Bab 6

AISYAH membuka pintu biliknya. Senyuman terukir di bibir mungilnya tatkala melihat umi kesayangannya, rupanya yang mengetuk pintu biliknya.Difikirkan tadi, suaminya.

“Masuklah umi.”

Puan Sri Munirah melabuhkan punggungnya di atas katil. “Umi ada hal nak cakap dengan Sya,” ujar si umi dengan nada suara yang serius.

“Pasal apa, umi?” soal Aisyah sambil duduk di sisi uminya.

“Pasal Sya dengan Saiful.”

Aisyah mengerutkan dahinya.

“Kamu berdua bergaduh ke?”

Aisyah menggelengkan kepalanya.

Puan Sri Munirah tersenyum. Tangan Aisyah dipegang.

Lega hatinya apabila tahu anaknya itu tidak bergaduh rupanya. Bukan apa, melihat wajah Aisyah pagi tadi yang muram menyebabkan dirinya berfikir bahawa anaknya itu bergaduh dengan suami.

Dengan usia si anak yang terlalu muda untuk menyandang status sebagai 'isteri', hati tuanya sangat khuatir. Dia bimbang Aisyah tidak mampu menjadi isteri yang terbaik untuk anak tirinya. Mana mahu belajar, mahu menguruskan rumah tanggadan SPM lagi. Puterinya masih terlalu muda untuk menggalas begitu banyak tanggungjawab.

“Umi tahu, Sya tak bersedia menjadi seorang isteri lagi tapi isteri tetap isteri walaupun pada masa yang sama Sya dengan Saiful adik beradik tiri. Faham?”

Aisyah mengangguk, faham.

Dia sebenarnya sudah mula menerima hakikat tentang itu. Cara suaminya melayannya tadi semasa mereka keluar berdua, membuatkan hatinya mudah sahaja untuk menerima semua benda. Rasa seronok dan gembira bila di sisi suaminya.

Lebih-lebih apabila dia dapat tahu bahawa suaminya menyimpan perasaan terhadapnya sejak kali pertama mereka berjumpa dahulu. Lega hatinya. Maklumlah sebenarnya dia juga menyimpan perasaan yang sama. Cuma segan untuk meluahkannya.

“Umi nak Sya belajar elok-elok untuk SPM dan jangan lupa, jaga makan dan pakai Saiful. Ambik tahu apa yang Saiful suka dan tak suka. Mula belajar mengenali suami. Ye?”

Aisyah hanya mengangguk lagi.

“Setiap malam sebelum masuk tidur kena mintak maaf dengan suami. Kita ni kadang-kadangtak sedar dah buat salah atau buat hati suami kita terguris. Dah kahwin, redha seorang perempuan di tangan suaminya tau. Jadi kita kena mintak maaf selepas solat dan juga sebelum tidur.” pesan Puan Sri Munirah.

“Okey, umi. Insya-Allah, Sya akan buat segala yang umi pesan. Umi dengan walid,doakanlah untuk kami berdua ye?”

Puan Sri Munirah memeluk bahu anaknya itu. “Setiap masa umi doakan untuk anak-anak umi.”

Jazakillah umi.”

Puan Sri Munirah mengangguk. “Wa iyyakum,Sya.”

Aisyah membalas pelukan uminya.

“Rumah tangga ni, Sya akan sentiasa diuji. Ingat tu. Kita akan diuji setiap masa dan setiap detik. Baik dengan ujian yang sekecil hama, mahupun ujian sebesar alam. Sya kena banyak-banyak bersabar dalam rumah tangga ni, ye? Sya kena selalu ingat, Sya isteri orang. Jaga maruah Saiful. Syurga Sya sekarang ni di bawah tapak kaki Saiful tau? Ingat tu.”

“Ye, umi.”

“Umi mula-mula memang membantah perkahwinan ni, sebab Sya muda lagi. Tapi bila Sya dah sah jadi isteri Saiful hati umi yakin, Saiful memang jodoh Sya dan boleh jaga Sya dengan baik. Insya-Allah dia mampu bimbing Sya sampai syurga,” luah Puan Sri Munirah penuh keyakinan.

“Insya-Allah, umi. Aamiin.”

Puan Sri Munirah mengusap rambut anaknya dengan penuh kasih sayang.

“Umi...”

“Ye.”

“Bila dah jadi isteri orang kan, rasa macam dah tak boleh nak bermanja dah dengan umi,” ujar Aisyah sambil memeluk lengan uminya. Sengaja ingin bermanja dengan uminya.

Puan Sri Munirah ketawa kecil. “Apalah Sya ni.”

Aisya hturut ketawa.

“Umi...”Aisyah memanggil dengan manja. Persis seorang kanak-kanak memanggil uminya.

“Hm.”

“Sya rindu abi, umi.”

PuanSri Munirah merengangkan pelukan. Dipandang penuh kasih ke dalam anak mata Aisyah. Jatuh kahsian dia terhadap nasib Aisyah. Anaknya tidak pernah berpeluang merasai belaian dari seorang ayah kandung. Kasih sayang dari ayah tiri pula, baru sangat anaknya ini menerimanya.

“Abi tu… macam mana orangnya ye, umi?”

“Abi seorang ayah yang sangat menyanyangi Sya. Abi lelaki yang sangat baik terhadap umi dan Sya. Abi seorang anak yang taat pada aki dan nenek. Seorang abang yang gagah dalam melindungi adiknya. Abi sangat lembut sifatnya. Kalau Sya nak tengok ‘kembar’ abi, tengok walid, aki, Mukhriz dan juga…” Puan Sri Munirah menggantungkan kata-katanya.

“Siapa umi?”

“Kasih. Kasih Nabila.”

“Bella?”

PuanSri Munirah mengangguk. “Bila Kasih menolong orang susah, dia macam abi Sya. Bila Mukhriz care pasal Kasih, dia macam abi care dan sayang pada Mak Su. Bila aki bekerja, dia macam abi. Bersungguh-sungguh cari rezeki yang halal untuk keluarga. Dan bila walid layan Sya, sayang Sya dengan baik… hampir sama macam mana abi sayang Sya.”

Air mata Aisyah bergenang.

“Abi tu suka sangat dengan Abu Bakar As-Siddiq. Tokoh kesayangan abi, sahabat paling rapat Rasulullah SAW. Mentang-mentang la nama abi tu dekat-dekat sama macam nama Khalifah Ar-Rasyidin, terus abi jadikan sahabat Rasulullah SAW tu, mentor dan tokoh hidupnya selepas Nabi Muhammad SAW.”

Aisyah menarik senyum meskipun air matanya sudah mengalir. Dia tahu arwah abinya memang peminat tegar Abu Bakar As-Siddiq; Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama itu. Catatan arwah abinya banyak sangat mengenai sahabat Rasulullah SAW itu.

“Kalau tak salah umi, abi kenal siapa Abu Bakar As-Siddiq tu sejak sekolah rendah. Ada seorang ustaz yang cerita pada abi yang nama abi tu hampir sama dengan nama sahabat yang paling Rasulullah SAW sayang. Tahu je abi pasal sahabat BagindaSAW, terus abi jadikan idola. Abi tu, tak boleh nampak buku yang ada tajuk ‘Abu Bakar’, ‘Sahabat Rasulullah SAW’, buku-buku berkaitan sirah ni. Mesti abi akan beli.”

“Macam Sya kan? Sya tak boleh tengok tajuk yang ada ‘Saidatina Aisyah ra’. Mesti nak beli walau isi kandungnya hampir sama je dengan buku-buku yang lain.”

“Ye, sama sangat perangai Sya dengan abi. Abi tu, bila umi disahkan mengandung, excited sungguh. Nak letak nama ‘Aisyah’ kalau perempuan. Yakin sangat abi tu umi mengandung anak perempuan. Tu yang dibeli macam-macam buku pasal Ummulhatul Mu’minin tu.”

Aisyah ketawa. “Dan memang betul pun, anak umi perempuan, kan?”

Puan Sri Munirah mengangguk.

“Abi...gembira tak umi dengan perkahwinan Sya ni?” soal Aisyah tiba-tiba.

Dia boleh melihat raut wajah kegembiraan uminya, Umi Mira, walid Abbas, Walid Zaid,aki, dan seluruh ahli keluarganya. Namun dia tidak dapat melihat dan menerima apa-apa reaksi dari arwah ayah kandungnya. Insan yang paling dia mahu tahu bagaimana reaksi perkahwinannya.

Puan Sri Munirah menghadiahkan satu ciuman di dahi Aisyah. Lama sekali.

“Insya-Allah.Lagipun menantu abi tu kan ustaz, baik orangnya. Mestilah abi gembira di sana untuk Sya.”

Aisyah mengalirkan air matanya lagi. Air mata terharu. "Sya sayang abi, umi.Sayang sangat."

Puan Sri Munirah turut menitiskan air matanya.

Hebat sungguh kasih sayang itu. Ia satu perasaan yang dapat dirasai melalui hati meskipun orangnya sudah tiada.

*****

SAIFUL ketawa kecil apabila dia mendengar ucapan maaf daripada Aisyah setelah Aisyah mencium hormat tangannya sebentar tadi.

“Kenapa akhi ketawa?” soal Aisyah.

Pelik betul dia dengan suaminya yang tetiba sahaja ketawa. Kelakar ke dia mintak maaf? Dia cuma mengikut apa yang dipesan oleh uminya sahaja. Lagipun, salah kedia mahu belajar menjadi seorang isteri yang baik?

“Sya ni kelakar la. Akhi tak sangka yang Sya ni naif jugak ye?” ujar Saiful.

Saiful tahu sangat ini pasti pesanan dari Puan Sri Munirah agar Aisyah meminta maaf darinya. Walhal, baginya Aisyah tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan pun sepanjang mereka sah suami isteri ni.

Aisyah memandang wajah suaminya itu. ‘Seronoknya ustaz ni ketawakan aku. Bahagianya muka dia. Aku ni mintak maaf, bukan buat lawak kat sini. Lagipun setahu aku memang kena mintak maaf dengan suami pun, kan? Mana tahu tersinggung secara tak sedar ke apa,’ ujar Aisyah dalam hati.

“La, Sya marah akhi ke ni? Muka masam lain macam je ni,” soal Saiful tatkala dia melihat wajah isterinya itu sudah berubah riak. Rasa serba salah pula muncul dibenak hatinya.

Aisyah menggelengkan kepalanya. Senyuman plastik diberikan. “Eh! Tak la. Mana Sya nak marah akhi ketawakan Sya. Ketawa la lagi, akhi.”

Saiful berhenti ketawa.

Aisyah cuba menarik tangannya dari genggaman suaminya.

Saiful mengeratkan peganggannya pada tangan Aisyah. Dia ingin menghalang perbuatan isterinya daripada terus menarik. Matanya memandang tepat ke wajah Aisyah,cukup lama sekali.

“Akhi,” panggil Aisyah. Seram sejuk pula dia rasa apabila suaminya itu merenung wajahnya lama sangat.

Yes...”

“Tolong lepaskan tangan Sya ni boleh?” pinta Aisyah sambil cuba menarik tangannya daripada pegangan suaminya. Namun gagal.

For?” soal Saiful sambil menjongketkan keningnya ke atas berulang kali.

“Sya nak tidur la akhi.”

“Ooo...susah-susah, Sya tidur je la sini. Tak salah kan?” Saiful mengukir senyuman manis.

Bulat mata Aisyah mendengarnya. Laju sahaja ditarik tangannya itu. “Nanti-nanti la.”

Berjaya juga akhirnya dia melepaskan tangannya daripada pegangan suaminya itu. Alhamdulillah. Syukur nikmat.

“Nanti-nanti tu... bila?” ujar Saiful sengaja ingin menyakat isterinya itu. Terasa comel pula apabila dia melihat wajah Aisyah sebegitu.

“Nanti-nanti la.” Muka Aisyah sudah berubah warna kulit.

“Ye la, tapi bila?”

“Akhi.”

“Apa?”

Aisyah mendengus perlahan. “Dah la, Sya nak tidur.”

“Tidur la. Siapa nak halang Sya tidur?”

Aisyah memandang wajah Saiful.

“Ke...Sya nak tidur sini?” Saiful semakin seronok mengusik Aisyah.

Bulat mata Aisyah mendengarnya. Malas betul dia mahu melayan suaminya itu sekarang. Dia betul-betul mengantuk. “Assalamualaikum,” ujar Aisyah sebelum menoleh kebelakang untuk keluar dari bilik suaminya itu.

Tetiba...

“Meow!”

“Argh!” Langkah Aisyah terus ke belakang sedikit demi sedikit sehingga tanpa sedar dia sudah menolak tubuh suaminya itu sehingga mereka berdua terjatuh ke belakang.

“Aduh!” Aisyah menggosok-gosok pinggangnya.

“Ehem-ehem.”

Aisyah menoleh ke belakang. ‘Ya Allah! Kenapa pulak la aku landing atas badan suami aku ni?’

“Aaa...aa... sorry, sorry, akhi. Sya tak sengaja,” ujar Aisyah sambil bangun dari tubuh suaminya.

“Sya ni. Kut ye pun takut dengan Montel tu, tak nyah la sampai akhi pun Sya nak tolak sampai jatuh ke belakang. Lepas tu sedap landing atas akhi lagi ye.” Saiful berdiri di depan Aisyah.

Sorry.” Aisyah menyatukan tapak tangan kanan dan kirinya di hadapan si suami. "I'm very sorry, akhi."

“Meow!”

“Aaa!” Tanpa sedar, kali ini Aisyah menyorok pula di belakang tubuh suaminya itu.Dipeluk erat tubuh itu. "Huhu..."

Saiful ketawa. Lucu melihat Aisyah sudah menyorok di belakang tubuhnya kerana Montel,kucing peliharaannya dan Tan Sri Abbas semakin menghampiri Aisyah.

“Tak kelakar la akhi. Cepat la masukkan Montel ke dalam sangkar semula,” pinta Aisyah.

“Kalau tak nak?”

“Akhi. Tolong la. Nanti Sya tak boleh tidur tahu.”

“La... bukan Sya nak tidur sini pun, kan? Ke... Sya nak?”

“Akhi! Jangan main-main la,” ujar Aisyah dengan wajah yang serius.

Saiful mencubit pipi Aisyah sekilas. “Masya-Allah, comel sangat la isteri akhi ni. Geram akhi. Ye la, akhi masukkan Montel ke dalam sangkar semula ye?”

Aisyah terpanar seketika tatkala suaminya mencubit pipinya tadi. Hatinya ada rasa sesuatu yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Tangan kanannya menyentuh bahagian pipi yang dicubit oleh si suami.

'Adakah ini, yang dinamakan cinta...'

Bagai teriang-riang suara nyayian Tengku Iffatul Hanani di telinganya. Terasa lagu itu tepat pula kena dengan kejadian sekarang.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh