Bab 3

DATO’ ZAID bangun dari tempat duduknya.

“Walidnak pergi ke mana?” soal Aisyah sambil tangannya masih fokus untuk mengupasbuah untuk Datin Amira.

“Nakpergi café sekejap. Kenapa? Sya nakpesan apa-apa ke?”

Aisyahmenggelengkan kepalanya. “Tak, Sya bukan nak pesan apa-apa pun, walid. Tapi...apa kata biar Sya je yang pergi? Walid teman umi, biar Sya yang pergi beli untukwalid, boleh?”

Dato’Zaid mengangguk, dilabuhkan punggungnya semula di kerusi.

“Walidnak apa?”

Dato’Zaid mengukir senyuman. “Teh O suam.”

Aisyahmengangguk sambil mengambil beg duitnya di atas meja kecil di sisi katil DatinAmira.

Jazakillahu khairan kathira, Sya.”

Wa iyyakum, walid,” balas Aisyah sebelumkeluar dari wad.

*****

“SAYA nak pergi beli kuih sekejap,” ujar Saiful.

Doktor Alice mengangguk.

“Akhi.”

Saiful memusingkan badannya ke belakang. Senyuman terukir di bibirnya tatkala diamelihat wajah bekas tunangnya; Adawiyah yang rupa-rupanya menegurnya.

“Akhi baru sampai ke?” soal Adawiyah dengan lembut.

Saiful mengangguk. “Wiyah buat apa di sini? Bukan ke sepatutnya Wiyah di wad sekarang ni?”

“Wiyah lapar la akhi,” jawab Adawiyah.

“Kalau lapar, mintak tolong jururawat belikan. Jangan beli sendiri. Wiyah kan taksihat lagi.”

Adawiya hhanya tersenyum. “Akhi datang sorang je ke?”

“Takla. Dengan Sya. Sya di wad teman umi dengan walid. Mirul mana? Tak teman Wiyah ke hari ni?”

Adawiyah menggelengkan kepalanya. “Akhi Mirul ada hal.”

“Ooo.Wiyah nak makan apa? Biar akhi tolong belikan. Wiyah duduk je okey?”

Adawiyah mengangguk. “Jazakallah, akhi.”

Aisyah yang baru melangkah masuk ke dalam kawasan café itu mulai beredar. Entah kenapa dia terasa sakit hati pula melihat suaminya bersembang dengan Adawiyah dengan mesra di café hospital itu.

‘Kenapa...kenapa aku rasa yang Kak Wiyah masih suka kepada akhi? Tak, tak mungkin. Merekakan adik beradik seibu. Perasaan aku je ni.’ Aisyah menggelengkan kepalanya berulang kali, menindakkan apa yang difikirkannya.

‘Tapi adik beradik seibu pun, kau tak boleh sangkalkan satu kenyataan yang Kak Wiyahtu... bekas tunang suami kau, Sya. Bahaya tau,’ hasut hati Aisyah.

‘Sya,jangan fikir bukan-bukan. Bekas tunang je pun, kau tu isteri yang sah. Lagipun mereka tu sampai mati haram bercinta. Mungkin kemesraan yang kau nampak tu,cuma kemesraan seorang abang kepada seorang adik saja. Tak lebih. Jangan bersangka buruk kepada suami, Sya,’ nasihat hati Aisyah yang lain.

Aisyah mengeluh.

“Tu,duduk dekat Doktor Alice di sana,” arah Saiful sambil menunding jarinya ke arahsatu tempat.

Adawiyah hanya menurut. “Okey.”

*****

AISYAH mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar yang dipakainya.Dicari nama suaminya.

+ Tolong belikan walid air teh o suam ye.

Send.

Aisyahmeneruskan langkahnya menuju ke wad Datin Amira semula.

Beep.

Aisyahmembaca mesej yang dibalas suaminya itu.

+Okey.

Butangnaik ke atas, ditekan oleh Aisyah. Telefon bimbit di masukkan ke dalam poketseluarnya semula.

*****

“MAAF, walid. Sya tak beli air untuk walid. Tapi Sya dah pesan kat akhikalau akhi naik wad nanti, belikan air untuk walid,” ujar Aisyah kepada Dato’Zaid.

“Takapa. Walid dah minum air mineral dah tadi,” balas Dato’ Zaid.

DatinAmira memandang lama wajah menantunya. “Sya.”

“Ye.”

“Syanampak macam ada masalah. Sya okey tak?”

Aisyahmengangguk laju. “Sya okey je umi.”

“Kalauada masalah, kongsilah dengan umi. Umi sudi mendengarnya.”

Aisyahmengukir senyuman.

*****

SAIFUL menolak pintu wad. Dihampiri walid tirinya yang masih setia dudukdi sisi uminya. “Air.” Hulur Saiful.

Jazakallah,” ucap Dato’ Zaid.

Wa iyyakum.” Tangan Dato’ Zaid dicium.“Sya mana, walid... umi?”

“Syapergi solat. Kamu dah solat?” soal Datin Amira.

“Dah,”jawab Saiful.

Pintubilik wad dikuak dari luar.

Saifulmemandang wajah yang membuka pintu wad tersebut.

Aisyahmemandang lama anak mata suaminya. Entah kenapa hatinya sakit. Sangat sakittatkala teringat kemesraan suaminya dengan Adawiyah di café tadi. Seperti tayangan filem pula otaknya mempamerkankemesraan mereka berdua tadi.

Saifulmengerutkan dahinya bila melihat reaksi Aisyah sedemikian. “Sya.”

Aisyahtersentak bila suaminya memanggilnya. Langkah kaki diatur mendekati katil umimertuanya. “Walid pergilah solat,” ujar Aisyah kepada Dato’ Zaid.

“Iyalah.Mira, abang pergi surau dulu.”

DatinAmira mengangguk.

“Assalamualaikum,”sampuk satu suara lain setelah Dato’ Zaid keluar dari wad.

“Waa’laikumussalam,”balas Saiful dengan satu senyuman manis.

Aisyahmenoleh ke belakang. Terkejut dia melihat kelibat Adawiyah yang barumemunculkan diri ke dalam wad.

‘Tu...saingan kau dah datang, Sya,’ hasut hati Aisyah.

‘Aisyah!Jangan merepek. Saingan apa bendanya, itu adik ipar kau.’

HatiAisyah sudah berperang sesama sendiri sekali lagi.

“Sya,”panggil Adawiyah dengan lembut.

Aisyahtersentak sekali lagi.

“Syakenapa? Tak sihat ke? Akhi tengok Sya asyik mengelamun je,” sampuk Saiful.

Aisyahmenggelengkan kepalanya. “Tak, Sya okey je.”

DatinAmira hanya memerhati wajah anak dan menantunya silih berganti. Dia dapat agakapa dalam hati menantunya sekarang.

“Sya.”

Aisyahmemandang wajah umi mertuanya.

“Maafkanumi. Umi penyebab semua ni terjadi,” luah Datin Amira sambil memandang tepat kewajah Aisyah.

Hatinyakuat mengatakan bahawa menantunya ini sedang berperang perasaan tatkala melihatAdawiyah dengan Saiful. Lebih-lebih lagi bila dia melihat anak lelakinya itumulai mesra dengan anak perempuannya.

PastiAisyah semburu. Maklumlah hubungan mereka sebelum ini ialah bekas tunang.Meskipun ianya cerita lama, namun pasti sedikit sebanyak ianya akan memberikesan juga kepada hati Aisyah.

Saifulmengerutkan dahinya. Dia tidak faham dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

Adawiyahmemandang sahaja umi dan kakak iparnya begitu. ‘Sya... macam cemburu. Betul keapa yang aku nampak ni? Mata dia menunjukkan dia cemburu dengan aku. Tapikenapa? Sebab akhi ke?’ Wajah Saiful dipandang.

Saifulberbalas pandang dengan Adawiyah.

“Wiyah…”panggil Datin Amira.

“Ye,umi.”

“Manaboleh panggil Sya dengan nama. Sya kan dah jadi kakak ipar Wiyah sekarang,”Datin Amira bertutur sambil memandang tepat ke dalam anak mata anakperempuannya itu.

Adawiyahmemandang Aisyah. “Maaf. Lupa kena panggil ‘ukhti’ sekarang, bukan ‘Sya’ lagi.”

Aisyahtersenyum. “Tak mengapa. tak kisah pun.”

“Manaboleh tak kisah? Tak elok la di dengar orang nanti,” sampuk Datin Amira.

Adawiyahmengangguk, faham.

Saifulhanya menjadi pemerhati sahaja.

“Wiyahmasuk wad Wiyah dulu la, umi. Mengantuk pulak mata ni,” ujar Adawiyah sambilmendekati umi dan mencium tangan si umi.

“Yelah. Hati-hati.”

Adawiyahmengangguk.

“Saiful,”panggil Datin Amira.

“Ye,umi.”

“HantarkanWiyah ke wad, sekejap.”

Saifulmengangguk. “Jom, Wiyah.”

Adawiyahmengangguk. Dia kalau boleh ingin menolak cadangan uminya yang mahu abangseibunya itu menemaninya. Tapi melalui ekor mata uminya, dia tahu umi mahuberdua dengan Aisyah sekarang.

DatinAmira mengusap wajah Aisyah yang duduk di sisinya setelah kelibat Saiful danAdawiyah hilang dari wad.

Aisyahmemandang wajah Datin Amira. Entah kenapa mudah betul air matanya jatuhberguguran.

“Umitahu, Sya tersinggung, kan? Sebab... hubungan Wiyah dengan Saiful sebelum ini.Sebagai bekas tunang, kan?”

Aisyahmengangguk lemah.

“Sya...umi nampak dalam mata Saiful, dia sayang kat Sya. Wiyah tu dia anggap macamadik je. Umi tak salahkan Sya kalau Sya cemburu dengan Wiyah, tapi... kawallahcemburu itu ye?”

Aisyahmengangguk.

“Umidoakan Sya bahagia dengan Saiful. Dah... tak mau menangis macam ni,” ujar DatinAmira sambil mengelap air mata menantunya itu.

*****

SAIFUL memandang wajah Aisyah yang duduk di sebelahnya itu. Terasabahang api kemarahan Aisyah. Entah, dia hanya mengagak sahaja yang isterinyaitu sedang marah terhadap dirinya.

Manatidaknya, Aisyah hanya mendiamkan dirinya sahaja sejak mereka masuk ke dalamkereta untuk pulang ke rumah. Hanya bunyi radio sahaja yang kedengaran untukmemecah kesunyian antara mereka berdua.

“Sya,okey tak ni?” soal Saiful. Tidak selesa pula dirinya dengan kebisuan Aisyah.

“Okeyje,” jawab Aisyah.

“Syamarah akhi?” duga Saiful.

“Tak,”jawab Aisyah sambil menggelengkan kepalanya.

“Habis,kenapa Sya diam je.”

“Syaletih.”

“Syapenat layan umi ye?”

Aisyahhanya berdiam diri.

“Sya.”

“Hm,”respon Aisyah.

“Syaada nak tanya apa-apa kepada akhi ni?” soal Saiful.

Aisyahmemandang wajah suaminya yang sedang memandu itu. “Alex siapa?” terpanculsoalan itu dari bibir Aisyah. Hatinya benar-benar ingin tahu siapa Alex padasuaminya.

Saifulterdiam mendengarnya. Dia berharap Aisyah bertanyakan hal yang lain seperti halmengenainya dengan Adawiyah ataupun bertanyakan hal apa yang dia lakukan di café tadi. Bukan soalan ini.

Aisyah memandang sekilaswajah suaminya itu. ‘Dia diam, jadi maknanya dia tak suka aku tanya soalan tu,’fikir Aisyah. Satu keluhan berat dilepaskan. ‘Tak apa la. Orang tak sudi nakberitahu, kita jangan lah paksa,’ ujar Aisyah dalam hati.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh