Home Novelet Cinta THE UNFORGIVEN
THE UNFORGIVEN
Bey AdAv
9/7/2018 15:34:55
15,137
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 4

Part 4


The unforgiven


Sudah hampir sebulan Queenie meneruskan kuliahnya di negeri orang. Kehidupan kampusnya setakat ini masih lagi berjalan dengan lancar. Persahabatannya dengan Hana juga berjalan dengan baik.


Dan waktu yang di nanti-nanti pun tiba. Pertandingan ratu kampus sekejap sahaja lagi akan bermula. Queenie sudah mulai gemuruh.


" Queenie, kau ok tak ni? " soal Hana.

" Saya takut bah Hana. "

" Alah kau ni. Ni bukan kali pertama pun kau ikut ratu cantik! "


" Kau jangan risaulah Queenie. Kitorang akan sokong kau punya! " ujar Len lalu menepuk perlahan bahu Queenie.


Queenie diam. Dia kelihatan manis dan cantik dengan pakaian tradisional suku kaum dusun tobilung yang di panggil Sinurangga. Hatinya gemuruh namun dia yakin kalau dia mampu melakukannya. Hadiah yang di tawarkan cukup lumayan jika dia di nobatkan sebagai ratu kampus. Dengan wang kemenangan itu, ianya cukup untuk menampung perbelanjaannya.


" Selamat datang warga kampus! " suara daripada pengacara mulai ke udara.


Jeritan dan sorakan daripada warga kampus jelas kedengaran hingga ke belakang pentas. Hati Queenie berdegup laju.


Majlis di mulai dan berlangsung dengan lancar hinggalah ke sesi soal dan jawab serta sesi menunjukkan bakat. Dengan bakat suara yang di anugerahkan pada Queenie, dia membawakan sebuah lagu dusun dendangan Clarice John Mata iaitu Ama om Apa.


Tepukan dan jeritan bergema membuatkan Queenie bertambah yakin. Acara malam itu di laluinya dengan tenang sehingga tiba ke penghujungnya.


" Kini masa yang di nanti-nanti. Tibalah masa untuk kita menobatkan ratu kampus 2018! Siapakah pilihan hati anda? " si pengacara majlis cuba memeriahkan suasana.


" Queenie! "

" Riana! "

" Mimi! "


Suara-suara jeritan mulai kedengaran.


" Ok bertenang semua. Nama pemenang sudah ada di tangan saya tapi sebelum itu, berikan tepukan gemuruh kepada 5 orang finalis kita yang bakal merebut gelaran Ratu Kampus! "


Bunyi tepukan kedengaran dan ke lima-lima finalis berjalan keluar dari belakang pentas. Mereka berdiri di hadapan pentas. Pemenang di tempat ke-5 dan ke-4 di umumkan. Begitu juga dengan tempat ke-3. Yang tinggal di atas pentas ialah Queenie dan juga Riana.


Riana memandang Queenie sinis. Senyuman kemenangan jelas terukir di bibirnya. Tangannya sudah di lambai-lambaikan. Jantung Queenie berdegup laju. Senyuman masih setia terukir di bibirnya walau rasa gemuruh itu ada.


" Dan Ratu Kampus kita pada kali ini, jatuh kepada.. "


Riana mulai melangkahkan kakinya mendekati pengacara majlis bersama senyuman dan lambaiannya.


" Queenie Joseph!! "


Langkah kaki Riana mati seiring dengan senyumannya saat nama pemenang di sebut oleh pengacara tadi. Bunyi riuh mulai kedengaran saat nama Queenie mulai di laungkan.


Queenie melangkah ke hadapan dan menerima hadiahnya. Hatinya sungguh gembira. Wang kemenangan itu akan di gunakannya untuk menampung perbelanjaannya di kampus.


Selesai sahaja acara pada malam itu, Queenie di rapati oleh wartawan kampus. Queenie sedikit kekok. Pelbagai soalan di ajukan padanya. Mereka lebih agresif berbanding wartawan sebenar di luar sana.


" Apa perasaan awak setelah di nobatkan sebagai ratu kampus pada tahun ini? "


" Queenie, desas desus mengatakan awak menjalin hubungan dengan Farish, anak Datuk Hazizi. Apa komen awak? "


Queenie memandang wajah wartawan kampus itu terkebil-kebil.


" Apa perasaan awak bila berjaya mengalahkan Riana yang merupakan ratu kampus selama 2 tahun berturut-turut? "


" Dengan wang kemenangan, apa yang awak akan lakukan? "


Queenie terus di asak dengan pelbagai soalan lagi namun tidak ada satu pun sempat Queenie jawab. Dia langsung tidak mempunyai peluang! Queenie sedikit rimas.


" Hai Queenie.. "  Farish tiba-tiba sahaja menyapa.


Wartawan kampus yang kebetulan berdekatan dengan Queenie mulai menjalankan tugas mereka ibarat seorang wartawan sebenar.


Farish mendekati Queenie bersama sekuntum bunga ros merah di tangannya. Bibir Farish mengukir senyuman dan sebaik sahaja Farish berada di hadapan Queenie, Farish menghulurkan bunga ros itu lalu Queenie menyambutnya teragak-agak.


" Farish, apa hubungan anda berdua? "


" Sejauh mana kebenaran khabar angin di antara kamu berdua? "


Ah! Kali ini Farish pula yang di asak dengan pertanyaan demi pertanyaan.


Farish mengukir senyuman sebelum merapatkan diri pada Queenie lalu melingkarkan tangannya pada bahu Queenie.


" She is my Queen! "


Queenie pantas menoleh ke arah Farish yang tersenyum bangga dengan pengakuannya. Pertanyaan yang di ajukan oleh wartawan kampus terbiar sepi bersama lensa kamera yang terus berputar.


Arghh!! Riana menghamburkan barang-barang di dalam biliknya. Hatinya marah kerana juara Ratu Kampus miliknya selama 2 tahun berturut-turut di rampas begitu sahaja oleh seorang penuntut baru.


" Riana.. " laungan di luar bilik yang di selangi dengan ketukan pada pintu tidak di endahkan.


Riana masih lagi menghempas apa sahaja barang yang mampu di capainya ke lantai. Biliknya tidak ubah seperti tongkang pecah.


" Riana, buka pintu sayang! Let's talk.. " Puan Tiara, ibu Riana memujuk di balik pintu.


Riana tidak mengendahkan kata-kata ibunya. Yang mana akhirnya membuatkan Puan Tiara mengambil kunci pendua lalu membuka pintu bilik anaknya.


" Astaga Riana! " Puan Tiara terkejut saat matanya memandang bilik anak perempuannya itu.


" Mama!! " Riana melaung lantas mendapatkan ibunya.

" Ceritakan pada mama, kenapa? "

" Semalam Riana kalah untuk merebut Ratu Kampus! " luah Riana manja.


Puan Tiara mengeluh.


" Mama! "

" Iya sayang.. Riana janganlah macam ni. Kalah menangkan adat pertandingan. "

" Tapi Riana tak boleh terima kekalahan! Sampai Farish pun mengaku kalau perempuan itu kekasihnya. "

" Riana.. "

" Riana tak peduli! Percepatkan pernikahan di antara Riana dan Farish! "


Puan Tiara semakin pening melayan karenah satu-satunya puteri mereka itu.


" Nanti mama bincangkan hal ini dengan papa. " ujar Puan Tiara.

" Janji tau? "

"Iya, mama janji! Sekarang, Riana pergi mandi dulu. Nanti mama minta Bibik kemaskan bilik Riana, ya. "

" Thank you mama! " ujar Riana lalu mengucup pipi kiri ibunya sebelum dia berlalu ke kamar mandi.


Puan Tiara menggeleng perlahan. Setelah itu, dia turun ke bawah dan mengarahkan Bibik untuk mengemaskan bilik puterinya itu. Puan Tiara kemudian mendapatkan suaminya yang sedang bersarapan di luar rumah sambil membaca surat khabar.


" Abang.. "

" Hurmm kenapa dengan anak awak tu? Pagi-pagi dah buat hal. " ujar Encik Khalid, ayah kepada Riana.

" Dia mengadu. Katanya kalah dalam pertandingan semalam. " ujar Puan Tiara pada suaminya.

" Habis tu anak awak tu meroyanlah? "

" Apa tak nya. Farish pula mengaku kalau Ratu Kampus tu kekasihnya. Riana mendesak untuk percepatkan pernikahannya dengan Farish. "


Encik Khalid sedikit mendengus.


" Abang janganlah macam tu. Riana satu-satunya anak kita. " pujuk Puan Tiara.

" Awak ni Tiara.. Jangan manjakan sangat anak gadis awak tu! "

" Abang.. "

" Haihh! Petang karang abang ke rumah mereka. " ujar Encik Khalid terpaksa mengalah dengan kehendak puterinya.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.