Bab 2

SAIFUL memegang tangan Aisyah secara tiba-tiba. Perbuatan Saiful itu berjayamemberhentikan langkah Aisyah dari meneruskan langkah.

Aisyah menoleh ke arah suaminya yang berdiri disisinya itu. Senyuman terukir di bibirnya. “Ada apa, akhi?” soal Aisyah. Pelik,kenapa suaminya ini? Tidak mahu jumpa umi kandungnya ke? Itu mustahil.

“Sya naik ke wad umi dulu, akhi nak pergi café sekejap ye.”

Aisyah mengerutkan dahinya. “Akhi nak pergi café? Kenapa? Kan akhi dah makan dirumah tadi,” soal Aisyah.

“Saja. Akhi nak beli something for umi.”

Aisyah mengangkat beg kertas yang dipegangnya. “Inikan dah ada?”

‘Kenapa akhi ni, pelik semacam je aku tengok. Adaapa-apa yang aku tak tahu ke ni? Ke… dia ada sorokkan sesuatu dari aku?’

Beep.

Saiful mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Pesananringkas yang baru sahaja diterimanya tadi, dibaca.

+ Sayadah ada di café ni, Epul. Where are you?

Saiful menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.

+ Wait for asecond.

Butang send,disentuh.

Aisyah hanya memerhati sahaja suaminya. ‘Mesejsiapa? Dia nak jumpa seseorang dekat cafétapi tak nak beritahu aku ke?’ duga Aisyah di dalam hati.

Saiful memasukkan telefon bimbitnya semula ke dalamseluar. Wajah Aisyah dipandang. “Sya naik dulu ye? Akhi nak beli something for someone sekejap. Nantiakhi masuk.”

Aisyah hanya mengangguk.

“Baba!” jerit seorang budak lelaki kecil sambilmenerpa ke arah Saiful.

Aisyah mengerutkan dahinya.

Pelik seketika dirinya tatkala dia melihat seorangbudak lelaki secara tiba-tiba memeluk kaki suaminya dan memanggil suaminya itudengan panggilan 'baba'. Pada pandangan Aisyah, budak lelaki itu pasti sebayadengan adik sepupunya, Fikri.

“Baba! I'mmiss you so much,” ujar budak lelaki itu.

Saiful tersenyum sambil mengusap lembut rambut budakitu. “Baba miss you too, Alex. Where is mama?” soal Saiful. Untukseketika, dia seakan-akan terlupa kewujudan Aisyah yang masih setia di situmemerhati gelagatnya melayan Alex.

Aisyah hanya memerhati sahaja suaminya dan budaklelaki kecil yang suaminya panggil, Alex itu. Hatinya mulai rasa tersinggungmelihat suaminya seperti terlupa akan kewujudannya di situ.

At café. Come,” Alex menarik tangan Saiful. “Mama had long been waiting for you,baba.”

Okay, come.” Saiful mendukung budak kecil itu.

Aisyah hanya memerhati sahaja kelibat dua manusiaitu sehingga kelibat mereka berdua hilang dari pandangan matanya.

‘Siapakah budak tu? Aku tak pernah nampak pun budaktu. Kenapa tidak diperkenalkan budak tu kepadaku? Alex. Alex panggil akhi‘baba’ kan tadi? Apakah makna semuanya ini? Anak akhi... ke?’ duga Aisyah.

Aisyah menggelengkan kepalanya. ‘Tak kut. Kan dalamborang nikah akhi tulis yang akhi masih bujang. Orang bujang tak kan dah adaanak kut. Mungkin anak kawan akhi ke yang aku tak kenal, kan?’ Aisyah cubabersangka baik.

*****

“ASSALAMUAILAIKUM,”Aisyah memberi salam sebaik sahaja dia membuka pintu wad yang dikhaskan untukumi mertuanya itu; Datin Amira. Aisyah tersenyum dan menghampiri umi mertuanya itu.

“Waa’laikumussalam,” jawab Dato’ Zaid; walid tirisuaminya dan Datin Amira secara serentak.

Aisyah meletakkan beg kertas yang dibawanya darirumah itu di atas meja beroda yang ada di dalam wad itu. Kemudian dia menciumtangan Datin Amira dengan hormat. “Umi sihat?”

“Alhamdulilah. Sya sihat?” soal Datin Amira.

Aisyah mengangguk. “Sihat, alhamdulillah umi,” jawabAisyah dengan lembut.

Kemudian matanya beralih memandang wajah walidmertua tirinya itu. Kepalanya ditunduk hormat kepada walid tiri suaminya itu.

Dia tahu, dia tidak boleh bersalam dengan Dato’ Zaidkerana hubungan pengharaman perkahwinan antara mereka hanya bersifat sementara,bukan pengharaman selamanya. Sekiranya Saiful meninggal dunia, maka tiada salahbagi Dato’ Zaid menikahinya. Dia tahu hukum itu pun apabila Saiful berpesankepadanya semalam selepas mereka bernikah.

“Walid sihat?” soal Aisyah.

Dato’ Zaid mengangguk perlahan. “Alhamdulillah. Sya…Sya datang dengan siapa? Seorang?”

Aisyah menggelengkan kepalanya. “Dengan akhi,walid.”

“Habis, Saiful mana?”

Aisyah mengukir senyuman pahit. “Akhi kata, akhi adahal sekejap.”

Dato’ Zaid mengangguk, faham.

*****

SAIFUL tersenyum melihat telatah Alex yang sedang makan itu. Melihat comot yang ada dibibir budak lelaki kecil itu, Saiful pantas menarik tisu yang berdekatandengannya dan mengelap bibir Alex.

“Alex sangat rapat dengan awak, Epul. I cannot imagine his life without you afterhis lost his real father,” ujar Doktor Alice dengan raut wajah sedih.

“Alice, I amhis father too, right? Insya-Allah, dunia dan akhirat,” jawab Saiful dengansenyuman manis. Ingin menenangkan hati seorang wanita yang gundah gulana itu. “How’s Ben?” soal Saiful.

“Macam tu la, nothingchanges.”

“Sabar la. Insya-Allah, Ben akan pulih semula macamdulu. You as his mother should know aboutthat. Ben tu, kuat. Percayalah.”

“Epul, setiap masa dan ketika saya doakan dia agardia cepat sembuh dan terus kuat untuk hidup. Setiap hari, Epul,” luah DoktorAlice.

“Bersabar la. Anyway,bila nak jumpa walid saya ni? Saya rasa walid mesti rindu akan awak, Alex danBen. Sejak awak ada di Malaysia ni, belum pernah awak datang rumah, kan? Taksudi nak ziarah kami ke apa?”

Doktor Alice tersenyum. “Insya-Allah, satu harinanti. Uncle macam mana? Sihat?”

“Alhamdulillah, sihat.” jawab Saiful.

Sorry,sebab tak dapat datang majlis awak semalam.”

“Tak apa, saya faham awak sibuk dengan kerja dengananak-anak awak lagi. Lagipun, takkan lah awak nak tinggalkan Ben sorang-sorangdalam wad kan?”

“Tu la... Kenapa la awak buat majlis serentak? Nikahdan kenduri pada hari yang sama? Kenapa tak buat kenduri, sehari selepasnikah?”

Saiful tersenyum. “Wife saya tu, budak sekolah Alice. Saya tak nak la sebab majlisperkahwinan kami ni, pelajaran dia terganggu pulak nanti,” jelas Saiful.

Doktor Alice mengangguk. Dihirup air di depanmatanya. “Tak bawak wife awak datangsini ke?”

“Ada dekat wad umi saya.”

“La... kenapa tak kenalkan dengan saya dulu sebelumdia naik wad?”

“Insya-Allah, satu hari nanti.”

“Okey. Anyway,selamat pengantin baru saya ucapkan untuk awak and your wife. Saya doakan rumah tangga awak bahagia hingga kejannah.”

“Aamiin.”

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh