Bab 9

AISYAH memerhati gerak-geri Saiful yang sedang menguruskan jenazah Ben dari dapur. Jelas terpancar raut wajah kesedihan di wajah suaminya di atas kepergian Syed Ahmad Benjamin bin Syed Ahmad Fendi itu. Pasti arwah Ben mempunyai tempat istimewa dalam hati suaminya.

"Agaknya kan, kalau aku mati, akhi nangis tak?" soal Aisyah sendirian.

"Ecah!"

Aisyah mengusap dadanya. Terkejut dengan sergahan dari teman aktifnya yang seorang ini. Sabar sahajalah berkawan dengan Tengku Iffatul Hanani ni.

"Merepek je kau kan? Kalau kau mati, mestilah laki kau sedih, ngok!" Tengku Iffa memeluk tubuhnya di hadapan Aisyah.

"Eee, budak ini la kan. Nyibuk je. Tepilah! Aku nak pandang suami aku!" Aisyah menolak ke tepi tubuh temannya.

Tengku Iffa mengeraskan badannya. "Puan Aisyah, orang tengah nak urus jenazah la. Sibuk nak tenung laki dia."

"Yang kau cemburu kenapa?"

"Tolonglah! Aku tak cemburu ye. Geli!"

Aisyah membuat muka menyampah. "Geli konon. Dah tepi!"

"Tak nak!"

"Tepi aku kata!" Aisyah membulatkan matanya dan menolak kuat tubuh Tengku Iffa ke tepi. Saat itu matanya melihat suaminya mengesat air mata yang mengalir dan ada tangan menghulurkan sapu tangan untuk si suami.

Masam mencuka terus muka Aisyah melihat adegan babak itu. Menyampah! Rasa mahu disagat-sagat sahaja wajah kedua-dua manusia yang bermesra dan bergelak ketawa itu dengan panyagat! Tak puas ditenyeh muka itu dengan penyagat dia sambung ke jalan tar nanti.

Terus dadanya berombak kuat.

"Kau dah kenapa, Cah?"

"Sya." Puan Sri Munirah menyentuh bahu si anak. "Buat apa ni?"

Aisyah tersentak lantas dia memusingkan tubuh badannya ke belakang. "Umi! Terkejut Sya tau." Aisyah mengurut dada. "Umi dengan Tengku ni sama je suka kejutkan orang la. Kalau meninggal kang, cam mana? Tak pasal-pasal ada dua jenazah hari ni."

Puan Sri Munirah beristighfar panjang. "Bertuah punya anak! Kamu tu dah kenapa duduk tengah jalan ni? Susah orang nak lalu-lalang la nak oi."

"Sorry la umi. Ni je port yang boleh nampak akhi uruskan Ben."

Tengku Iffa terus melarikan diri. Takut kena bebel dengan Puan Sri Munirah.

Puan Sri Munirah mencekak pinggangnya "Dari kamu sibuk-sibuk nak pandang suami kamu yang terlebih tercinta tu, ada baiknya baca Yaasin ke, bantu orang buat kerja ke, temankan si Alice tu ke? Ada la faedahnya."

Aisyah memuncungkan bibirnya. "Ye. Sya pergi buat kerja sekarang." Sempat matanya memandang tajam si suami yang sedang meneguk air mineral dari tangan Adawiyah.

Ini memang mendatangkan marah! Hai... panas, panas! Sekejap lagi berlakulah ribut dan taufan! Silalah tunggu dan nantikannya dengan sabar ye.

"Jangan curi tulang." Puan Sri Munirah memberi amaran sebelum menghilangkan dirinya ke dalam kelompok tetamu yang hadir.

Aisyah mendengus. "Akhi ni kan nak urus jenazah Ben ke, nak si Wiyah tu uruskan dia? Hello! Isteri Ustaz Syed Muhammad Saiful Islam bin Syed Ahmad Abbas masih hidup dan wujud dalam rumah Tan Sri Abbas ni, ye! Benci betullah aku! Terajang kang! Ada jugak yang meninggal, kang."

"Itu ke menantu Tuan Rumah?"

Aisyah yang mendengar suara asing terus mencari pemiliknya. 'Ooo mak cik Datin rumah belakang rupanya.' Terus Aisyah menarik senyum plastik.

Si jiran turut tersenyum. Dipandang teman yang dia lontarkan soalan sebentar tadi.

"Ye, tu la anak tiri merangkap menantu Tan Sri Syed Abbas."

"Ooo... nampak muda ye."

"17 tahun kau."

"Mak ai! Muda benar!"

"Aku dengar cerita, bakal menantu Tan Sri Abbas yang sebenar tu, adik seibu anak dia. Cancel la nikah kan? Tup tup si anak tiri pulak jadi galang ganti. Kata tuan rumah sebab tak nak wujud fitnah atau jadi apa-apa pada anak dia dengan anak tiri dia. Tu yang dinikahkan depa dua tu. Lagipun menantu Tan Sri Abbas ni, cucu jutawan kau. Memang padan la depa."

Datin yang tinggal belakang rumah Tan Sri Abbas mengangguk, faham.

Aisyah tersengih dan terus melangkah naik ke tingkat atas.

Adalah lebih baik dia naik ke tingkat atas dan bantu kerja-kerja di atas dari terus berada di tingkat bawah. Jadi bahan cerita geng datin-datin pulak nanti. Popular pulak dia nanti. Haru!

Mengenai hal puting beliung, ribut dan taufan dia, nanti-nanti dia akan uruskan. Akan dibuat perhitungan nanti!

*****

AISYAH duduk termenung di halaman rumah. Banyak benda berlaku hari ini. Banyak kejutan yang dia terima sehingga dia perlukan ruang untuk menyendiri seketika. Bibir bawah miliknya digigit sedikit kuat.

"Napa... baba ada... isteri lain? Mama... kan isteri... baba?"

Soalan Alex bagaikan pita rakaman dalam mindanya. Langsung tidak boleh dibuang keluar dari tempat simpanan memori. Asyik berulang-ulang kali dia dengar soalan itu.

Alkisahnya Saiful memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada Alex tadi. Mengamuk terus budak lelaki itu kerana tidak boleh menerima dirinya ialah isteri Saiful yang sah, bukan Alice; mamanya.

"Aunty rampas... baba dari... mama kita!" tuduh Alex.

"Alex... Baba tetap baba Alex." Saiful memujuk lembut.

"Baba jahat! I hate you!"

Okey, sampai sahaja babak itu, Aisyah sudah angkat kaki. Mengurungkan diri di dalam bilik meskipun tetamu masih ada di bawah membantu apa yang perlu untuk urusan jenazah Ben. Suaminya ada datang memujuk, tetapi disebabkan masih ada hal yang perlu diuruskan, jadinya dia perlu memujuk dirinya sendiri.

"Baru je nikah beberapa hari. Hm..." Aisyah mengeluh panjang.

"Nak marah, anak yatim, budak kecik dan tak tahu apa-apa. Tak marah, hati aku pulak yang sakit. Selamba je kata aku rampas baba dia. Padahal dia tu yang rampas laki aku, adalah. Eee sakitnya hati aku," bebel Aisyah.

"Assalamualaikum sayang."

Aisyah terus memuncungkan bibirnya. Disilangkan kedua-dua tangannya di dada. Sempat hujung matanya memandang si suami yang sudah duduk di sebelah.

Dari gaya, nampaknya urusan pengebumian Ben sudah selesai. Pasti suaminya sudah membersihkan diri memandangkan baju di badan Saiful sudah bertukar kepada baju yang lain.

"Sayang... jawab salam mana?"

"Waa'laikumussalam!"

"Amboi, garangnya."

"Biarlah!"

"Sayang, kenapa ni? Merajuk? Marah?"

Aisyah diam.

Saiful ketawa kecil. "Aisyah, Alex tu budak lagi jadi maafkan dia ye? Nanti-nanti bila dia dah faham, dia sendiri yang akan mintak maaf dekat Sya."

"Hm."

"Aisyah... pandanglah muka suami ni."

"Tak nak!"

"Kenapa?" Lembut suara si suami bertanya.

"Menyampah!"

"Kenapa menyampah?"

"Menyampah la. Lagi-lagi bila teringat pasal kemesraan akhi dan si Wiyah tu! Eee, geram! Rasa nak sagat je muka tu dengan penyagat atau dekat jalan tar kalau tak puas!" Aisyah menghemburkan rasa tidak puas hatinya.

Saiful menarik senyum. Kepalanya digeleng perlahan. "Aisyah sayang... adik akhi tu dan tak baik tau menyampah pandang syurga sendiri."

Aisyah meleraikan silangan tangannya di dada. Dia mengeluh berat.

Saiful memicit hidung Aisyah.

"Akhi!"

"Wahai Aisyah kecil-molek kesayangan akhi," lembut Saiful memanggil si isteri.

Aisyah terus terdiam. Tidak jadi mahu meluahkan rasa marah atau tidak puas hatinya kerana hidungnya dipicit si suami.

"Janganlah marah. Tak elok marah-marah nanti cepat tua tau. Lepas tu marah ni tak elok untuk kesihatan. Cepat beristighfar supaya Allah sejukkan sikit hati tu agar syaitan tak gunakan peluang ni untuk marakkan api amarah Aisyah."

Aisyah beristighfar. Menurut apa yang dinasihati suaminya.

Saiful meletakkan tapak tangannya di atas kepala Aisyah yang bertudung. Digosok perlahan kepala itu. "Bagus Aisyah kecil molek kesayangan akhi ni."

"Akhi!" Aisyah menolak tangan si suami yang di atas kepalanya. "Jangan buat macam tu la. Jangan layan Sya macam budak-budak."

Saiful ketawa. Terus dia memeluk bahu Aisyah. Ditarik agar merapati dadanya. Dicium sekilas ubun-ubun Aisyah.

"Benci akhi! Ada je cara nak pujuk kita."

Si suami masih lagi tertawa. "Sayang, Rasulullah SAW kan, kalau Aisyah ra tengah marah atau merajuk mesti akan panggil Aisyah ra dengan panggilan yang lebih manja dan sweet dari yang biasa iaitu Uwaiyish yang membawa makna dalam Bahasa Melayu 'kecil molek'."

"Ooo... tu yang sebut 'kecil molek' tadi?"

Saiful mengangguk. "Nak tiru Rasulullah SAW jap."

"Okey, lepas tu apa jadi pada Rasulullah SAW dan Aisyah ra?"

"Baginda SAW akan picit hidung Aisyah ra dan bersabda, 'katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan.' Romantik, kan?"

Aisyah menarik senyum manis. "Sweetnya baginda SAW tu, akhi. Agak-agak Rasulullah SAW macam tu dengan Aisyah ra je ke?"

"Maksud Sya?"

"Ye la, sweet macam tu dengan Aisyah ra je, tak dengan Ummulhatul Mu'minin yang lain?"

"Wallahu a'lam. Akhi tak hidup di zaman baginda SAW sampai sempat teropong sejarah hidup Nabi Muhammad SAW secara details. Apa yang akhi tahu melalui apa yang akhi baca dan belajar. Tapi takkanlah Rasulullah SAW tu berat sebelah, kan? Baginda SAW tu nabi tau. Pemimpin Para Anbiya' lagi. Lagi arif hukum-hakam dari kita. Bagi akhi, baginda SAW tu mesti sweet jugak dengan isteri-isterinya yang lain. Bukan dengan Aisyah ra je."

Aisyah mengangguk, faham.

"Sya tahu tak, nama penuh Sya hampir-hampir sama macam nama Aisyah ra?"

"Tahu! Siti Nur Aisyah binti Muhammad Abu Bakar dengan Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq ra. Hampir-hampir, kan?"

"Tu la."

"Disebabkan nama kami yang hampir-hampir sama kan..." Aisyah melentokkan kepalanya di bahu si suami. "Sya suka kaji dan baca kisah Saidatina Aisyah ra. Sya nak cuba belajar jadi macam beliau."

Saiful tersenyum.

"Akhi... Sya kan suka sangat dengan Saidatina Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq. Tak tahu kenapa, Sya suka sangat-sangat dengan beliau. Suka baca kisah beliau lagi-lagi dengan Nabi Muhammad SAW. Sedih bila baca kisah beliau kena fitnah. Saidatina Aisyah ra tu, idola Sya tau. Umi cakap kan, arwah abi suka dengan Saidatina Aisyah ra jugak. Sebab tu nama Sya hampir sama dengan nama beliau."

"Jangan-jangan arwah abi tu dulu, suka sangat dengan Abu Bakar As-Siddiq selain Aisyah ra. Macam anak dia ni, tak?"

Aisyah ketawa kecil. Kepalanya diangguk-anggukkan. "Ha'ah. Aki cakap arwah abi suka membaca kisah Abu Bakar As-Siddiq dari abi kecik lagi. Banyak koleksi milik abi. Umi pun ada cakap yang abi jadikan Abu Bakar As-Siddiq ni tokoh dalam hidup abi."

"Dah agak dah. Kuah tu tak tumpah kemana kalau tidak ke nasi."

Aisyah ketawa kuat.

"Comel sungguh isteri akhi ni la." Saiful memicit hidung Aisyah.

Muka Aisyah naik merah. Malu!

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh