya.

            Tiba-tiba…

            " Amira…" ada suara menyapanya dari sisi. Degupan jantung Amira tiba-tiba menjadi kencang.

            Ya Allah, dia memanggilku. Tetapkan hatiku agar tidak mudah aku termakan bisikan syaitan. Huh… Tenang, Amira. Jaga mata, jaga hati, jaga iman. Dengan perlahan Amira menoleh.

            " Ya."

            " Ini sit no.17 ? "

            Amira terdiam. Ligat dia berfikir…Adakah di sebelahnya ini tempat duduk Furqan? Hmm…

            " Oh, ya. Betullah. Ini sit No.17"

            Furqan tergamam. Ligat Furqan memikirkan tindakan yang patut dia lakukan.

            “ Takkanlah aku nak duduk sebelah Amira...Sempit pula tu. Ya Allah, bantulah diriku ini,” monolog Furqan. Bibirnya ditekan. Jasadnya masih tercegat di samping tempat duduk no.17 itu.

            Beg yang tadinya Amira letak di sebelahnya, segera diangkatnya lalu dipangku di atas riba. Amira sendiri tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

            Setelah lama berdiam, akhirnya Furqan pun meletakkan beg sandangnya di tempat duduk itu. Lalu, dia beredar dari situ.

            Amira aneh melihat kepergian Furqan.

Hmm, ke mana dia pergi agaknya.”

            ‘ Ya Allah, bagaimanalah pula kami mendapat tempat bersebelahan.’

            Tiba-tiba Amira terfikir…

‘ Oh ya… mungkin dia juga meminta Ustazah Syiqqin untuk membelikan tiket. Dan kesudahannya tempat kami bersebelahan… Biarlah. Aku tahu, aku ada Allah yang sentiasa ada untuk memeliharakuSekalipun, dia harus duduk di sebelahku, dia pasti tahu menjaga batas...

Amira mulai aneh. Hampir satu jam perjalanan dan dia masih belum melihat kelibat Furqan. Yang tinggal hanya beg pakainnya. Ligat Amira mencari-cari keberadaan Furqan.  Rupanya, Furqan duduk di tempat duduk belakang yang kosong.. Dengan bertemankan senyuman di bibir, Amira kembali tenang di posisinya sambil mentadabbur  alunan ayat Al-Quran di ‘earphone nya.

**********


" Assalamualaikum…"

            Amira akhirnya tiba di rumahnya. Sebaik tiba di KL Sentral, dia terus mendapatkan teksi. Amira sudah terbiasa untuk susah dalam kehidupan. Walaupun kehidupan keluarganya mewah namun mama dan papanya tekad untuk mendidik anak-anak mereka mengenal erti keperitan hidup. Kerana itu adalah fitrah kehidupan. Dunia bukanlah tempat untuk bersenang tetapi tempat untuk menempuh kesukaran supaya dapat mengecap kesenangan yang abadi di akhirat kelak.

            Memang sukar dinafikan apabila mama dan papa memutuskan Amira untuk menjadi hafizah. Dia agak terkejut pada awalnya kerana kawan-kawannya yang lain ke sekolah harian yang mempelajari ilmu akademik. Namun, hasrat mama dan papa begitu tinggi untuk menyuburkan acuan Al-Quran dalam diri anak-anak mereka.

            Mama dan papa yakin, gelaran hafizah ataupun hafiz tidak akan menghalang anak-anaknya daripada berjaya kerana Al-Quran itu ada hikmahnya yang tersendiri. Rezeki itu milik Allah dan kepadaNya lah kita memohon.

Mama dan papa sedar bahawa bukan mudah untuk menyesuaikan anak-anaknya dengan suasana sedemikian. Namun, mereka percaya itu adalah cabaran semata-mata, bukannya halangan. Dalam hal ini, mama dan papa banyak berkorban begitu juga anak-anaknya.

           

            Teruja. Itulah translirasi kepada perasaan Amira sebaik melihat halaman rumahnya. Khemah-khemah sudah didirikan dan dihias serba hijau. Sungguh menenangkan mata yang memandang. Perasaan teruja itu membuatkan Amira lupa yang dia masih belum menjejakkan kaki ke dalam rumah.

            “Waalaikumsalam. Sampai pun. Dari tadi mama tunggu sampai tertidur…Hmm," jawab mama sebaik membuka pintu. Amira kembali memalingkan wajahnya ke arah mama. Tersenyum Amira dapat melihat mama menyambutnya.

            " Heee… biasalah mama. Naik kereta api, lambatlah sikit nak sampai. Tadi, solat kejap dekat perhentian. Alhamdulillah banyak teksi yang free tadi. Alhamdulillah, perjalanan selamat,"

            " Alhamdulillah,"

"Eh, mama seorang je. Papa dengan Abang Hafiz mana? Tak nampak batang hidung pun.”  Mama mengiringi puterinya ke halaman rumah.

            “Papa ada mesyuarat tergempar.  Kamu tahu, syarikat Rish, hampir membuatkan syarikat papa muflis. Mesyuarat itu katanya tentang usaha mendapatkan projek baru di Tapak Pembangunan Titiwangsa. Kita sama-sama doakan semoga mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar. In Sya Allah, esok papa cuti” kata mama.

            Dalam hati, Amira berbicara, “ Papa..papa…Sentiasa sibuk walaupun usia dah senja...

            “Oh ya, Abang Hafiz kamu, pergi beli barang yang perlu. In Sya Allah, petang ni baliklah tu,” kata mama lagi.

            Tersenyum Amira mendengarkan kata mama. Parut rindunya kepada Abang Hafiz masih belum terubat. Aidilfitri lepas Abang Hafiz tidak pulang dek melangsaikan tugasnya di Jordan. Hampir setengah tahun tidak berjumpa dengan abang kesayangannya itu.  

            Sebaik melangkah ke ruang tamu, kaki Amira bagaikan beku dek terpana melihat keindahan pelamin yang didirikan di segenap ruang tersebut. Serba hijau emerald. Sungguh menarik. Seketika terlintas di benak fikiran Amira ceramah daripada Ustaz Jamal. Katanya, pengantin yang berada di singgahsana pelamin itu tidak baik dijadikan santapan mata orang ramai. Cukuplah sekadar tontonan keluarga dan sanak saudara.. Itulah sebabnya, pelamin itu sebaiknya didirikan di dalam rumah daripada di halaman rumah. Adapun dengan ketiadaan pelamin itu adalah lebih baik.

            “ Subhanallah… indahnya singgahsana ini… Yang pasti singgahsana yang Allah sediakan di syurga jauh lebih indah,” monolog Amira sambil memandang ke arah pelamin yang dihias serba-serbi itu.

            Mama yang melihat Amira termenung jauh lantas mencuit pinggang anaknya itu.

“ Astaghfirullah hal Azim…” Amira terlatah.

            “ Lama termenung. Terpukau betul Mira tengok pelamin tu…” usik mama. Amira tersenyum sendiri.

            “ Tak adalah, mama. Cantik pelamin ni. Lagipun, inikan pertama kali ada pelamin dalam rumah kita,” kata Amira bersahaja. Fikirannya masih terpaut pada keindahan pelamin itu.

            “ Yalah. Mama tak sabar pula nak tunggu pelamin lepas ni. Agaknya rupa pelamin tu macam mana ya?” ucap mama.

            Siapa makan cili dia terasa pedas. Amira tersentap dengan kata-kata yang keluar daripada mulut mama. Dia begitu tahu bahawa kenyataan daripada mama tadi tertuju kepadanya. Dia tidak mampu memberi respon terhadap kenyataan mama tadi. Mama tertawa kecil melihat puterinya yang terkaku dek ungkapannya tadi.

            Perut yang dari tadi berkeroncong menyebabkan otak ligat mengesan bau asam pedas yang kian menyengat. Amira yakin itu adalah makanan kegemarannya.

            “Tahu saja Mira ni. Sebelum makan, simpan dulu beg ni dalam bilik Mira. Lepas tu, turun dan makan. Mama siapkan lauk pauk, ya,” kata mama sambil menepuk Amira.

            “ Mama mesti penat. Mama rehat sajalah. Tak payah nak siapkan apa-apa, nanti Mira uruskan sendiri. Bukannya susah, pergi dapur, cedok nasi, ambil asam pedas air tangan mama, lepas tu makan,” kata Amira.

            “Tak apalah. Bukan selalu mama nak buat macam ni dekat anak mama.” Senyuman indah terukir di wajah mama.

            “Nanti Mira nak makan, Mira panggil mama. Kita makan sama-sama,” kata Amira lalu membawa mama menuju ke bilik beradu mama.

            “ Yalah, sayang. Nanti  kalau nak makan, panggil mama dalam bilik tau. Kita makan sama-sama,”

Amira mengangguk. Beg yang berada di tangan mama diambilnya lalu terus menuju ke anak tangga.

**********


“Mama, bilik pengantin dekat tingkat bawahkan?” sempat Amira berborak dengan mama di ruang makan.

            " Hmm.. Betul tu. Kenapa? "

            " Tapi, Mira perasan tadi, bilik yang sebelah dengan bilik Mira tu ada perabot baru, karpet, langsir bagai. Macam bilik tu pula yang jadi bilik pengantin. "

            " Oh. Bukan bilik tu je yang ada perabut baru. Kan sebelum ni bilik tu kosong. Jadi, kami sekeluarga kemas bilik tu semalam. Nanti ada Kumpulan al-Muttaqin, pasukan tilawah menginap dekat sini, keluarga sebelah mama pun turun. In Sha Allah, petang ni sampailah,"

            Sambil berborak, Amira menikmati hidangan asam pedas air tangan mama. Inilah kegemarannya sejak kecil.

            Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.


            “ Hmm…Lama betul Abang Hafiz keluar. Rindunya dengan Abang HafizAku harap perkahwinan ini dapat membahagiakannya. Abang…Mira akan tumpang bahagia,” monolog Amira.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nur Amina