Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,946
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Dewan Skop Intelligents sudah dibanjiri dengan ribuan orang. Hari ini berlangsungnya Majlis Menandatangani Kontrak Duta Beras bernilai 30 billion ringgit.  Pakar Nutrisi terkemuka Dr. Faliq Shazril Nazril Ruslee telah dilantik sebagai duta beras cap Strawberi keluaran Syarikat Ghazali Mokhtar Sendirian Berhad.

 

Dr. Faliq telah melakukan kajian terhadap baka benih padi. Baka benih padi yang terbaik telah dapat dihasilkan apabila beliau mengkacukkan beberapa benih padi dari Brazil, Amerika Selatan dengan baka benih padi dari Asia. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan kualiti beras yang bermutu.

 

Jika sebelum ini kajian perbandingan beras putih dan beras merah telah dilaksanakan dan mendapati bahawa beras merah lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan jantung. Maka kajiannya pula adalah penambahbaikan beras merah yang sedia ada kepada beras merah yang enam kali lebih baik untuk menangani masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung. Paling istimewa, beras merah ini juga mampu untuk menangani masalah penurunan berat badan 2 kali lebih cepat berbanding mengambil sebarang supplement penurunan berat badan jika dimakan mengikut jumlah bahagian yang telah ditetapkan.

 

Beliau juga telah berjaya merangka satu plan diet yang komprehensif. Kesemuanya hasil kajian ini telah mengangkat namanya sebagai pemegang anugerah Hadiah Nobel. Itulah yang memanggil Tuan Ghazali Mokhtar untuk bekerjasama dengan Dr. Faliq bagi membantu masyarakat untuk mempraktikkan gaya hidup sihat.

 

Jelas sekali, kajiannya di peringkat doktor falsafah dari Universiti Cornelle, New York, Amerika Syarikat berjaya membuka mata dunia sekali gus menjulang nama Malaysia di persada dunia.

 

Faliq hadir sendirian. Segak mengenakan Canali Overlapping Windowpane Classic Fit Suit berwarna biru tua digayakan ke tubuh berotot gagahnya bersama-sama tie berona emas dan hitam menaikkan seri maskulinnya. Kasut Bertuli coklat keperang-perangan, alas kakinya yang esklusif buatan Oxford menjadi pilihan utama. Langkah diatur penuh berkeyakinan tatkala namanya dipanggil untuk naik ke atas pentas. Kaca mata hitam yang menutupi matanya ditanggalkan. Terpancar seri ketampanan wajah campuran Faliq. Anak mata rona hazel memukau sesiapa yang bersua muka. Sekali tersenyum, banyak mata gadis yang akan terpana, cair dengan senyumannya.

 

Faliq berjabat tangan dengan Tuan Ghaz.

“Welcome, Dr. Faliq SN.” Sapa Tuan Ghaz.

“It’s my pleasure Tuan Ghazali Mokhtar.” Balasnya ringkas.


Kemudian, seorang gadis berpakaian baju gaun hitam paras lutut hadir memegang sebuah dulang. Gadis itu memberi isyarat supaya Faliq menyentuh simbol perasmian yang ada di atas dulang. Terdapat sebilah kapak yang telah diikat reben kuning pada sisi pemegangnya. Dulang tersebut dihulurkan kepada Faliq. Dia mengambil kapak tersebut. Rupa-rupanya dia bukan sahaja dilantik menjadi duta untuk Beras Strawberi, dia juga menjadi tetamu VVIP untuk menyempurnakan gimik perasmian Beras Strawberi keluaran Syarikat Ghazali Mokhtar Sdn. Bhd.

 

Faliq agak terkejut.

 

Perasaan itu disembunyikan dalam hatinya diam-diam.

 

“Insya-Allah, all is well,” katanya sambil menepuk-nepuk lembut dada kirinya.

 

Faliq berjalan ke arah sebuah arca ais berbentuk Strawberi yang besar. Jika dipeluk, sekurang-kurangnya tiga rantaian manusia baharu dapat melengkapkan pelukan arca ais tersebut.


“This is the huge strawberry I ever ‘smack’!” Katanya sambil mengerling ke arah gadis bergaun hitam.

“Here, we don’t said it smack, just mild it!” Balas gadis bergaun hitam dalam nada separa berbisik.

“Should I do it now?” Balas Faliq separuh berbisik.

Gadis itu mendekatkan wajahnya ke telinga Faliq seraya berkata, “ Yes.. dear!”

Gadis itu tersenyum.

Sebaik pengacara majlis memberi hint upacara perasmian bermula, Faliq mengangkat kapak lalu menetak arca ais tersebut. Faliq segera memecahkan bahagian atas arca ais tersebut.

 

Lima kali tetakan kapak mengena ke atas permukaan arca ais itu

.

Krekkk…krekkk…

 

Retak.

 

Akhirnya kesan retak itu pecah dan serpihan ais berterabur di atas lantai.

 

Kelihatan 10 pek beras cap Strawberi yang masing-masing beratnya ialah 1 kilogram setiap bungkus tersusun kemas dalam rak lut sinar. Ais hanya meliputi bahagian luar rak sahaja.

Faliq meletakkan kapak kembali di atas dulang. Ditatap pek beras itu. Rekaan yang sangat mewah. Warna emas dijadikan sebagai warna latar manakala gandingan warna hitam dan merah dijadikan sebagai warna sampingan pada tulisan dan corak kerawang.

Satu pek beras Strawberi diangkat keluar daripada rak lut sinar itu. Tuan Ghaz turut memegang satu pek beras. Kedua-dua mereka mempamerkan beras tersebut kepada wartawan dan jurugambar yang ingin merakamkan detik bersejarah ini.

 

“Tuan Ghaz, pandai berahsia.” bisik Faliq.

“Orang lelaki suka beri kejutan. Kejutan yang istimewa adalah untuk insan istimewa. Suka?” Soal Tuan Ghaz yang masih kaku bergambar.

 

Sesekali posenya berubah.

 

“Tiada kejutan yang lebih istimewa selain daripada menerima kapak yang ‘cantik’.” Balas Faliq mengenyitkan matanya lalu tersenyum menampakkan gigi sebaris yang menawan.

Tuan Ghaz berpaling ke belakang mencari kelibat gadis pemegang dulang. Nampaknya gadis itu sudah tidak berada di atas pentas. Wajah Tuan Ghaz kembali menghadap jurugambar.

Cahaya flash sedikit sebanyak menyilaukan pandangan usia tuanya.

‘Kapak yang ‘cantik’…hmm…’ Tuan Ghaz bermonolog sambil membayangkan unsur tersirat yang cuba dikatakan oleh Dr. Faliq.

Kedua-dua pek beras diletakkan di atas dulang yang dipegang oleh beberapa orang gadis lain yang memakai pakaian bertema hitam sama seperti gadis yang ‘berani’ mencuri hati Dr. Faliq SN. Faliq tercari-cari gerangan gadis bergaun hitam sebentar tadi namun dia gagal menemuinya.

Acara seterusnya ialah sesi menandatangai kontrak sebagai Duta Beras Cap Strawberi. Faliq menurunkan tandatangannya pada sebuah poster yang mengandungi cetakan gambarnya sebagai duta produk Syarikat Ghazli Mokhtar. Poster tersebut sebesar saiz A0. Jadi tandatangannya harus besar agar jelas jika dilihat dari jauh.

Kontrak selama 5 tahun ini akan mengikat dirinya untuk mempromosikan beras terbaharu yang dihasilkan daripada kajian doktor falsafahnya bertajuk A Study of the Relationship Between EuroAsia Rice Genetics and the Weight Loss Level of Malaysian Population.”

 

“ ‘Malaysia kekal sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk obesiti paling tinggi di Asia sejak tahun 2015.’ I’m not saying this. MSN News Portal Web said.  Bagi saya, kegemukkan ialah acuan paling ‘hodoh’ yang pernah hadir dalam kehidupan. Kebanyakan orang melihat dari sudut yang sangat negatif. Namun, bagi saya tafsiran itu boleh diubah. Kegemukan ialah acuan murni yang jujur. Kejujuran orang obes terkadang dikelirukan dengan stigma ‘Pembuli’. Sebab orang yang berbadan besar sahaja yang boleh buli orang yang berbadan kecil.”

Penonton ketawa.

“Saya nak persepsi negatif itu dihapuskan. Menjadi obes bukan matlamat menuju kebahagiaan. This type of mentality should be vanished. All off those people should be encourage to learn control their plate wisely. Mengapa mereka perlu makan dalam kuantiti yang sepatutnya? Berapakah jumlah kalori yang mereka perlu ambil dalam sehari? Mereka tidak tahu, sebab tiada yang sudi beritahu. No guidance. Dan tiada perkongsian ilmu, pandangan, kaedah, cara untuk mereka melakukan transformasi ini. Perubahan ini bukan sahaja amat penting untuk didedahkan. Malahan, menjadi tanggungjawab saya untuk mendedahkannya.”

“Jiwa…,” tepukan lembut di dada seketika kemudian kata-katanya terhenti di situ.

Matanya tidak berkelip. Dia melihat susuk tubuh yang dia ingin kenali dengan lebih dekat. Kata-katanya terhenti seketika. Masa seakan terhenti seketika.

‘Gadis dulang, bergaun hitam.’ bisik hatinya.


Nyingggggg……


Tiba-tiba bunyi mikrofon yang bingit mengembalikan dia ke alam realiti.

 

“Boleh tolong saya? Tolong angkat ibu jari. Ladies and gentlemen, please show up your thumb! Good job. You guys please follow me. Promise? I can’t hear you.” Arahnya.

 

Faliq cuba memasang analogi. Selagi ‘aku janji’ tidak disuarakan, ibu jari semua tetamu kaku di hadapan wajah mereka masing-masing.

 

“Promiseeeee!” Nada ‘aku janji’ tetamu-tetamu kuat dilafazkan.

 

“Jiwa yang inginkan transformasi daripada ini…follow me!” Faliq menunjukkan ibu jarinya.

“Kepada ini…jari kelingking.”

Seluruh tetamu dalam dewan Skop Intelligents meniru aksi perubahan daripada mempamerkan ibu jari kepada jari kelima.


Serentak.


Tanpa pembetulan.


“Saya dan SGM akan buktikan setiap tindakan tuan-tuan dan puan-puan sebentar tadi bukan cakap kosong. Thanks for your cooperation. Good job! Applause.

Seraya itu, sekali lagi dewan bergema dengan tepukan yang gemuruh daripada setiap mata dan hati yang hadir ke majlis itu.

 

Faliq begitu berkarisma ketika berucap di khalayak umum.

 

Kata-kata paling bermakna mengakhiri ucapannya, “ Saya meminta izin untuk mengumumkan berita paling penting untuk merealisasikan hasrat tuan puan sebentar tadi…masih ingat ‘thumb versus little finger’ …. Sebuah rancangan realiti pencarian Raja & Ratu Strawberi akan diadakan.” Faliq kembali menanyangkan ibu jarinya. Kemudian, dia menyambung kembali ucapannya, “Saya akan pastikan semua orang yang menyertai program realiti transformasi tubuh badan ini menerima manfaat walaupun pada akhirnya hanya seorang raja dan ratu sahaja yang akan diiktiraf. Program ini akan ditaja oleh Beras Cap Strawberi yang sudah terbukti dapat menurunkan berat badan kepada berat ideal.”

Promise is always a promise. The War has begun!” Kata-kata akhirnya sebelum dia kembali mendapatkan kerusinya di perkarangan pentas.

Tepukan gemuruh bergema membanjiri suasana Dewan Skop Intelligents.

Antara dua peperangan akan bermula. Perang membanteras lemak-lemak tepu di badan warga obes dan seiring itu perang jiwanya juga baru sahaja ‘dirasmikan’ oleh gadis bergaun hitam.

Selesai acara perasmian beras tersebut, pengacara majlis mengumumkan tetamu VVIP meninggalkan majlis. Tuan Ghaz bersama-sama orang kanannya mengiringi Dr. Faliq yang tergesa-gesa meninggalkan majlis. Tuan Ghaz menghantar Dr. Faliq sehingga ke kereta.

Sebelum masuk ke dalam kereta, Faliq sempat menoleh ke bahagian pintu masuk.

Dilihat gadis bergaun hitam itu merenung Faliq sambil mengisyaratkan sesuatu di tangannya. Sekeping tisu dilipat bertemu bucu membentuk segi tiga, dicium oleh gadis itu sebelum tisu tersebut diselitkan di celah-celah tumbuhan hiasan. Gadis itu beransur meninggalkan kawasan tumbuh-tumbuhan hiasan.

Faliq berlari mendapatkan tisu tersebut sebaik sahaja Tuan Ghaz bersama-sama orang kanannya masuk kembali ke dewan untuk sesi kedua. Bila ditanya apa maksud tersirat di sebalik ‘sesi kedua’.

Tuan Ghaz membangkitkan isu ‘kapak yang cantik’.


Mereka ketawa.


Ya, hanya dia dan Tuan Ghaz sahaja memahami maksud ‘kapak yang cantik’ yang seakan-akan menjengah aura nakal di balik karisma duda anak seorang, Dr. Faliq SN tertangkap lagi!

Dia tidak mahu ‘bertelagah’.

Seharusnya golongan muda memenangkan yang tua.

Faliq mengangkat sapu tangan putihnya ke udara.

Niatnya sudah dapat dihidu oleh Tuan Ghaz yang banyak ‘makan garam’.

Tuan Ghaz, Tuan Ghaz…


Tisu sudah di dalam genggaman.


Dibuka.


Ternyata dia tidak bertepuk sebelah mata.

Yola Sandra-01910_9_8_

Gadis cantik tetapi di sebalik kecantikan itu tersembunyi keanehan. Gadis yang bernama Yola itu menitipkan nombor telefonnya namun apa yang menghairankan Faliq, terdapat tiga tempat kosong yang sengaja dibiarkan kosong.

Adakah Yola sedang mencabar Faliq?

Tanpa berfikir panjang Faliq menyimpan tisu tersebut dalam saku suitnya. Kereta Lamborghini Huracan merah memecut laju membawa bayangan tiga angka, tanda tanya yang dia terpaksa selesaikan demi bertemu lagi dengan gadis bernama Yola Sandra, ‘Kapak yang cantik’.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes